Friday, December 30, 2011

saje nak promote :D

2011 kian melabuhkan tirainye. dah nak masuk tahun 2012 ni. So saja la nak preview video2 yg aku buat spjng 2011 ni bersama member2 yg menjayakan video ni sekali. Well alhamdulillah semua nye siap sepenuhnya walaupon semua cideo tu last minit punye kerja. hahahaha apepun layan saja~~

video 1st aku kat UTHM..lawatan sambil belajar kat Muar..SISPA 1 (Bravo)


ni video sempena presentation utk subjek Kenegaraan. saje nak markah lebih. kasi kreatif orang kate.hehehehe


yg ni behind scene dia pulak...


yang ni pulak video Revolusi Malaysia. kire nye aku edit ni utk kesimpulan overall presentation group kitorg..markah lebih markah lebih...hahahaha :D


dalam semester 2 lak, aku sempat gak buat video lagi utk presentation subjek Literasi Komputer. Tajuk yg group aku dpt Construction Management. Ape lagi kitorg dapat la idea buat mcm rancangan Aduan Rakyat kat TV3 tu..hahahaha


behind scene dia (ade jugak kan?)
tp bg link je laa

so tu je la video yg aku buat..semua ade kat youtube dah..search je 'shimsilver', ade ar video2 ni(promote gak)..kat fb aku pon ade kot..hahahaha hope korg enjoy (enjoy la sgt) hahahahaha
layan~
alhamdulillah..
sekian, assalamualaikum..

Thursday, December 29, 2011

habes dahh...

haihhhh..habes sudah la cuti mid-sem aku utk semester 2 ni...harap ade cuti lagi (i hope so).. memandangkan sem 2 ni terus sambung ke sem 3 dan sem 4, so kena la cuti habes2. hahahaha cuti la sangat kalo assignment menimbun mcm gunung. hahahaha lepas ni kurang la cuti..or worse, tak de langsung cuti. huhuhu ape aku buat cuti ni? huh.. takde apa apa pun. hahahaha ade la jugak balik kpg jap, mandi kat air terjun kat janda baik, hangout dgn member (walaupon sekejap), duk rumah, main game, makan minum then tidur :) tak macam member lain yg duk mrantau srata tempat. Pelik. ramai duk g cameron. Si luqman pon same. kalo takde ole-ole dia bawak tsn, tak tau nak kate ape la kan..hahahaha



mandi dengan family kat Janda Baik..best woo~


si kecik ni pon ikut sekali sebab nak ikut balik Temerloh kate nye..

hangout dengan Nana, skali dgn kakak dia kat Seremban.

time cuti ni la macam2 buah-buahan aku makan..rambutan, durian, langsat, manggis semua aku bedal..hehehehe amek ko sampai sakit perut tak cukup tandas ko cari hahahaha




apepun aku tetap bersyukur dengan apa yang ade, dengan ape yg terjadi kat aku, sama ada yg baik mahupun yang buruk spanjang cuti ni. Walaupon orang kate ia nya perit untuk ditelan tapi semua tu ade hikmahnya. Kebaikan menyusul selepas keburukan. Wallahu'alam. Thank you mum, dad..and thank you my friends..
Alhamdulillah...sekian

Kita break sekarang!

Di sebalik kite bergembira ni, apekate kite dgr perbualan drpd 2 orang insan ni.
Kisah pasangan couple yg insaf..

boyfriend : saya rasa kena kita break skrg..

girlfriend : kenapa? awak tak sayang kat saya dah ke?


boyfriend : sebab saya sayang awklah saya kena break dgn awak..

girlfriend : jadi kenapa?

boyfriend : tiap2 hari awak call saya,msj saya,tanya khabar saya..tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?

girlfriend : (diam)..

boyfriend : saya kesian dekat mak ayah awak..saya takpela.. couple ni dosa tp lelaki tanggung dosa dia sendiri..tapi awak tak..sebelum awak kahwin,mak & ayah awak akn tanggung dosa awak..awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu..mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.

girlfriend : hurm..

boyfriend : awak tunggu saya boleh?kalau ada jodoh kita,saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga ALLAH..INSYAALLAH..

girlfriend : mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu..terima kasih awak.

RENUNG-RENUNGKAN..DAN SELAMAT BERAMAL

Saturday, December 24, 2011

seminggu sahaja~

ohh yeahhh..cuti mid-sem sudah menjelma..walaupun seminggu, kena la bersyukur. Untungla ade cuti daripada takde cuti. Haa..kan?? hehehe cuti ni memang banyak assignment tapi tak menghalang aku nak enjoy..hehehe sepanjang awal pertengahan semester ke 2 ni, macam macam hal ade... maklum la sekarang ni UTHM tengah meriah. Budak degree ade je. Nampak la mcm berhuni sikit. Sesak pun ade..hahahaha Tahan je la kan. So kat sini aku nak ringkaskan sedutan ape yg ade kat awal semester 2......




Masuk2 je masjid baru UTHM dah boleh gune..tersergam indah gitu.. Besar la jugak dari yg lame. orang kampung pun boleh datang solat sama..yg tak best nye jauh la jugak dari hostel..kalau hujan, mmg parah. Tambah2 takde bas, mmg tak pergi solat jemaah la aku jawabnye..hehehe




dah masuk sem 2 ni, banyak benda best aku tahu..specially utk riadah petang...kadang2 pergi outdor gim dgn member, badminton or main baling2 piring hahahahaha










pastu ade sesi bergambar pulak..time ni mmg havoc la kan..kalo pasal bergambar, semua jakun..hahaha =.="















haa..kat U ade buat mcm2 event. Antaranya Karnival Kokurkulum, Karnival Sukan, Karnival Taha@U(anjuran Tabung Haji & Berita Harian) and banyak lagi..



Najwa Latif 
ade rmai lg artis undangan dtg utk memeriahkan majlis








Aku pon ade involved dalam program Islamic Genius Group (IGG), program rehlah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok. Sambil beriadah tu program ni diselitkan dengan menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..SubhanaAllah..









time sem 2 ni la kitorang banyak lepaskan tension main bowling kat BP Mall..hehehhee tgk keadaan gak la..








well sem 2 ni ade gak video yg aku buat. Utk projek Literasi Komputer. Dah upload kat youtube. kalau sudi, tengok je..utk suke2 je pon..takde kaitan dgn yg hidup mahupun yg mati..

Sekian sahaja coretan aku kat sini. Dah banyak sangat aku menaip ni. hahahaha 
>>>Mohon maaf kalau sepanjang awal semester 2 ni aku ade buat silap. Kepada siapa2 yg ade terasa hati, tersinggung dengan apa yang aku buat, aku mintak maaf banyak2. I'm still naive. Hidup ni tak lari daripada buat silap. Tak semua benda itu sempurna. Semester 2 ni ade lebih ade kurang nya.. Cuma kita tinggal sedar je. Aku jadi rindu bila nak citer semua benda ni kat shima. hahahaha (tak habes2..puiihhhh) Yela..ape2 yg berlaku mesti citer kat dia. Sekarang citer kat blog je. hahaha XD
Harap persahabatan di semester ni berkekalan walaupun dah terpisah jauh nanti. I'll gonna miss you all...Good Luck my friends..
sekian,syukron..assalamualaikum

8..9..10...

Entry utk kali ni..lyric of a song..enjoy it!!!

Well you can hide a lot about yourself,
But honey, what're you gonna do?
And you can sleep in a coffin,
But the past ain't through with you.
'Cause we are all a bunch of liars.
Tell me, baby, who do you wanna be?
And we are all about to sell it,
'Cause it's tragic with a capital T.
Let it be, Let it be, Let it be!

'Cause we all wanna party when the funeral ends.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
And we all get together when we bury our friends.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
It's been eight bitter years since I've been seeing your face.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
And you're walking away, and I will die in this place.

Sometimes you scrape and sink so low,
I'm shocked at what you're capable of.
And if this is a coronation,
I ain't feeling the love...
'Cause we are all a bunch of animals
That never paid attention in school.
So tell me all about your problems;
I was killing before killing was cool.
You're so cool, You're so cool, So cool!

'Cause we all wanna party when a funeral ends.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
And we all get together when we bury our friends.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
It's been nine bitter years since I've been seeing your face.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
And you're walking away, and I will die in this place.

You'll never take me alive.
You'll never take me alive.
Do what it takes to survive,
'Cause I'm still here.
You'll never get me alive.
You'll never take me alive.
Do what it takes to survive,
And I'm still here.
You'll never get me...(Get me!)
You'll never take me...(Take me!)
You'll never get me alive.

'Cause we all wanna party when a funeral ends.
(Ba-ba-ba, ba-ba-ba)
And we all get together when we bury our friends.
It's been ten fucking years since I've been seeing 
Your face 'round here.
And you're walking away, and I will drown in the fear.

p/s: "8..9..10.." is not the title of this song but the title was "Kill All Your Friends" affraid? no worry, i'll never hurt my friends..becuase i care about them..

sorry farah hanan :D

Saturday, December 17, 2011

Busy Busy Busy

Haiihhh...bila takde assignment, nak assignment.. Bila dah dapat assignment lain pulak jadinye..hahaha Well minggu ni agak sesak dengan assignment yang melimpah ruah datang. huhuhu Best tu memang la sebab takde la aku boring sangat nak hadapi hari hari yang mendatang. Tapi ni terlalu banyak sangat assignment due date dekat2 lak tu. Perrrggghhh.. amek ko! Dah la ade test. Nak kena buat assignment gak. Quiz pun skrg ni mengejut mengejut lecture bagi.. Apa lagi jawapan pun mengejut la hahahaha



So far alhamdulillah aku dapat handle sikit sikit.. Syukron.. Thanks kepda member yang membantu. Sekarang ni pon full. Nak keluar pon tak boleh. So kalau korang ade send msg kat FB time aku online, sorry sangat2 kalau aku late reply. Sorryyyyy~

sekian~

Thursday, December 15, 2011

i admit it!

sedar tak sedar dah setahun berlalu :)

Minggu ni genap setahun pertemuan aku dengan Hashimah. selepas 7 tahun senyap tiada khabar berita. hehehe tak sangka jumpa balik tahun lepas. Well ade hikmahnya pertemuan kitorang. hahahaha Apepun semua benda tu dah lepas. It's all ends. Hanya tinggal memori je kot. Tapi aku anggap ianya 1 benda yang paling istimewa dalam hidup aku. Berharap ianya takkan hilang dalam ingatan mahupun hati aku sendiri. And aku MENGAKU walaupun dah lost contact, aku tetap terasa rindu. No matter what happen :)

Aku just mampu doakan yang dia sentiasa berada dalam keredhaan-Nya. Aku pun bukan la sihat sangat sekarang ni nak jaga dia sorang. Ada orang lain yang lagi mampu daripada aku. Kesihatan diri sendiri pun dah nazak, nak jaga orang konon. hahahaha Biarlah dia. Dia pun nak hidup jugak (trademark lame..hehehe). Dia ada pilihan dia sendiri. Yela, perasaan ni mane boleh dipaksa untuk wujud dalam hati. So, let it flow by itself. Just pray to Him and wait patiently. Sabar eyy..aku pun tak tahu sampai bile aku boleh bertahan. Kalau sempat nak jumpa dia kejap. InsyaAllah. Ade rezeki ade pertemuan kan?? hehehe

Alhamdulillah. Dunia yang sementara ni memang banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar. Insan yang diciptakan oleh Yang Maha Esa tak lari dari tanggungjawabnya di muka bumi ni. Keluarga, Saudara, Sahabat, Kekasih. Ikatan perasaan yang sukar digambarkan. Ia adalah anugerah daripada-Nya. Hargailah dengan sebaiknya. Syukron.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum...

Monday, December 12, 2011

ni la hal sebenar :D

Hmm..benda ni since aku belum masuk U lagi aku dah tengok dah. Schoolmate aku dulu yang bagitahu..so aku harap aku tak dengar lagi dah pasal benda ni. Tapi bila masuk U pon ade lagi. Makin rancak ade la. hohohoho Tak tahu la dorang interest giler pasal benda ni. hahaha

Score A.
Pernah dengar? hahaha kalau kat UTHM ni mmg popular sangat dah sekarang..hahaha Aku bukan nak kata apa la. Aku sendiri pernah pergi ke tempat score A ni kat Damansara time cuti lepas SPM dulu. Tak hairan la kalo orang 'approach' kat cafe or Mcd dengan hanya membawa laptop je. Kat Damansara tu, lagi meriah orang kate. hahaha Siap ade celebriti lagi yang join Score A tu. hohoho Memang betul menyakinkan orang kalau pergi situ. Lagi terperinci and lagi detail. 
Tapi aku bukan nak promote. Aku cuma manusia biasa. Memang naif pasal benda2 macam ni. Aku suka cara pembelajaran dia. Cuma cara dorang sebarkan benda tu je yang meragukan aku. Pelik. Kerja tak la susah mana just cari orang. Pastu gaji melambak2. Hmm..dalam masa yang sama schoolmate aku POST something kat wall group. Aku buka. And it's all about Score A. Not about positve but totally it's about NEGATIVE effect. Bila aku baca tu aku mula sedar. Astargfirrullahal'azim....

ni la post tu, pasal page blog brother ni...KLIK DI SINI!!!!!
Kebenaran disebalik score A..brother ni berani bersuara kerana kebenaran. Blog dia panjang. So kne baca semua tu baru tahu kebenarannya.

pastu aku aku jumpa lagi 1 web..people who talk about score A. KLIK DI SINI

nak tahu halal haram dlm MLM just KLIK DI SINI!!!!
ustaz ni bagitahu nnti.

p/s:  depends kat korang la. Aku bukan siapa2 nak halang korang. Aku just jalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang saling mengingati sesama umat. Fikir baik buruknya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Kepada sesiapa yang terasa, aku mintak maaf. Aku bukan apa, kalau boleh cari rezeki tu biarlah bertepatan dengan syariat dan hukum. Wallahu'alam..

Wednesday, December 7, 2011

frust la

Sengal betul! bukan nak send notes kat email aku. Biar mcm tu je. Memang aku tak tahu ape2 la. Nak kata BOD** tak boleh lak. Sebab tengok sistem macam bagus la kan ("macam la.."). Kalau benda ni korang bagitahu awal2 tak aku susah cari makan tahu! Takde aku nak nyusahkan mak bapak aku bagi duit dari jauh!!! Sengal laa. Seriously aku dah jadi negative dengan korang. Elok2 aku tak cakap buruk pasal korang dulu, korang yang timbulkan. Patut la ade yang tak puas hati je. Macam ni korang berkhidmat untuk negara?! Suck la weyy!!! Kalau benda tu aku tak dapat, aku tak bayar sesen pun kat korang walau pon sikit.



p/s: sorry kalau bahasa aku kasar sangat..tak boleh tahan marah >:(

Sunday, December 4, 2011

poisonous, but delicious

Oleh sebab tak tahu nak buat apa, so aku punya ikut la member pergi BP Mall. Aku, Paan, Akmal, Aiem, Hazz and Qai. Lagipun ade Pikom PC Fair. Join je laa..Dah sampai sana memang orang kata macam lautan manusia je. Ramai kot. Payah aku nak berjalan dengan orang beli printer, mak cik yang baru habes shopping, pak cik yang bawak anak dlm troli. macam- macam. Aku just jamu mata je. Ade la gak aku beli pendrive. Tu pon satu je. hahahaha Ikot kan hati memang macam macam nak beli tapi pikir duit takde je aku batalkan niat tu. Dah penat 'meround' kitorang pergi floor atas lak. Tengok ape yang ade. Pastu pergi makan kat food court. Haa.. kat sini aku nak try ape yang mak cik aku ade cerita dulu. Mee Racun. Mengancam kan nama dia?? hahaha Aku pon macam takut mulanye tapi takkan la orang nak letak racun dalam makanan kan? So aku dengan Hazz try Mee Racun tu. Harga dia agak berbeza dgn harga mee yang lain. Mahal cikit ar. Apapun nak rasa je. hehehe

tu diaa Mee Racun

Rasa dia?? Hmm..macam mana nak explain ey? Orang kata pedas tapi time aku makan tu tak la pedas mana. SEDAP beb..hahahaha Memang rase nak lagi la kan.

Lepas habes makan je kitorang main bowling pulak. Agak kelakar time main bowling tu. Banyak gelak je. hahaha Then habes main kitorang pun balik U. Jam pun dah pukul 6 ptg. 
Yeahh sometimes I need time with my friends. Not to be lonely all the time. Thanks guys! Alhamdulillah :)

Monday, November 28, 2011

Quotes!!!

Assalamualaikum~
hmm..aku jadi tertarik dengan kata-kata menarik yang disebut2 oleh orang2 ternama. So aku cari la kat google. Banyak!

Aku jumpa dua quotes yang agak menarik. Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving. (by Albert Einstein)..yang kedua, You cannot find peace by avoiding life.(by Virginia Woolf) Kenal dorang? Einstein tu maybe la korang kenal. Virginia Woolf mesti jarang dengar kan? Well she's known as English author, a writter of short-stories, essayist and publisher. Banyak karya beliau hasilkan.
Bytheway..bila aku baca dua dua quotes ni aku tiba tiba teringat kata kata Gerard Way dalam lagu The Only Hope For Me Is You...dia cakap "Face all the pain and take it on.." Hmm..macam menarik kalau aku gabungkan semua ni. So aku pun gabungkan semua and jadilah.........

" Life is like riding a bicycle,to keep your balance, you must keep moving..but you can't find peace by avoiding life and problem...face all the pain and take it on...."

Ya, memang betul kata Einstein. Kalau nak seimbangkan hidup kita, kena la teruskan perjalanan. Tapi teruskan perjalanan tanpa hiraukan apa2 yang berlaku memang takkan aman. Yes, you can keep moving unless you face all your fate bravely. Bukan lari dari masalah or lepaskan semua masalah macam tu je. Be brave an be responsible. Kalau tak, anda akan jatuh di tengah jalan dengan parah.

Albert Einstein
Virginia Woolf
Gerard Way
Tu la sebahagian maksud ayat yang aku buat. Kalau anda rasa ade maksud lain atau ingin membaiki kesilapan saya pada ayat tu, sila inform or leave a comment. 
Syukron, Alhamdulillah :)

Sunday, November 27, 2011

Failed!

Ape yang aku nak bila balik cuti 4 hari ni?? Hmm..ape pon takde. Sebaliknya rasa hampehh!! Astaghfirullahalazim..aku pon tak tahu la ape nak jadi dengan rumah ni. Langsung tak berubah. Kolot. Ingatkan balik ni buat aku tenang tapi tak. Sakit hati ada ar. Haihh. Lepas satu, satu lagi masalah timbul. Lepas ni aku rase malas nak balik dah. Cuti mid sem pun tak tahu la nak balik ke tak. Memang nak duduk kampung je rase nye. Nanti la aku fikirkan balik. Buat sakit kepala je. 
Apapun aku berdoa sangat2 agar urusan aku dipermudahkan sepanjang semester 2 ni. Hanya Yang Maha Esa saje yang tahu apa yang aku rasa ape yang aku fikirkan.

Friday, November 25, 2011

Nanananana~

HAHAHAHA sempena cuti awal muharam ni, aku balik rumah jap. hehehe Mak tak bagi tapi aku nak jugak!  Last2 mak bagi jugak. YESS!!!

Aku nak hidup tenang jap daripada aku duduk bilik aku yang buat aku tak senang duduk. Nak citer kat sini? sensitif la der.. karang dia baca, mampus aku. hahahaha Balik cuti ni pon aku just bawak beg laptop aku je. beg baju? malas la. Bukan ade baju kotor pon. hehehe Hari Jumaat tu kelas sejam je time pagi pulak tu. Memang petang tu kasi chance balik rumah la. Lepas solat jumaat je terus bersiap ke BP. Wan temankan aku pergi bus stand. Dia pun ada benda nak kene beli katanya. So sekali je la. Dah dapat bas. Naik bas. Alhamdulillah sampai Seremban dengan selamatnya. Then terus ke KTM.

 Cuti 4 hari ni aku tak harapkan apa2 la tapi aku just berharap yang aku dapat ketenangan yang aku nak. InsyaAllah. Amin.
^-^

Dia ni kan....

Haiihhh..tak tahu nak kata apa..nak marah memang takkan marah. Sebab ada je yang buat marah aku hilang time tu. haiihh dia ni kan..hehehehe Memang la nak marah bila dia asyik berselindung je and kadang2 sakit hati jugak tapi perasaan tu macam tak sampai. Tiba tiba aku jadi sabar. Ada benda yang buat aku sabar and sayangkan dia. Sebab tu bila dia tanya aku kenapa dan apa sebabnya, aku tak reti nak jawab. kadang2 jawapan tu sendiri datang. Jawapan tu perlukan bukti di depan mata dia. Bukan pakai cakap je. Tak semudah apa yang aku nak cakap. Cakap sahaja tak cukup. Bukan aku nak berselindung ape. Tapi ni hakikatnya. Kata-kata kadang2 tak memberi makna dan tak menjadi bukti. Yang menjadi bukti bila respon aku pada dia. Ada aku tolak dia bila dia susah walaupun aku yang susah menerimanya apa yang dia buat? Ada? Biar la ape orang kata. Aku tetap dengan pendirian aku
AKU SAYANG RINDU KAMU.





p/s: i tak delete post sebab i taknak berselindung/menipu you. Jealous? i sayang you jugak. dont worry :)

Thursday, November 24, 2011

she wanted it back

Assalamualaikum..coretan ni aku tuju khas untuk insan yang ingin berubah tapi enggan menerima hakikat. Kalau aku chat/call/inbox kau mesti kurang bagi respon. Respon pun nak tak nak je. Haihh..so aku cakap kat sini je la. Kot kot kau jumpa coretan ni. hehehe

Aku bukan lah nak marah marah just nak bagitau something. Takde ape yang aku dapat kalau aku marah. Sudah sudah la dengan ego kau tu. Semuanya takkan berakhir or hilang bila kau buat macam tu kat dia. Aku tahu kau nak jauh and lupakan semua tu tapi bukan dengan jauhkan diri sampai membenci diri dia macam musuh. Bukan itu caranya. You make her more suffering than you. Maybe la kau tak rase tapi sekurang kurangnya jaga lah hati dan perasaan orang lain. Aku tahu kau nak lupakan dia tapi biar lah dengan cara yang baik. Biar dua dua hati tenang melepaskan semua hal lepas.  

Dia sedar apa yang dia buat sebab terlepas pandang dulu. Aku bukan la nak salahkan kau tapi kau yang letak harapan kat dia terlalu tinggi. kadang2 perempuan ada la insan yang boleh kite buat lagi teruk frust. Don't place your HIGH expectations on any girls. Bukan nak hasut tapi kenyataan. Jangan terlalu mengharap sampai lupa diri. Aku pun tak la berharap tinggi sangat dia kembali kat aku tapi aku just berdoa dan berharap yang dia berubah kepada dirinya yang dulu dan bersedia menerima semuanya takdirnya. Kalau kau rasa bersalah, dia lagi rasa bersalah. 

Aku tahu aku bukan orang yang memandai mandai nak nasihat orang, aku bukan ustaz, aku bukan orang tua yang byk ilmu, and aku pun takla kenal kau sangat. Aku sedar siapa diri aku. Aku pon nak berubah. Aku just nak nasihat atas dasar kawan dan sesama Islam. Aku lelaki, kau pun lelaki. Aku tahu kau nak jaga hati parents kau. To be honest, aku pernah rasa ape yang kau rasa sekarang ni.

 Bro, I know you hate and frustration with her, but please don't ruin your relationship. Give her another chance. Forgive her. She wanted to be kind with you. Please forgive her. Tak berdosa pun kalau kau maafkan dia. Kau juga yang senang nanti. Bro, Allah tak pernah kejam terhadap hamba-Nya yang memaafkan orang lain walaupun orang tu buat salah yang besar kat dia. Bersangka baiklah. Apa pun aku doakan semoga kau dapat tenangkan hati di dunia dan di akhirat. Aku support kau. InsyaAllah. Amin.
Syukron. Assalamualaikum..

p/s: if you want to talk to me just leave a msg. i'm ready to hear it.
if something bad happens to her, I'll never forgive you, m.a.h. i have my words.

Monday, November 21, 2011

JANGAN sangka TIADA sayap, HARIMAU MALAYA tak boleh menang


Tu diaaa... dia mengaum di Jakarta!! Yup..Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak bagi Sukan SEA 2011. Saingan sengit dapat dilihat bila masing masing menjaringkan 1 gol. So, keputusan seri tu membawa kepada masa tambahan. Tapi still tiada jaringan dibuat.

Penalti menjadi penentuan. Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menangkap bola dan kehebatan pemain Malaysia menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil bila penalti menang 4-3. Memang berdebar debar rakyat Malaysia bila menunggu keputusan. Bila dah confirm juara, semua duk menjerit bagai nak rak. HAHAHA Sampai yang hilang suara pun ada. Apepun tahniah kepada pasukan Malaysia yang memperoleh EMAS dan mengharumkan nama Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia :)

And diharapkan orang Indonesia tidak berbuat sesuatu yang negatif terhadap orang Malaysia yang berada di Indonesia ketika ni. Normal la. Adat permainan. Ada kalah ada menang. Anda dah cuba sebaik yang mungkin tapi maybe nasib tak menyebelahi anda.


 Apepun tadi tu memang perlawanan yang hebat la. 
CONGRATES MALAYSIA!!!!!!

Sunday, November 20, 2011

Lain serta Kelainannya

Yaaa..awal pagi sudah ku melangkah ke UTHM terus ke hostel tercinta(yela tu). TSN. Agak sadis. Setelah lama merancang nak duduk sebilik dengan classmate tapi akhirnya tak dapat. Choi laa~ Roomate semua dah ditetapkan. 3 orang setiap bilik. Dah macam tin sardin. Bilik yang aku dapat ni jangan tanya la kenapa pilih katil bahagian bawah double decker. Memang nak cari maut betul kalau aku tidor atas katil single. Apa sebab dia memang aku tak boleh bagitau la. hehehehe Roomate aku tak sama dengan roomate aku yang lepas. Nasib la siapa yang dapat roomate yang sama. Apapun aku tak kisah sangat. Janji aku tak kacau dia, dia tak kacau aku. Tu je.

Lepas kemas je barang aku terus tukar baju, solat zuhur then tidur! Penat whooaa. Barang2 aku macam aku taknak balik Nilai dah. Tambah lak aku duk tingkat 1. Bilik hujung pulak tu. Haiihhh. Nasib badan. Tapi yang buat aku tak boleh lupa kat area bilik2 hujung ni, di mana ada tempat aku hampir pengsan kat situ dulu. Nasib baik la tak apa2. And time tu pagi2 buta before aku final exam. Plus takde orang. Tak la segan kan. hahaha Memang la kan, bila ingat balik rasa sakit ada, rasa kelakar pun ada. Benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Lepas solat asar, saja la merayau sekitar TSN ni. Ada gak la yang baru sampai. Cafe pulak tutup. Ceh! Baru ingat nak minum kopi time hujan2 ni. Memang sampai ke malam la cafe tu tutup. Balik bilik.

TIme nak pergi solat maghrib pulak aku lupa yang masjid baru dah boleh guna. Tapi tu la dia, jauh macam seberang kampung. So aku solat jemaah maghrib je la dekat masjid lama tu. Still ada orang tapi suram. Lepas solat aku terus ziarah member STJ aku punya bilik. Boleh agak la ape dorang buat. Laptop dah depan mata masing2. Game la kan. Then ajak la dorang makan kat kedai makan kat luar tu.Sampai sana ada pulak orang Indo mintak orang kedai tu channel. nak tgk bola katenye. Yela. Indonesia vs. Vietnam. hahaha Sah sah la aku dengan member yang lain stay kat kedai tu sampai game tu habes. Layan.

Before aku pergi kedai makan tu, aku dapat panggilan yang aku tunggu. Dari Puan Inah. She told me all about her daugther. Yeahh. I miss her too much. Puan bagitau aku buat masa ni jangan contact anak dia dulu. Tunggu bila anak dia dah betul2 sedia. Puan banyak bagi nasihat kat aku macam mak aku. Naluri seorang ibu. Aku akur saja dengan ape yang Puan cakap. Panggilan tu memang buat aku rasa lega sebab aku patutnya nak berjumpa dengan Puan before aku balik hari tu tapi time tu masa tak mengizinkan dan maybe Puan pon tengah busy time tu. I need to tell her something bothering me all the time. Well ada rezeki nanti, jumpa la. InsyaAllah. hehehe

Setiap kali aku buka mata, ada je rasa tak kena. Sebab dia takde dah? Entah la. Aku terpaksa buat benda yang Puan suruh. Terpaksa walaupun sakit dada aku tahan benda ni. I'm so sorry. I tak bermaksud nak buat macam tu. Aku tahan benda ni sampai nak menangis rasanya. Namun bila difikirkan balik apa yg aku buat dulu, hati ini RELA melaksanakannya. Its okay, yang aku tau nanti, at the end ada penyelesaiannya dan ada kebaikannya. Sabar itu penting.


Apepun setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Yang perlu kita teroka dan selidik. Itulah adat kehidupan di dunia. Banyak gak la kelainan dalam semester 2 ni. Harap kelainan ni memberi aku lebih pengalaman. Semoga aku tabah hadapi semua ni. Amin.

Budak ni menangis time hantar aku balik. alalala.
*takde keje kacau aku tgh tidur =_="

Saturday, November 19, 2011

It's End.

Ni ringkasan je la yang aku buat pasal cuti semester 1 aku ni. Minggu 1st tu macam biasa laa kelas memandu dah mak aku plan awal2. So result dia, aku LULUS. Alhamdulillah. Pastu ajak la member, Zul pergi sekolah lama, STJ. Ambil majalah sekolah yang memang amat menyedihkan sekali bile memandangnya. Hadoiiii~ Alang2 dah sampai K.Pilah, aku melawat la member kat matrik,KMNS. Jumpa la Eleena and Liyana. Jumpa la gak member STJ, Bun, Potter, Kupok, Gay2, Patai, Meng, and Nick. hahaha Trip pergi balik Seremban-K.Pilah tu memang menyakitkan badan la kan. Naik motor la kate kan. Amek ko!!! 
Then hari seterusnya, classmate ajak hang out kat The Mines. So pegi je la. Aku dgn Paan. Bukhary dgn Kamal. Naik kereta. Tgk la movie. Habes je movie tak tau nak buat ape. Aku cadang la kitorg berempat ni pergi ke UPM. Ade expose kata member aku kat sane. So takde bantahan. Jom. Kat UPM memang sesak la dengan manusia yang ada. Maklum la ada event. Then aku jumpa la Mas. Classmate aku time sekolah dulu. Paan pon jumpa member dia jugak. Ramai sgt. hahaha 
 >>Read more story about this? Click here :)

Minggu ke2 pulak, Mas ajak aku dgn Faizkamal pergi Seremban jap. Member dia, Fiza nak cari hp. Aku on je. So, Mas & Fiza sampai lewat sikit sebab dorg ada hal kat Shah Alam. Sampai je dorang terus cari hp. Dah dapat tu, si Mas ni nak tgk movie. Join je. hahahaha Time tu pulak dah nak malam. So movie tu pon habes malam la. Naseb baik la si Mas dgn Fiza ni sempat balik UPM. haih~

Minggu yang seterusnya takde apa2 event pon. Kerja aku duduk umah. Tengok TV, makan, online. movie(dlm lappy) pastu tido. Tapi ada satu masa, hari tu aku rasa amat amat sunyi. I didn't think there are people around me. Felt empty. Time tu jugak la rasa rindu aku kat Shima makin membuak buak. Haihh. Sabar je yang mampu. Honestly rasa nak nangis pon ada. :'(

Memang. 2 minggu cuti dah. Ada la dlm 3 or 4 minggu lagi cuti. Sepanjang 3, 4 minggu tu, aku terasa kosong. Duduk je depan laptop. Tapi takde pape. Macam orang giler. Kalau mak ajak keluar, keluar la. Just temankan je. Balik kampung pun kejap je. Nak ziarah kubur nenek pon tak sempat sebab situasi/cuaca tidak berapa baik. Sekadar melawat and tidur semalam je.
Yang lain busy. Dengan sekolahnya. Dengan kerjanya. Nak buat macam mana. Sebab dulu before cuti, aku dah ada plan. Tapi ditakdirkan oleh Allah, plan semua tak jadi. Alhamdulillah la, 8 perkara yang aku list hari tu, hampir semua tercapai. >>Antara 8 perkara tersebut :)

So at the end, aku boleh katekan majoriti cuti aku tak beri apa2 makna. I felt lost at some point. Menyedihkan sungguh.

Bye bye cuti semester.

Thursday, November 17, 2011

Berakhirnyaaaa.....

Yaa..tanggal 18hb November 2011, cuti 1st semester aku telah tamat tempoh. Dengan ini aku bersama rakan2 yg lain diseru kembali ke UTHM bagi semester yg ke-2. EH? Dah cukup sebulan lebih ke? Laaa.. hahaha Cepat betul masa berlalu. :D  Maka, ramai la yang menuju ke Parit Raja. Ada yang dah balik awal. Semangat tuu!!!

Apepun dengan semester 2 yg akan bermula ni aku try tanamkan semangat dan azam yg lebih daripada semester lepas. Yeahh! Bile tgk subjek semester ni agak tough dan mantop2 memang terpaksa bekerja keras la nampaknya nanti. Hahahaha. Jangan sampai otak aku burst sudah~ hohoho 
Gud Luck kepada rakan2 seperjuangan!!!!


Gambatte!!!


p/s: entry akn dtg pasal cuti aku yg mmbosankan. honestly.

Wednesday, November 16, 2011

Doa untuk kekasihku


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

p/s:  Ya Allah, ampunilah dosa2 aku terhadap orang yang aku sayang. Ampunilah dosa2 orang yang aku sayang. Aku redha segala dugaan yg diberi oleh-Mu, Ya Allah. Alhamdulillah. Doa yang menjadi sebahagian daripada doa lepas solatku. 'affifwahamihsah. rammihs...