Monday, November 28, 2011

Quotes!!!

Assalamualaikum~
hmm..aku jadi tertarik dengan kata-kata menarik yang disebut2 oleh orang2 ternama. So aku cari la kat google. Banyak!

Aku jumpa dua quotes yang agak menarik. Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving. (by Albert Einstein)..yang kedua, You cannot find peace by avoiding life.(by Virginia Woolf) Kenal dorang? Einstein tu maybe la korang kenal. Virginia Woolf mesti jarang dengar kan? Well she's known as English author, a writter of short-stories, essayist and publisher. Banyak karya beliau hasilkan.
Bytheway..bila aku baca dua dua quotes ni aku tiba tiba teringat kata kata Gerard Way dalam lagu The Only Hope For Me Is You...dia cakap "Face all the pain and take it on.." Hmm..macam menarik kalau aku gabungkan semua ni. So aku pun gabungkan semua and jadilah.........

" Life is like riding a bicycle,to keep your balance, you must keep moving..but you can't find peace by avoiding life and problem...face all the pain and take it on...."

Ya, memang betul kata Einstein. Kalau nak seimbangkan hidup kita, kena la teruskan perjalanan. Tapi teruskan perjalanan tanpa hiraukan apa2 yang berlaku memang takkan aman. Yes, you can keep moving unless you face all your fate bravely. Bukan lari dari masalah or lepaskan semua masalah macam tu je. Be brave an be responsible. Kalau tak, anda akan jatuh di tengah jalan dengan parah.

Albert Einstein
Virginia Woolf
Gerard Way
Tu la sebahagian maksud ayat yang aku buat. Kalau anda rasa ade maksud lain atau ingin membaiki kesilapan saya pada ayat tu, sila inform or leave a comment. 
Syukron, Alhamdulillah :)

Sunday, November 27, 2011

Failed!

Ape yang aku nak bila balik cuti 4 hari ni?? Hmm..ape pon takde. Sebaliknya rasa hampehh!! Astaghfirullahalazim..aku pon tak tahu la ape nak jadi dengan rumah ni. Langsung tak berubah. Kolot. Ingatkan balik ni buat aku tenang tapi tak. Sakit hati ada ar. Haihh. Lepas satu, satu lagi masalah timbul. Lepas ni aku rase malas nak balik dah. Cuti mid sem pun tak tahu la nak balik ke tak. Memang nak duduk kampung je rase nye. Nanti la aku fikirkan balik. Buat sakit kepala je. 
Apapun aku berdoa sangat2 agar urusan aku dipermudahkan sepanjang semester 2 ni. Hanya Yang Maha Esa saje yang tahu apa yang aku rasa ape yang aku fikirkan.

Friday, November 25, 2011

Nanananana~

HAHAHAHA sempena cuti awal muharam ni, aku balik rumah jap. hehehe Mak tak bagi tapi aku nak jugak!  Last2 mak bagi jugak. YESS!!!

Aku nak hidup tenang jap daripada aku duduk bilik aku yang buat aku tak senang duduk. Nak citer kat sini? sensitif la der.. karang dia baca, mampus aku. hahahaha Balik cuti ni pon aku just bawak beg laptop aku je. beg baju? malas la. Bukan ade baju kotor pon. hehehe Hari Jumaat tu kelas sejam je time pagi pulak tu. Memang petang tu kasi chance balik rumah la. Lepas solat jumaat je terus bersiap ke BP. Wan temankan aku pergi bus stand. Dia pun ada benda nak kene beli katanya. So sekali je la. Dah dapat bas. Naik bas. Alhamdulillah sampai Seremban dengan selamatnya. Then terus ke KTM.

 Cuti 4 hari ni aku tak harapkan apa2 la tapi aku just berharap yang aku dapat ketenangan yang aku nak. InsyaAllah. Amin.
^-^

Dia ni kan....

Haiihhh..tak tahu nak kata apa..nak marah memang takkan marah. Sebab ada je yang buat marah aku hilang time tu. haiihh dia ni kan..hehehehe Memang la nak marah bila dia asyik berselindung je and kadang2 sakit hati jugak tapi perasaan tu macam tak sampai. Tiba tiba aku jadi sabar. Ada benda yang buat aku sabar and sayangkan dia. Sebab tu bila dia tanya aku kenapa dan apa sebabnya, aku tak reti nak jawab. kadang2 jawapan tu sendiri datang. Jawapan tu perlukan bukti di depan mata dia. Bukan pakai cakap je. Tak semudah apa yang aku nak cakap. Cakap sahaja tak cukup. Bukan aku nak berselindung ape. Tapi ni hakikatnya. Kata-kata kadang2 tak memberi makna dan tak menjadi bukti. Yang menjadi bukti bila respon aku pada dia. Ada aku tolak dia bila dia susah walaupun aku yang susah menerimanya apa yang dia buat? Ada? Biar la ape orang kata. Aku tetap dengan pendirian aku
AKU SAYANG RINDU KAMU.





p/s: i tak delete post sebab i taknak berselindung/menipu you. Jealous? i sayang you jugak. dont worry :)

Thursday, November 24, 2011

she wanted it back

Assalamualaikum..coretan ni aku tuju khas untuk insan yang ingin berubah tapi enggan menerima hakikat. Kalau aku chat/call/inbox kau mesti kurang bagi respon. Respon pun nak tak nak je. Haihh..so aku cakap kat sini je la. Kot kot kau jumpa coretan ni. hehehe

Aku bukan lah nak marah marah just nak bagitau something. Takde ape yang aku dapat kalau aku marah. Sudah sudah la dengan ego kau tu. Semuanya takkan berakhir or hilang bila kau buat macam tu kat dia. Aku tahu kau nak jauh and lupakan semua tu tapi bukan dengan jauhkan diri sampai membenci diri dia macam musuh. Bukan itu caranya. You make her more suffering than you. Maybe la kau tak rase tapi sekurang kurangnya jaga lah hati dan perasaan orang lain. Aku tahu kau nak lupakan dia tapi biar lah dengan cara yang baik. Biar dua dua hati tenang melepaskan semua hal lepas.  

Dia sedar apa yang dia buat sebab terlepas pandang dulu. Aku bukan la nak salahkan kau tapi kau yang letak harapan kat dia terlalu tinggi. kadang2 perempuan ada la insan yang boleh kite buat lagi teruk frust. Don't place your HIGH expectations on any girls. Bukan nak hasut tapi kenyataan. Jangan terlalu mengharap sampai lupa diri. Aku pun tak la berharap tinggi sangat dia kembali kat aku tapi aku just berdoa dan berharap yang dia berubah kepada dirinya yang dulu dan bersedia menerima semuanya takdirnya. Kalau kau rasa bersalah, dia lagi rasa bersalah. 

Aku tahu aku bukan orang yang memandai mandai nak nasihat orang, aku bukan ustaz, aku bukan orang tua yang byk ilmu, and aku pun takla kenal kau sangat. Aku sedar siapa diri aku. Aku pon nak berubah. Aku just nak nasihat atas dasar kawan dan sesama Islam. Aku lelaki, kau pun lelaki. Aku tahu kau nak jaga hati parents kau. To be honest, aku pernah rasa ape yang kau rasa sekarang ni.

 Bro, I know you hate and frustration with her, but please don't ruin your relationship. Give her another chance. Forgive her. She wanted to be kind with you. Please forgive her. Tak berdosa pun kalau kau maafkan dia. Kau juga yang senang nanti. Bro, Allah tak pernah kejam terhadap hamba-Nya yang memaafkan orang lain walaupun orang tu buat salah yang besar kat dia. Bersangka baiklah. Apa pun aku doakan semoga kau dapat tenangkan hati di dunia dan di akhirat. Aku support kau. InsyaAllah. Amin.
Syukron. Assalamualaikum..

p/s: if you want to talk to me just leave a msg. i'm ready to hear it.
if something bad happens to her, I'll never forgive you, m.a.h. i have my words.

Monday, November 21, 2011

JANGAN sangka TIADA sayap, HARIMAU MALAYA tak boleh menang


Tu diaaa... dia mengaum di Jakarta!! Yup..Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak bagi Sukan SEA 2011. Saingan sengit dapat dilihat bila masing masing menjaringkan 1 gol. So, keputusan seri tu membawa kepada masa tambahan. Tapi still tiada jaringan dibuat.

Penalti menjadi penentuan. Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menangkap bola dan kehebatan pemain Malaysia menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil bila penalti menang 4-3. Memang berdebar debar rakyat Malaysia bila menunggu keputusan. Bila dah confirm juara, semua duk menjerit bagai nak rak. HAHAHA Sampai yang hilang suara pun ada. Apepun tahniah kepada pasukan Malaysia yang memperoleh EMAS dan mengharumkan nama Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia :)

And diharapkan orang Indonesia tidak berbuat sesuatu yang negatif terhadap orang Malaysia yang berada di Indonesia ketika ni. Normal la. Adat permainan. Ada kalah ada menang. Anda dah cuba sebaik yang mungkin tapi maybe nasib tak menyebelahi anda.


 Apepun tadi tu memang perlawanan yang hebat la. 
CONGRATES MALAYSIA!!!!!!

Sunday, November 20, 2011

Lain serta Kelainannya

Yaaa..awal pagi sudah ku melangkah ke UTHM terus ke hostel tercinta(yela tu). TSN. Agak sadis. Setelah lama merancang nak duduk sebilik dengan classmate tapi akhirnya tak dapat. Choi laa~ Roomate semua dah ditetapkan. 3 orang setiap bilik. Dah macam tin sardin. Bilik yang aku dapat ni jangan tanya la kenapa pilih katil bahagian bawah double decker. Memang nak cari maut betul kalau aku tidor atas katil single. Apa sebab dia memang aku tak boleh bagitau la. hehehehe Roomate aku tak sama dengan roomate aku yang lepas. Nasib la siapa yang dapat roomate yang sama. Apapun aku tak kisah sangat. Janji aku tak kacau dia, dia tak kacau aku. Tu je.

Lepas kemas je barang aku terus tukar baju, solat zuhur then tidur! Penat whooaa. Barang2 aku macam aku taknak balik Nilai dah. Tambah lak aku duk tingkat 1. Bilik hujung pulak tu. Haiihhh. Nasib badan. Tapi yang buat aku tak boleh lupa kat area bilik2 hujung ni, di mana ada tempat aku hampir pengsan kat situ dulu. Nasib baik la tak apa2. And time tu pagi2 buta before aku final exam. Plus takde orang. Tak la segan kan. hahaha Memang la kan, bila ingat balik rasa sakit ada, rasa kelakar pun ada. Benda dah jadi. Nak buat macam mana.

Lepas solat asar, saja la merayau sekitar TSN ni. Ada gak la yang baru sampai. Cafe pulak tutup. Ceh! Baru ingat nak minum kopi time hujan2 ni. Memang sampai ke malam la cafe tu tutup. Balik bilik.

TIme nak pergi solat maghrib pulak aku lupa yang masjid baru dah boleh guna. Tapi tu la dia, jauh macam seberang kampung. So aku solat jemaah maghrib je la dekat masjid lama tu. Still ada orang tapi suram. Lepas solat aku terus ziarah member STJ aku punya bilik. Boleh agak la ape dorang buat. Laptop dah depan mata masing2. Game la kan. Then ajak la dorang makan kat kedai makan kat luar tu.Sampai sana ada pulak orang Indo mintak orang kedai tu channel. nak tgk bola katenye. Yela. Indonesia vs. Vietnam. hahaha Sah sah la aku dengan member yang lain stay kat kedai tu sampai game tu habes. Layan.

Before aku pergi kedai makan tu, aku dapat panggilan yang aku tunggu. Dari Puan Inah. She told me all about her daugther. Yeahh. I miss her too much. Puan bagitau aku buat masa ni jangan contact anak dia dulu. Tunggu bila anak dia dah betul2 sedia. Puan banyak bagi nasihat kat aku macam mak aku. Naluri seorang ibu. Aku akur saja dengan ape yang Puan cakap. Panggilan tu memang buat aku rasa lega sebab aku patutnya nak berjumpa dengan Puan before aku balik hari tu tapi time tu masa tak mengizinkan dan maybe Puan pon tengah busy time tu. I need to tell her something bothering me all the time. Well ada rezeki nanti, jumpa la. InsyaAllah. hehehe

Setiap kali aku buka mata, ada je rasa tak kena. Sebab dia takde dah? Entah la. Aku terpaksa buat benda yang Puan suruh. Terpaksa walaupun sakit dada aku tahan benda ni. I'm so sorry. I tak bermaksud nak buat macam tu. Aku tahan benda ni sampai nak menangis rasanya. Namun bila difikirkan balik apa yg aku buat dulu, hati ini RELA melaksanakannya. Its okay, yang aku tau nanti, at the end ada penyelesaiannya dan ada kebaikannya. Sabar itu penting.


Apepun setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Yang perlu kita teroka dan selidik. Itulah adat kehidupan di dunia. Banyak gak la kelainan dalam semester 2 ni. Harap kelainan ni memberi aku lebih pengalaman. Semoga aku tabah hadapi semua ni. Amin.

Budak ni menangis time hantar aku balik. alalala.
*takde keje kacau aku tgh tidur =_="

Saturday, November 19, 2011

It's End.

Ni ringkasan je la yang aku buat pasal cuti semester 1 aku ni. Minggu 1st tu macam biasa laa kelas memandu dah mak aku plan awal2. So result dia, aku LULUS. Alhamdulillah. Pastu ajak la member, Zul pergi sekolah lama, STJ. Ambil majalah sekolah yang memang amat menyedihkan sekali bile memandangnya. Hadoiiii~ Alang2 dah sampai K.Pilah, aku melawat la member kat matrik,KMNS. Jumpa la Eleena and Liyana. Jumpa la gak member STJ, Bun, Potter, Kupok, Gay2, Patai, Meng, and Nick. hahaha Trip pergi balik Seremban-K.Pilah tu memang menyakitkan badan la kan. Naik motor la kate kan. Amek ko!!! 
Then hari seterusnya, classmate ajak hang out kat The Mines. So pegi je la. Aku dgn Paan. Bukhary dgn Kamal. Naik kereta. Tgk la movie. Habes je movie tak tau nak buat ape. Aku cadang la kitorg berempat ni pergi ke UPM. Ade expose kata member aku kat sane. So takde bantahan. Jom. Kat UPM memang sesak la dengan manusia yang ada. Maklum la ada event. Then aku jumpa la Mas. Classmate aku time sekolah dulu. Paan pon jumpa member dia jugak. Ramai sgt. hahaha 
 >>Read more story about this? Click here :)

Minggu ke2 pulak, Mas ajak aku dgn Faizkamal pergi Seremban jap. Member dia, Fiza nak cari hp. Aku on je. So, Mas & Fiza sampai lewat sikit sebab dorg ada hal kat Shah Alam. Sampai je dorang terus cari hp. Dah dapat tu, si Mas ni nak tgk movie. Join je. hahahaha Time tu pulak dah nak malam. So movie tu pon habes malam la. Naseb baik la si Mas dgn Fiza ni sempat balik UPM. haih~

Minggu yang seterusnya takde apa2 event pon. Kerja aku duduk umah. Tengok TV, makan, online. movie(dlm lappy) pastu tido. Tapi ada satu masa, hari tu aku rasa amat amat sunyi. I didn't think there are people around me. Felt empty. Time tu jugak la rasa rindu aku kat Shima makin membuak buak. Haihh. Sabar je yang mampu. Honestly rasa nak nangis pon ada. :'(

Memang. 2 minggu cuti dah. Ada la dlm 3 or 4 minggu lagi cuti. Sepanjang 3, 4 minggu tu, aku terasa kosong. Duduk je depan laptop. Tapi takde pape. Macam orang giler. Kalau mak ajak keluar, keluar la. Just temankan je. Balik kampung pun kejap je. Nak ziarah kubur nenek pon tak sempat sebab situasi/cuaca tidak berapa baik. Sekadar melawat and tidur semalam je.
Yang lain busy. Dengan sekolahnya. Dengan kerjanya. Nak buat macam mana. Sebab dulu before cuti, aku dah ada plan. Tapi ditakdirkan oleh Allah, plan semua tak jadi. Alhamdulillah la, 8 perkara yang aku list hari tu, hampir semua tercapai. >>Antara 8 perkara tersebut :)

So at the end, aku boleh katekan majoriti cuti aku tak beri apa2 makna. I felt lost at some point. Menyedihkan sungguh.

Bye bye cuti semester.

Thursday, November 17, 2011

Berakhirnyaaaa.....

Yaa..tanggal 18hb November 2011, cuti 1st semester aku telah tamat tempoh. Dengan ini aku bersama rakan2 yg lain diseru kembali ke UTHM bagi semester yg ke-2. EH? Dah cukup sebulan lebih ke? Laaa.. hahaha Cepat betul masa berlalu. :D  Maka, ramai la yang menuju ke Parit Raja. Ada yang dah balik awal. Semangat tuu!!!

Apepun dengan semester 2 yg akan bermula ni aku try tanamkan semangat dan azam yg lebih daripada semester lepas. Yeahh! Bile tgk subjek semester ni agak tough dan mantop2 memang terpaksa bekerja keras la nampaknya nanti. Hahahaha. Jangan sampai otak aku burst sudah~ hohoho 
Gud Luck kepada rakan2 seperjuangan!!!!


Gambatte!!!


p/s: entry akn dtg pasal cuti aku yg mmbosankan. honestly.

Wednesday, November 16, 2011

Doa untuk kekasihku


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

p/s:  Ya Allah, ampunilah dosa2 aku terhadap orang yang aku sayang. Ampunilah dosa2 orang yang aku sayang. Aku redha segala dugaan yg diberi oleh-Mu, Ya Allah. Alhamdulillah. Doa yang menjadi sebahagian daripada doa lepas solatku. 'affifwahamihsah. rammihs...

Tuesday, November 15, 2011

Just a dream

Well dah berapa kali aku mimpi benda ni. Tapi kadang2 asyik terfikir. Hahaha. Orang kata "Jangan difikirkan sangat. Mimpi tu mainan tidur." Yeahh i kind of accept it. Tapi makin cuba aku try lupakan makin kerap benda tu teringat. Maybe tak cukup tidur kot. Okay malam tu balik kampung. Then dapat tidur yg tenang. Mimpi tu hilang.


1 masa aku terdetik hati nak call orang. Orang yang buat rase berdosa besar kat dia. Lama tak dengar suara dia. Jadi lemah bila dapat dengar suara dia. Kitorang borak macam biasa. Tanya khabar. Sampai la aku cakap pasal "drool bond". Well lebih kepada ikatan seseorang dengan orang lain. Aku agak tak berapa nak percaya sangat tapi just nak share kat dia. Aku pon story la benda tu. Bila dah ade drool bond, ade something boleh berlaku kat seseorang yang sedang hangat bercinta. Apa yg dia buat, dah tentu pasangannya akan terasa benda yang sama. So, aku tanya la dia. Ada rase pening2 tak sebelum ni? And she said YES. Okay, same as me la. Then aku cerita la yang aku muntah teruk time pagi raya haji hari tu, and she felt the same way too. Maybe kebetulan kot. Kitorang tukar la topik. Dia ada cakap bila dia teringat kat aku, dia rasa benci and ada bayangan yang dia menoreh/cucuk dada aku. Aku tersentap sekejap. Sebab aku teringat mimpi aku hari tu. Mimpi yang agak sakit. Sama dengan ape yang dia cakap.


Tak berapa jelas mimpi tu tapi still segar. Mimpi yang aku sedar yang aku cedara teruk di bahagian dada. Macam baru lepas gaduh. Ada orang tusuk dada aku dengan tangannye sendiri. Orang yang penuh kebencian. Aku tak boleh buat ape. Just menahan kesakitan tu je. Aku tak terdaya. Seakan terus ke jantung tusukan tu.


Kalau betul la terjadi, aku berserah kepada Yang Maha Esa. Aku terima dengan redha. Balasan aku buat jahat agaknya.


p/s: jika diberi peluang,aku nak tebus balik ape yang aku dah buat. Minta maaf. sayasayangawak.

Sunday, November 13, 2011

Awek den vampire...

Hahahaha...rupanya ade movie yg aku tak explore dlm folder lappy aku ni. Memang ketinggalan zaman aku ni. Citer Tolong! Awek Aku Pontianak. Dah 4 bulan kot movie dah ditayangkan baru aku nak tengok. hahaha Disebabkan boring sangat sampai la aku terjumpa movie ni hari tu. So aku pon tengok laaa~




Ni sebahagian sinopsisnye~
Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.

Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.

Bob bekerja di sebuah syarikat sebagai Junior Designer. Dia bersama rakan sekerja sering dibuli oleh Head of Department mereka. Segala idea mereka akan dicuri oleh Head of Department mereka. Ini termasuklah idea dan juga konsep perniagaan yang akan dijual kepada pelanggan mereka.

Selepas itu, Maya mula mengajak Bob untuk pergi menonton wayang bersama. Ketika mereka pulang, beg Maya telah diragut oleh peragut. Bob cuma untuk mengambil kembali beg tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul oleh peragut tersebut. Akibatnya, Maya telah bertukar menjadi pontianak untuk menyelamatkan Bob. Sejak dari itu, cinta mereka telah berputik.

Head of Department tempat Bob bekerja telah datang rumah Bob untuk melawat Bob. Ketika itu, mereka telah menawarkan Maya untuk bekerja di syarikat mereka dan Maya bersetuju untuk bekerja di sana kerana dia ingin bersama Bob. Jadi, dia telah membantu Bob melakukan tugas di pejabat dan menaikkan nama Bob semasa mesyuarat bersama CEO. Selepas itu, Bob dilantik menjadi Senior Designer kerana CEO amat berpuas hati dengan idea yang Bob berikan.


Head of Department cuba untuk memikat Maya. Dia telah merancang satu tipu helah kononnya ada hantu di dalam pejabat tersebut. Akibatnya, Maya telah berukar menjadi pontianak dan rahsia tersebut telah terbongkar. Selepas itu, mereka merancang untuk mendedahkan rahsia tersebut ketika Costume Party.

Ape jadi seterusnya kat Costume Party tu? Yang dah lame tengok tu tahu2 je la kan. Yang belum tengok tu kena la paham2. hehehe Tengok la sendiri.

Best gak la movie ni. Tak boring tengok banyak kali. Watak semua tebaik! Terutama Bob dengan Maya laa. hahaha sweet~ Sazzy nampak comel dlm movie ni! hahaha




"Same laa..."

"SAMA LAA....." tu la ungkapan yg tak habes2 member aku dok komen and dok bgtau yg muka brother polis dlm gmbr ni sama dgn muka aku. Choi! Asl nye aku tak percaya 'post' yg ade kat group's wall. So aku amek gmbr tu then share kat wall aku..hahahaha tgk pendapat orang lain lak. Betul ke? Same ke? hahahaha Well the result was very impressive. hahahaha All of them said, "sama la ko.." "sebijik!" Even mak aku pon ckp bnde yg sama. hahahaha Smpai hari tu boleh dikatakan Word of the day: SAMA. So kat bwh ni la gmbrnye...

amacam? same la sangat kan...hahaha 
*maybe gaya dia pose same kot..haha
and this is me

p/s: kpd saudara Bukhary, ye..memang ade rupa dgn saya. =_="

Saturday, November 12, 2011

Salahkah ku - The Muffins



Tak seindah
Hari hari yang ku idamkan
Untuk bersamamu
Tiada lagi ruang
Dihatimu

Untuk ku curahkan segala
Apa yang ku rasa
Tapi kau tak percaya
Siapa ku dihatimu
Hanya mengganggu hidupmu

Maafkanku
Aku tak berdaya
Membahagiakan kamu

Tiba saatnya
Ku kan pergi jua
Mengakhiri segalanya

(Korus)
Salahkah ku
Hanya mahu menyintaimu
Salahkah aku
mendekati hatimu itu

Salahkah aku
Sekadar menemani dirimu
Salahkahku
Ku tak bisa meninggalkanmu



p/s; semenjak dua menjak ni aku asyik layan lagu ni je kot..hahaha dah lama tak dengar lirik lagu macam ni. Lagu ni time form 1 kot aku dengar. baru sekarang dapat dengar balik. hahahaha Apepun layan je laaa~

luahan isi hati

Well aku ada member yg dok study jauh. And dia akan balik cuti tak lame lagi rase nye. Plus,dia tgh final exam. Before exam ade la dia plan hang out dgn member bila dah balik cuti nanti and dia ajak la aku join sekali and aku setuju. So bagi nak elakkan dia jadi x fokus time exam nanti, aku try ar tolong hebah kan bnda tu. And aku invite la sape2 member terdekat yg still cuti.

Sampai la 1 hari tu dia msg dia x tenang sebab nak balik cuti sangat dah walhal exam belum habes lg. Aku try tenangkan dia yg aku dah hebahkan plan dia tu. 1 msg dia yg agak buat aku terkilan sekejap. "Mane boleh chill afif..ni je cuti yg aku ade..Aku dah lame x jumpe mas,epul and yg lain..Kalo dgn ko, aku x kesah la ade gak jumpe time keje dulu..kita pon ade je borak kat inbox.." tu antara keratan msg yg dia send. aku tak ingat selebihnya sebab aku dah delete. Ntah la..hanye tuhan je yg tahu ape perasaan aku time tu. Aku pon paham ape yg dia rase. 
Ape pun aku try lg invite member lain. Alhamdulillah la ade respon. And aku doakan plan dia nak sangat tu jadi. Aku x jd nak join. x mood kot. sorry la. lgpon semua ape bnde story yg patut aku nak share kat ko, semua ko dah tahu dari mulot org bkn dr mulut aku sendiri. have fun kat the mines nanti k :)


p/s: sorry..aku just terkilan,x sanggup jd hipokrit and x sanggup aku nak simpan jd luka. tp takpe la, its okay..ko still kwn baik aku..aku x harapkan ape2..juz harap kite tak hilang nilai sebuah persahabatan tu..cukop la aku dah hilang ramai org yg aku rapat..

Friday, November 11, 2011

Mengimbas seketika?

11hb November 2011. Hmm 11.11.11..lawa tarikh ni. Ramai orang anggap special la konon nye sebab sederet nombor 1. hahaha Bagi aku tu cuma tarikh je. Takde apepun. Pada hari tu jugak la aku melawat sekolah lama aku, SMKKKLIA lepas solat Jumaat kat Masjid Kuarters KLIA. Sebenarnya aku boring duk dalam bilik pemulihan khas mak aku tu. Takde ape nak buat selain tunggu abah aku jemput aku and adik2 aku balik rumah pukul 3.30 nanti. Then aku keluar jap pergi sekolah sebelah tu. Lagi pun mane ade budak lagi dah. Semua dah balik. Tinggal kerani pejabat je la kot. hehehe Dah lama aku tak jejak sekolah ni.


Aku masuk ikut pintu pagar belakang. Terus naik ke tingkat atas sekali, terus ke kelas time aku form 1 dulu. Dah  berubah kot. hahaha Tapi ade benda yang aku tinggalkan kat kelas tu and sampai sekarang pon ade lagi. hohoho Rindu kot.
Yup ni la kelas aku time form 1 dulu. 1 Suria 2006


Tempat yg kadang2 jadi 'perlepakan' dgn member2 kelas. hahaha


Ukiran di dinding belakang pintu yg aku buat dulu ade lagi!!! hahaha


 
Ni kelas time form tu lak. 2 Suria 2007. Mcm takde ape yg berubah pon. hehehe 
Tapi dulu lagi lawa kot :D

haa..aku ingat lagi kelas math kat bilik ni time form 2. I miss teacher Shahina laa T.T

3 Suria 2008. Yup. Ni dulu kelas 3 suria tapi sekarang dah jadi 3 intelek lak. 
Lawa lagi kelas aku dulu. hahahaha


Ni bilik guru. Tempat yang agak rajin aku kunjungi. (rajinlasangat) 
*Sorry gmbr dinding dgn kerusi je. hahaha




 
Masih teguh lagi pondok ni. Ish3...hehehe

Bilik BOSS. Bilik kerja part-time dgn member time form 1. hahahaha Bilik pinjaman buku teks. Ape2 hal pasal susun atur/cop buku teks aku dgn member aku la tolong settle kan. Best kerja2 ni. Yeah..i miss teacher Balkkis gave all those works.


Haaa..jangan terpegun dgn keindahan hasil seni yang kelas aku buat time form 3 dulu. hahaha 
Sungguh indah =.=" Sekarang still ade lagi tapi dah pudar laa..

Still terpahat di dinding tu. Ni la insan2 yg berjiwa seni. :D

Mural yg baru aku nampak. Adik aku kata baru buat. Dalam tahun ni gak la. Fuuhh ade tercatat di situ UTHM walaupun tak ramai yang tahu. hehehe :D 
*Bangga jap

Tu je kot yang sempat aku rakam dan imbau. Semua memori kat sekolah ni seakan terlintas pada mase tu gak. Nostalgia beb. hahaha Dan sekarang aku dah belajar kat universiti. Terasa cepat masa berlalu. Tu la orang kata "Terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai tidak sedar akan masa yang berlalu.."

Aku penah tulis cerita time aku form 1-3 dulu..form 4 aku tak tulis sebab aku dah berhijrah ke sekolah lain.

p/s: honestly aku rindu semua classmate aku. :)

Tuesday, November 8, 2011

Kisah Benar : Salah sangka

Well benda ni berlaku beberapa hari yang lepas kat parking lot Tesco Seremban. Member mak aku la citer benda ni sebab dia yang nampak depan mata. Sorang mak cik India nak masuk ke Tesco lepas parking kereta dia. Takde la jaoh mane dia parking kereta dia and takde la dekat sangat. So dia terus ke Tesco.

Dalam perjalanan tu, dia didatangi sorang lelaki India berbadan besar and tak berapa nak berumur sangat la. Betul betul di depan dia. Mak cik ni dah takut semacam. Laki India tu cakap "Kita sama sama kaum, jangan menjerit ey. Bagi semua barang bharga." Mak cik India tu hanya mengangguk saja. Tidak lame kemudian, mak cik tu perasan yang lelaki ni tidak bersenjata. Jadi dia ambil keputusan utk menjerit minta bantu orang ramai. And mak cik tu pon jerit la sekuat hatinya. "TOLLLLOOONGGGG!!! TOLLLOONGG SAYYYAA!!" Tetapi takde orang pun yang beri respon.

Lelaki India tadi cemas dan terus larikan diri bila mak cik ni dah menjerit. Lepas lelaki tu larikan diri, beberapa orang datang kepada mak cik tu bila nampak sesuatu yang curiga dan bertanya, "kenapa aunty? Apa dah jadi?"

Mak cik India tu menjawab, "Woo, tadi worang jerit lu worang taarak datang. Itu perompak sudah lari, ini jam mau datang ka?" 

"Laa...mana la saya tahu tu perompak. Saya ingat aunty gaduh dgn SUAMI aunty td. Lain kali aunty jerit TOLONG! PENCURI! ey. Ingatkan gaduh laki bini. Kitorg taknak la campur kalau hal laki bini." Then mak cik tu terus je masuk ke Tesco.



p/s: moral of the story is kalau nak mintak tolong tu, biar la betul betul cikit. Cakap tu biar terang bak kate P.Ramlee. hehehehe :)

Friday, November 4, 2011

it's okay :)

Well ade try nak jumpa and ade bagi note yg aku nak jumpa. So tinggal tunggu dia respon pulak. Until one day, dia respon and reply yg dia boleh jumpa. Terbaik! boleh story2 kat dia. Lame tak share cerita. And ada bnyk benda nak tanya. hehehehe

Tapi yang mendukacitakan aku tak dapat nak jumpa dia sebab hari yang aku dgn dia nak jumpa tu aku ada hal. Takde rezeki nak jumpa. Memang amat mendukacita jiwa dan raga. Sebab hanya hari itu saje la yang aku dapat bercakap dgn dia. Well dia beritahu, "Kita ckp kat inbox je la. Nak ape tnye la skrg. Plus, time ni je saya dapat online.." Tapi aku taknak. Sebab kalau boleh tu la kali terakhir aku jumpa dia.

Well aku tak berapa suka nak ckp kat inbox. Bukan tak suka just mcm cerita kat inbox ni mcm tak sampai. Lagi  pun memang payah nak story2 kat chatbox. Takde perasaan. Kadang2 chatbox ni boleh buat orang salah faham. Aku tak tahu ape orang tu rase bile guna chatbox. Plus aku tak tahu mcm mane nak selami perasaan orang kalau dlm chatbox sebab kita tak nmpk depan mata. Nak settle masalah pun senang bile jumpa depan depan and cakap dengan baik. The best way to solve those problem, slowtalk to her and make decision.

So..kalau ada rezeki, ada la pertemuan. It's okay. Aku tahu dia dah tak dapat jumpa tapi aku still/sentiasa tunggu. Tunggu bila dia ada masa. :D

p/s: sorry kepada sesiapa yg suka guna chatbox.hehehe

Wednesday, November 2, 2011

11 Persoalan?!

Ni 11 jawapan yg dituju khas untuk Farhan Hassan..hmm tgk je la ape jwpan anda kat sini ye Paan. 


rule of this game

  • post this rules!
  • write 11 things about yourself!
  • answer the question that the tagger have set for you!
  • create 11 new questions for the people you have tagged to answer
  • choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
  • NO TAG BACK!
11 perkara tentang saya. (Walaupun korang tahu and tu pon kalau korang tahu)

  1. Nama penuh 'Affif Ammar Bin Saifful Azhari (jgn tnye knape mesti ade ' kat name aku tu..)
  2. Dilahirkan pada 30hb Januari 1993 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
  3. Dulu belajar kat Sek. Keb. Kompleks KLIA then meneruskan study di SMKKKLIA dan mendapat tawaran ke SM Sains Tuanku Jaafar.
  4. Then sekarang ni still study kat UTHM (kalau orang dulu panggil KuiTHO)
  5. Saya single. (malas nak ulas lebih)
  6. Saya sangat sukakan Air Batu Campur (ABC)
  7. Time boring agak2 tu memang aku Anime / Manga yang ada. (Favourite)
  8. Sesetengah orang kata muka aku mcm Clark Kent dulu. (ada betul ka?)
  9. Artis? Minat band2 je. MCR.
  10. Ade 2 orang adik perempuan. (kire aku sulung la)

11 soalan dari Farhan.


1. adakah anda dalam keadaan yang sihat???
Ye..alhamdulillah

2. kat spe yg korang rse lbih selesa untk share masalh??? ibu or bapa???
depends. kadang2 kat member. kadang2 kat family.

3. korang paling suke ais kream brand ape???perisa ape???
ape2 je. semua aku telan.

4. x-1=y, berapa kah nilai y???
walaupun soalan ni dah byk kali aku dgr, aku jwb je la..y=x-1

5. bilakah tarikh lahir Muhammad Farhan??? (x blh tgk google)
wujud ke soalan ni dlm dunia? 160393 kot?

6. apakah maksud 'rambut sama hitam, hati lain2'???
Kbanyakan luaran same tapi dalaman mungkin lain2

7. what is the meaning of this word? 'your're handsome' 
saya kacak? i guess so..

8. mane korang prefer???duduk dalam umah or kluar umah???knpe???
time cuti panjang keluar rumah la jalan terbaik. tapi kalo cuti 2-3 hari je duduk umah tolong mak je la

9. dalam sehari,berape kali korang makan??? 
2-3 kali

10. klu korang ade bnyk duit,ape yang korang akan buat dengan duit tu???
hang out dgn member la..

11. apakah perkara yang paling x bijak yang korang pernah buat sampai korang x boleh nak lupe sampai sekarang even hentak kepala kat dinding sebab nak lupe kn perkara tu???
aku rosakkan orang2 dan KAMERA aku hilang!!!!!



11 soalan untuk anda pula.

1. pengalaman paling terrible + klakar yang pernah terjadi dalam hidup korang.

2. korang rase nanti dah besar aku patut jadi ape? Haha.

3. Siri Harry Potter yang paling best?

4. Movie & drama yang korang rasa paling best?

5. Perkara paling korang berharap akan terjadi satu hari nanti.

6. Bile free, korang buat ape?

7. setiap kali raya nanti korang paling tunggu makanan ape?

8. banyak2 cerita korea yang korang pernah tengok (i bet mesti korang pernah tengok at list 1 cite) cerita ape yang best sangat sangat sekali?

9. ape pendapat korang tentang blog aku?

10. korang rasa patut ke tak kita dapat duit pinjaman/biasiswa sebanyak RM 1950 lepastu pergi beli hard disk.patut tak patut tak?


11.antara spongebob n teletubbies korang pilih yamg mane dan kenapa?



p/s: kepada member Paan. sorry la aku x de idea. So aku 'tersengaja' cilok la soalan2 anda.
kepada pembaca..kalo nak respon, boleh la di comment box atau pon buat post entry yg baru..
selamat mencuba :)