Friday, September 2, 2011

Bestttt!!!

Pada mulanya aku tak rancang pon. Just main main je. Hmm..ape kata aku try..hehehe Malam tu pulak member aku, Eleena tgh online. Tegur aku. "Mana shima?" pastu aku jawab la yg shima ade hal and dia maybe tak online. Eleena saje tnye sebab dia rindu nak borak borak dgn dia. (Maklumlah perempuan kan...) hehehe Ade je gosip dia. hahaha. Then tibe tibe aku dapat 1 petunjuk. (Wahhh..petunjuk la sgt) Aku try tanye dia yg dia free tak esok (2hb, Jumaat)?? Eleena respond ar.. dia kate dia free je.. Then aku terus tanye "kalau aku ajak ko g seremban nak ikot tak?" Eleena pun mcm faham2 je maksud aku tu..hehehe "Jumpa dia? Mcm best..". Dia pun ok je tapi kne tunggu green light dari parents dia la pulak. Ok..aku tunggu..
Aku ade gak ajak member lain. R, Yiek, Fazrul, Syed and Amy. R dgn Fazrul dah set nak pegi. So dah settle dua org. Yiek ok je sebab dia pun dah ade kat seremban esok. Syed tak confirm lagi. Amy pulak tak dapat join sebab banyak invitation daa..haih... Org HOT memang begitu.. kahkahkah! So, on the list; R, Yiek, Fazrul.
Aku pun bgtau la Shima yg aku nak dtg rumah dia esok. Seriously. Aku tak main main la! hehehe And dia punya reaction.........WHAT??!!! hehehe Dia dah berdebar tak tentu pasal. Takut mcm nmpak tikus. Yela mane tak nya aku yg datang rumah dia. Time mama ayah dia ada. Mesti la takut semacam. Gemuruh. Sebab aku bakal jumpa dgn parents dia. Haih.. Shima Shima...kan raya ni..elok ziarah menziarahi ni...hehehe Untuk melegakan dia, aku cakap la yg aku datang dgn Eleena. Best friend dia jugak. Parents dia pun kenal. ok ape. Lagipun dorg kan nak sangat borak borak. So ade la kesempatan utk borak borak dorg tu~ hehehe
Apepun syarat dia 1. Eleena mesti dapat green light dari parents dia baru boleh datang. So aku pun pujuk la si Eleena. Fuuhhh...bab pujuk memujuk yg kadang kadang aku rase berat sangat. hehehe. Then, ape ape hal kena tunggu esok pagi la. Tunggu result dia mcm mane. Kalau jadi, pukul 2.30 ptg standby kat KTM Nilai terus ke Seremban.

2hb September, bersamaan dgn hari Jumaat pun menjelma. Pagi tu aku dah siap siap tanye Eleena. "Assalam..wey ape cer?". Dia jawab la belum tanya lagi. Aku pun tunggu la. Bila sampai masanya Eleena send msg. Dia kata dia boleh pegi. Naik KTM. Reaction aku ape lagi. Happy kot. hehehe Tapi dia maybe lambat sikit sebab ada tetamu datang rumah dia. Pastu R dgn Fazrul pegi Seremban naik motor. So kire aku dgn Eleena je la naik KTM nanti. Yiek pulak cancel and tak jadi nak join. Down lak ai.

 so, yang ade dlm trip ni;
Eleena

Myself

R Pooven

Fazrul
Hmm..dresscode?? hahaha Ni pun jadi bahan tanya. "pakai baju melayu ke??" hehehe aku tak kesah kot. Kan tgh raya ni. hahhaaha So aku pakai baju melayu. Lagipun kan baru lepas Solat Jumaat. hehehe.

Time kat KTM tu, aku saje ckp kat Eleena yg aku dah sampai dah. Saje bagi dia rush. hehehe. sorry la der.. Last last dia yg sampai dulu. hahhaha Okay okay. Dia marah. (Pandai pandai la ko pujuk dia, Affif oi..padan muka!) Muka dia jangan cakap la. Masam je. Dah la panas. Memang aku menambah 'arang' dlm pembakaran ni. Adoi~ so aku reda redakan sikit keadaan. Train sampai kitorg pun naik.

Ontheway ke Seremban, si R and Fazrul dah sampai Seremban dah tapi dorg malas nak masuk bandar tu. Sesak kot. So aku bagi la direction rumah Shima. Pening. Tak pasal pasal dorg terlanjak jaoh. hehehe sorryy~ Last last sampai jugak dorg.

Dah sampai. Aku dgn Eleena terus ke teksi. "Mau pegi mana?" Aku ckp la nama taman perumahan Shima. So dia pun tahu and gerak. Jalan pun dah nak sesak dah. Nasib baik sempat elak. hehehe Sampai pun kat rumah Shima.


Yup..rumah dia ni..
eh ni Unie..silap gambar..hehehe



Ni haa.. Shima...


Start dari sini aku dah seram sejuk kot. hehehe Tapi takpe. Tabahkan hati bro! hahaha Ok bagi salam. Then nampak Shima keluar. Buka pagar. Eleena dgn Shima pun salam and ade la kiss kiss gak..muah..muah hahaha biase la perempuan. Tak sah kalau tak buat. hehehehe :) Yup.. I'm happy to see her. Lovely. Dah masuk rumah, mama dia pulak sambut kitorg. Just say "Selamat Hari Raya, mak cik.." Then kitorg dihidangkan dgn dgn kuih raya, mihun goreng and air oren. Sedap mihun tu! perut aku kembung asyik minum je. hehehe.
Sambil sambil tu kitorg borak borak la. Yang si R ni pulak tibe tibe je jadi batu. Apehal pulak dgn mamat ni? Sawan ey? hehehe. Si Fazrul tu biasa la dia la buat suasan jadi meriah. hehehe. Eleena pulak just borak mcm biase je. Sebab dia dah biasa datang. Aku? Entah la. Bile ckp depan member ok je. Bile depan Shima tak keluar suara dek! Adoi.. Malu kot. Main mata je la. hehehehe. Tapi mostly Fazrul banyak buat kelakar dgn cerita dia. Memang best. Eleena offer aku duduk sebelah Shima tapi nanti mama dia syak something pulak. Elok la tu. Takpe takpe. hehehe Time tu jugak la aku dpt tgk Unie depan2. Comel! Haniesha pulak, macam sama dgn Unie pulak. hahahaha Hanani..Hmm..kalah kakak dia. Besar dari kakak dia. hahahaha 

rancak berborak..hahaha

Dah lama borak, tetamu lain pulak sampai. Ramai pulak tu. hehehe. Kitorg pun decide nak lepak luar jap pastu terus balik. Sempat gak la bergambar dengan Shima. Shima ajak jalan jalan kat taman jap. Aku boleh je tapi the others mcm mane pulak? nak tunggu? ke balik dulu? Last last, R dgn Fazrul tunggu la kejap. Temankan si Eleena ni sementara aku dgn Shima jalan jalan kat taman.

Dah lama tak borak dgn Shima face to face. Rindu kot. hehehe. Macam macam kitorg borak. Best. Tibe tibe Unie datang. "Kak Shima, mama suroh cepat..". Alamak...haih~ hehehe tapi Shima still nak sambung borak. So carry on je. Then aku call taxi. Fazrul dgn R dah balik dulu. Taxi sampai aku dgn Eleena pun balik. Hmm..ade rase sedih pulak (cewwwaaahh...) Well.. ade la ckit X)




Apepun thanks to Shima sekeluarga atas layanan yg diberikan and thanks for the food. Sedap..hehehe Shima kate ni la 1st time raya dia rase lain daripada tahun tahun sebelum ni. Happy sangat. hehehe Yup aku pun mcm tu gak ;) hehehe Macam rase aku ade. 
Segan+Berdebar+Gemuruh+BEST+Happy
Thank you Shima!

No comments:

Post a Comment