INBOX FB ADUAN YANG DIBUAT PADA 22HB JANUARI 2013
Aduan ni saya bukan pemerhatian saya sorang sahaja. ramai rakan diploma kata benda yang sama.
Saya akui saya pernah mengadu mengenai penglibatan pelajar diploma dalam program universiti kepada MPP. tapi bukan dengan penyelarasan seperti ini. Ianya secara mendadak dan tiba-tiba. Ia menimbulkan pelbagai perspektif yang kurang elok dari mahasiswa. Maksud aduan saya tempoh hari adalah agar pelajar diploma diberi peluang mengendali atau menyertai program-program universiti semasa ketiadaan pelajar ijazah yang sedang bercuti 3 bulan. Begitu juga dengan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Jika diploma diselaraskan dengan ijazah, maknanya tiada apa beza la daipada apa yang saya adukan. Saya cuma minta keseimbangan antara pengajian diploma dan ijazah walaupun pelajar ijazah tiada di universiti kerana cuti. tiada lebih dan tiada kurang. Bukan saya nak membantah atau apa tentang kenyataan pihak universiti baru-baru ini. Cuma kalau boleh sebelum keluarkan kenyataan, harap dapat dengar dahulu suara pelbagai pihak terutamanya mahasiswa. Sepanjang saya di institusi ini sudah 3 kali saya dengar pihak tertentu membuat kenyataan/perbincangan yang melibatkan mahasiswa tidak dibawa berbincang bersama wakil pelajar pada awalnya. Saya tidak salahkan MPP yang bekerja keras menyuarakan hak mahasiswa. Terima kasih MPP atas usaha dan jasa anda selama ini. Saya hargai segala pengorbanan anda semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa.
No comments:
Post a Comment