Tegur adalah tanda sayang....
Kenapa anda menegurnya?
1-kerana anda geram & tak tahan dengannya
2-kerana cemburu & tak dapat apa yang dia ada
3-kerana anda sayang kepadanya
Khalifah Harun ar-Rasyid adalah pemimpin yang sentiasa mendampingi para ulama & sering bersama mereka sambil mendengarkan nasehat. Suatu hari dia didatangi seorang pemuda yang menasihatinya dengan kasar.
Ar-Rasyid berkata kepadanya, ” Cubalah engkau berbicara dengan baik dan berobjektif kepadaku.”
Pemuda itu menjawab, ” Itu adalah yang paling minimal bagimu.”
Ar-Rasyid, ” Cubalah beritahu kepadaku siapa yang lebih jahat, aku atau Firaun?”
Pemuda menjawab, ” Tentulah Firaun.”
Ar-Rasyid, ” Siapakah yang lebih baik, engkau atau Musa bin Imran ?”
Jawab pemuda, ” Tentulah nabi Musa.”
Ar-Rasyid, ” Apakah engkau tidak tahu ketika Allah SWT mengutus Musa dan saudaranya Harun kepada Firaun? Allah berpesan kepada keduanya, ” Maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Pengajaran : Tegurlah seseorang itu dengan penuh rasa kasih sayang dan bukanlah kerana marah, geram atau pun cemburu.
No comments:
Post a Comment