Friday, February 10, 2012

Setelah 7 tahun meghilang, kini ia kembali :(


CRAMPS!!!!! Aaarggghhh!!! Serious aku tak suka =_=" Aku ingat dah hilang cramps ni tapi ada balik.. Bukan cramps biasa. Cramps 'Berfasa'..pelik pelik..

Petang tadi main badminton entah macam mana la aku boleh cramps ni. Padahal dah jogging before main tu. Betul2 time aku smash bulu tangkis tu terus rebah betis kiri aku cramps.. Nasib baik ada Elyas. Dia tau la gak nak handle hal macam ni. Dah lama tak kena. hehehe Pastu okay dah.  Boleh jalan. Main piring terbang pulak. Ada la hamba Allah ni pegi baling piring ni tinggi tinggi. Aku lompat la (tak sedar kaki tu baru cramp). Sekali pakej aku dapat. Dapat piring tu and dapat cramp lagi. Tapi bukan kaki yang sama kaki kanan pulak. Pergghhh ni lagi sakit dari tadi. Elyas juga yang tolong. Thanks! Kali ni aku jalan macam pakai kayu kat kaki. Err..pelik. Memang gelak habes la si Mariam ni tengok aku jalan pelik. =.="


Last aku kena benda ni tahun 2005, time aku darjah 6,wakil sekolah main bola baling. 3 kali aku cramps. Time match Quarter Final, Semi Final dan match Final. Time Quarter Final tu aku cramps sebelah kiri. Ntah macam mana boleh cramps aku pon tak tau. Padahal aku dah warming up sekali dengan team aku. Kali kedua pulak time semi-final. Team aku mmg confirm dah masuk final time tu gak la sebelah kanan pulak yang cramp...haihhh Macam macam. Last2 minit boleh cramps sebelah kanan. Aku pikir pasni dah takde dah. So aku carry on la time final lak. Coach pon dah warning kat aku, jangan guna terlalu banyak pergerakan. Okay then. Aku ikut je. Haa time kat depan gol sape boleh kawal diri nak lompat, so lompat la mcm biasa. Dah lompat terus aku menyembah bumi tak bergerak. Mampu tahan sakit yang perit kat dua dua kaki yang langsung tak boleh bergerak kekejangan. Adoi. Memang kene usung keluar padang ar. Down aku tak dapat main. 


Lebih kurang macam tu la tragedinya. Effect daripada tu aku tak boleh duduk bersila lama. Kalau tak, kebas memanjang. So jangan tanya la kalau aku sopan sangat bila duduk makan kat bawah. Orang duk bersila ko duk bersipu yee..hehehehe Terpaksa maa...


video ni la adegan tadi :D 


Aku Cramp!!!


p/s: to Elyas, thanks again!!!! yoko-yoko~
Sekian
Assalamualaikum

2 comments:

  1. HAHAHA...seyezzzz vdio tu lawak ar!
    rugi ar lambat join...
    pape pon jogging mesti diutamakan..hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha
      takpe lain kali jogging awal2..hehehe

      Delete