Thursday, June 20, 2013

End of training

Assalamualaikum.
sehat? hehehe sebenarnya Latihan Industri (LI) di Jabatan Kerja Raya Kluang (JKR) aku baru je habes 2 minggu lepas. Baru ade feel nak citer sekarang. HAHAHA seminggu lepas habes LI tu aku busy habeskan report beb. perghhhh tak pernah2 aku buat report yg tebal2 ni. hahahaha so that's 1 of my experiences in my practical.

31 Mac 2013, aku mula pindah ke Kluang. Well duduk rumah sewa yang member se-praktikal, Mila dapatkan untuk aku. Ribuan terima kasih la pada dia. Kalo tak mano la den nak bertoduh. hahaha Taman Delima 2 menjadi tempat teduh aku untuk 2 bulan ni. Asalnya rumah ni homestay. So rent dia agak mahal la. lagi lelaki yang sewa. RM400 sebulan siap kelengkapan perabot dalam rumah 2 tingkat tu. TV, 3 katil, 1 almari, kelengkapan dapur. 1 sofa, 1 meja makan. 2 bilik air. Memang lengkap segala nya. macam nak duduk sini sampai hbes pengajian. hahaha rabak duit aku kalo mcm tu. hahaha aku tak kesorangan. Ada lg 4 org yang se-praktikal yang sama dgn aku. Saufi, Hazz, Eqa dan Mila. Of coz yg perempuan duduk rumah lain. Takkan nak duduk sekali pulak =_=

Sepanjang LI ni, macam benda aku lalui. Bagi aku ia 1 laluan aku untuk persediaan di alam pekerjaan nanti. ibarat sebuah jambatan siap untuk ke destinasi seterusnya. InsyaAllah. Cabaran dan dugaan ditelan perlahan-lahan. Manis pahit. Suka duka. Semua dirasai. Even aku tengah sakit pon aku tetap gagahkan diri. Sampai tahap aku buat muka hipokrit. Haishhhh. Sabar. Tahan. Get through it. Tu je yang aku mampu buat. To be honest, aku tak tahu ape yang aku buat mase 1st time jejak kat JKR Kluang. Tapi expectation org2 di sini agak tinggi. Well dorg expect we're well-knowed about everything in civil-construction. Bila ditanya degree-diploma or bape bulan praktikal, baru dorg tahu tahap kitorg macam mana. Agak mengejutkan jugak la bagi dorg sebab selalunya JKR terima pelajar praktikalnya 6 bulan. tapi kitorg cume 2 bulan je. HAHAHA agak kelainan kat situ. "Belajar apa je kalo setakat 2 bulan je??" ungkapan yang selalu yang hinggap kat telinga ni time 1st 2nd week tu. hahaha normal for me. it's because their 'human-expectation'. Yup. Totally normal. haha

Sejak tu mula la sesi praktikal aku bersama rakan lain di JKR. Dari unit Jalan sehingga unit Bangunan. Dari dihina dan di'psyco' sampai la dipuji dan dihargai. Gitu la pahit manis kami di JKR. 

dalam unit Jalan, kenangan yang paling buat aku teringat time aku buat lawatan ke renggam, ikut gerak kerja anugerah inovasi JKR'13 dan proses patching. hehehe lawatan ke renggam buat aku teringat sebab lawatan tu je la yang mnggunakan duit minyak aku sendiri. jauh tu tak la jauh sangat. 1st time pergi tu memang jauh. bila dah lame2 tu kira biasa dah. hehehe dalam anugerah inovasi JKR'13 ni buat pertama kali nya kami involve bersama staff JKR unt Jalan buat something baru. Crash Chusion. Ni confirm masuk report HAHAHAHA. Turun naik pejabat-stor JKR buat kertas kerja dengan prototaip untuk diuji dan pemerhatian. fuhh alhamdulillah siap juga. tinggal tunggu hasilnya dalam masa 3 tahun. hahaha dahsyat tunggu 3 tahun. AMEK KAU! proses patching ni yang buat specialnya ialai jurutekniknya, En. Razak. Full of information. He's very kind person. He cares about his workers. RESPECT him so much. Even time patching kitorg dapat info yang berguna. MasyaAllah. 

Dalam unit Bangunan ni aku tak bape involve sgt bhgian full construction. I prefer more to school maintainance with En. Kassim. He's like father and brother to me. Follow je mane dia pegi dengan maintainance yang dia pegang. And dia selalu bawa aku dan mila g makan pas g lawatan ke sekolah. Aku suka bukan sebab dia belanja atau apa tapi cara dia layan kami macam kawan, anak dan pelajar dengan penuh rasa hormat. Kami hormat dia, dia pun begitu pada kami. Even hal family pon dikongsikan bersama. Aku memang tak kisah. Asal ada topik untuk dibualkan bersama. Kongsi idea. Kongsi ilmu. Hari-hari bersama En. Kassim memang tak pernah bosan. hehehe

Hari berganti hari. Pejam celik dah nak habes LI. Well terasa sekejap pulak. Seakan tak puas dengan LI kat JKR ni. I'm happy in this JKR. And I'll gonna miss this environment so damn much. Ribuan terima kasih pada sesiapa yang banyak membantu aku semasa LI ni.

Jutaan terima kasih:
En. Hamdan b. Ali (Jurutera Daerah)
En. Hayat, En. Omar, En. Kadiran, Pn. Noriz, Pn. Kavitha, Pn. Ruzaimah, En. Salleh, En. Kushairi, En. Yassin, En. Abdul Razak. En. Yatim
En. Zaharudin, En. Syukor, En. Ismail, En. Kassim, En. Ismil, En. Hairi, En. Mashaizar, En. Shariman, Pn. Danila, Miss Choo.
Pn. Khalsom, Pn. Aina, Pn. Besah, Pn. Nora, Pn. Fatimah, Pn. Azlina, Pn. Maznah
Kak Pah, Kak Dayang.
Nursafiqah, Norzamila, Nur Aqidah
and seluruh warga JKR Kluang.














Tuesday, June 4, 2013

masa




Setiap...


•  Setiap ilmu ada amalannya.
•  Setiap perkara ada sebabnya.

•  Setiap persoalan ada jawabannya.
•  Setiap perlakuan ada ganjarannya.

•  Setiap kesulitan ada kemudahannya.
•  Setiap kesenangan ada rahmatnya.

•  Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya.
•  Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..




Jika kita bertemu

Jika kita bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENIMBA ILMU ...

Jika kita bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktunya kita untuk saling BERTUKAR ILMU ....

Jika kita bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktunya kita untuk MENYAMPAIKAN ILMU ...

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktunya kita untuk REFLEKSI DAN MERENUNG ..

Jika kita bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI yang tidak manfaat, itulah waktunya kita untuk DIAM & BERLALU PERGI ...

saya ade anak baru~~ hehehe

Saturday, June 1, 2013

Wanita itu HEBAT!


> Hebat kerana mampu menutup aurat.
> Hebat kerana mampu menjaga akhlak.

> Hebat kerana mampu mendidik anak².
> Hebat kerana mampu menyejukan hati suami.

> Hebat kerana mampu menyenangkan suami.
> Hebat kerana mampu berbakti suami..