Tuesday, July 12, 2011

Kemanusiaan...Keamanan...

Perperangan



Bukak je paper ade je masalah dgn dunia ni. Perang itu perang ini. Haih =.="
 Maybe manusia skrg dah tlalu taksub dgn kuase yg die ade agaknye. Sampai sanggup bunuh insan-insan yg tak bersalah dan tak berdosa. Sebagai seorang pemimpin sharusnya tahu akan rakyatnya serta prihatin terhadap mereka. Bukan menindas mereka yg lemah. Astargfirrullahalazim. 



Kita ambil contoh seperti di Gaza, Palestin. Israel melakukan serangan ke atas Gaza smata-mata KUASA dan KEPENTINGAN mereka sendiri. Hal ini membangkitkan kemarahan umat Islam atas penindasan terhadap negara Islam. Ni kerana telah ditetapkan dalam peraturan perperangan. Iaitu ;

- Tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam perang.
- Jangan melanggar perjanjian.
- Jangan mengkhianati harta rampasan perang. 
- Jangan merosakkan mayat.
- Jangan membunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat.
- Jangan merosakkan rumah - rumah ibadat.

 Menurut sumber, Israel menyerang Palestin kerana mereka percaya bahawa tanah itu adalah hak mereka dan ada harta yg mereka percaya itu juga milik mereka. Selain tu, menurut sumber juga, mereka mengaku bahawa merekalah umat yg terbaik dlm dunia ni. Kalau boleh die nak semua bangse lesap kecuali bangse diorang. Betul ke? Naaay...Stiap agama ada hak mereka sendiri.Tetapi Islam is the way of life. Bagi saya la, Israel ni sbenarnya takde tanah utk didiami dan Allah SWT telah mengharamkan kaum Yahudi, Israel ni menapak di bumi. Hmm..maybe ape yg sumber2 kate tu hanya propaganda je kot..wallahualam.


“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah Al-Baqarah, ayat 190). ”

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah, ayat 193).”

“Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 244).”

Bencana Alam

Salah satu benda yg kite tak boleh jangke bile nak blaku. tapi dapat dielakkan jika kite sndiri peka dgn keadaan sekeliling. Banyak bencana alam yg dah berlaku di serata dunia ni. Bak kata org, ade udang disebalik batu. Sesuatu yg berlaku itu mesti ade hikmah dan sebabnya. Allah SWT takkan menghukum hambanya tanpa sebab. Contoh bencana alam yg kite sedia maklum mcm kat gempa bumi serta tsunami di Indonesia dan Jepun, puting beliung di US, letusan gunung berapi di Indonesia dan banyak lagi. Macam yg kite tahu, buk kesan yg boleh blaku. Kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dan tempat tinggal dan byk lagi. Mujurlah zaman skrg dah ade teknologi yg mampu mengesan bencana alam lebih awal bg langkah berjaga-jaga. Seperti di Jepun, bilangan mangsa yg terbunuh kurang drpd mangsa yg terbunuh di Indonesia pd tsunami 26 Disember 2004. Hal ini kerana Jepun telah mengalami byk peristiwa gempa bumi dan telah mereka 1 alat yg boleh mengesan pusat gempa lebih awal sebelum menghentam bumi Jepun.

Gempa bumi dan tsunami di Aceh, Indonesia.

Gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Sejurus tsunami yg mlanda di Jepun mengakibatkan gangguan pada stesen loji nuclear di daerah Fukushima. Lagi membimbangkan, beberapa loji telah meletup dan radiasi telah merebak. Situasi di Jepun pd mse tu agak bahaya.

Letusan Gunung Merapi di Indonesia.

Puting beliung di sekitar US.

Namun, setiap ape yg berlaku ada hikmahnya. Contoh di Indonesia, menurut sumber, terlalu banyak gejala negatif dan maksiat yg berlaku di sana dan kemudiannya Allah menurunkan bala seperti gempa bumi dan tsunami sebagai tanda amaran kepada umat Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke jalan yg benar dan insaf. Sesetengah org menganggap bala itu sebagai tanda kiamat sudah dekat. Tapi sebagai manusia, kite tak tau bile akan berlaku hanya Allah SWT yg tahu segalanya. Subhanallah. Sesunggahnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Besar.

Bantuan Kemanusiaan

Sebagai manusia yg hidup di muka bumi ni,tak seharusnya kite hanya melihat mereka yg dalam kesusahan. Bantuan yg disalurkan sekurang-kurangnya dapat meringankan bebab mereka. 


Namun, ade segelintir dari kite masih dgn pemikiran kolot mereka yg enggan memberi bantuan. Dgn bagi 1000 alasan supaya tak mngeluarkan wang.  Andai kata, bencana melanda pada diri anda dan anda jadi seperti mereka. Dan jika mereka yg laen ade pemikiran kolot seperti anda, ape anda rase? kecewa?? Putus harapan?? begitu la mereka di sana jika anda masih dgn pemikiran kolot anda itu. Sedarlah wahai saudara.


 Hulurkan tangan, ringankan beban.


Walaupun mereka berbeza dgn kite skalipun, mereka tetap same seperti kite yg memerlukan keperluan harian utk meneruskan hidup. Ingatlah setiap kejadian ade hikmahnya. Jadikan ape yg telah berlaku itu sebagai iktibar bg kite.


Suluhkan sinar - Malaysian Artises


We Are The World (For Haiti)

Sing it For Japan - My Chemical Romance. www.singitforjapan.com.


Meskipun bencana alam mungkin kite tak dpt elak tapi perperangan boleh kite elak. Saya sndiri sbgai rakyat Malaysia harap sgt tiada perperangan dlm dunia ni. Sebab ia menimbulkan kesan yg amat mendalam. Kerosakan sana sini. Letupan merata-rata. Hidup merempat, tak menentu, tunggang langgang. Syukur, alhamdulillah di Malaysia aman. Cukup la sejarah penjajahan org luar dan cukuplah sejarah 13 Mei 1969. Cukup membuat kite mengenali keamanan erti yg sebenarnya. 

Kenangan tak semestinya manis dan tak semestinya pahit, tetapi ia mengajar kita sesuatu dlm hidup.
^-^

No comments:

Post a Comment