Friday, February 15, 2013

Hidup itu indah sebenarnya :)

Hidup adalah tantangan.
Hadapilah....

Hidup adalah anugerah.
Terimalah....

Hidup adalah pertandingan.
Menangkanlah.....

Hidup adalah tugas.
Selesaikanlah.....

Hidup adalah cita cita.
Capailah....

Hidup adalah misteri.
Singkapkanlah....

Hidup adalah kesempatan.
Ambilah....

Hidup adalah lagu.
Nyanyikanlah....

Hidup adalah janji.
Penuhilah....

Hidup adalah keindahan.
Bersyukurlah....

Hidup adalah teka teki.
Pecahkanlah....

Jadi terokai dan belajar. Janganlah pernah menyerah. Teruslah berjuang.
Hidup bukanlah satu tujuan, melainkan perjalanan.
Nikmatilah.

Syukur alhamdulillah :) 

Sekian
Assalamualaikum

sayangilah

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian. Dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH Akan hadiahkan kita pelangi yang indah .
 
Belajarlah bersyukur dengan jodoh Anugerah tuhan..

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.

SAYANGGILAH APA yang SUDAH KITA MILIKI =)


Sekian 
Assalamualaikum

kepada yang GELISAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Hmm..saya nak bertanya pada anda...
Adakah di antara kita saat ini yang sedang bersedih kerana seseorang?
Adakah di antara kita saat ini yang sedang kecewa kerana seseorang?
Adakah di antara kita saat ini yang sedang membenci seseorang?
Adakah di antara kita saat ini yang sedang kesal kepada seseorang?
Adakah di antara kita saat ini yang sedang marah kepada seseorang?

Atau...
Adakah di antara kita saat ini yang sedang yang resah kerana tengah menyukai seseorang?
Adakah di antara kita saat ini yang sedang jatuh cinta kepada seseorang dan ingin menjadikan dia sebagai pasangan hidup untuk selamanya?

Usahlah terlalu khuatir.
Usahlah terlalu resah.
Usahlah terlalu gelisah.

Sesungguhnya hati manusia itu siapa yang memiliki?
Jawapannya adalah Allah SWT.
Sesungguhnya siapakah yang mampu MEMBOLAK-BALIKKAN hati manusia?
Jawapannya Allah SWT juga.
Bukan yang lain.

Jadi, mulai sekarang...
Berdoalah kepada Allah SWT. Mohonlah apa yang kita mahu.
Mintalah seseorang yang telah menyakitimu membuat anda tersenyum kembali.
Mintalah seseorang yang kita harapkan agar mempunyai rasa yang sama dengan yang kita rasakan.
Dan pada akhirnya mintalah dia agar menjadi pendamping hidupmu.
In shaa Allah.


Sekian
Assalamualaikum

untitled

Jika diri ini tiada lagi, akan ku serahkan laman ini pada seseorang untuk memaparkan semua draft-draft yang aku buat selama ini. Semoga laman ini sentiasa terisi semasa ketiadaan aku. Maafkan aku ya para blogger. Ini je yang mampu. Wallahualam. Sekian, assalamualaikum.

Wednesday, February 13, 2013

Dunia Buruk?

Hmmm..bulan lepas ada 1 lagu dah aku update dalam 1 entry. So bulan ni aku pilih lagu ni. Well lagu ni baru lagi. Asalnya aku tak bape suka dengan lagu ni sebab panjang sangat. Tapi lama kelama bila dengar betul2, ada maksudnya. Kalau dibaca liriknya macam ditujukan pada insan bergelar wanita bahawa lelaki ni tahu dia akan pergi. Tapi ia double meaning. Hmm.. boleh jadi ia tuju pada keganasan dunia. Bagi pandangan aku, aku anggap lagu ni khas untuk Gaza. Walaupun dunia mereka dicemari letupan dan ledakan tapi ada yang indah dalam diri mereka. Islam. Iman mereka. Jihad mereka. Masya-Allah. 


"The World Is Ugly"

These are the eyes and the lies of the taken
These are their hearts but their hearts don’t beat like ours
They burn ‘cause they are all afraid
For every one of us, there’s an army of them
But you’ll never fight alone
‘Cause I wanted you to know

That the world is ugly
But you’re beautiful to me
Well are you thinking of me now (now)

These are the nights and the lights that we fade in
These are the words but the words aren’t coming out
They burn ‘cause they are hard to say
For every failing sun, there’s a morning after
Though I’m empty when you go
I just wanted you to know

That the world is ugly
But you’re beautiful to me
Are you thinking of me
Like I’m thinking of you
I would say I’m sorry, though
Though I really need to go
I just wanted you to know

I wanted you to know
I wanted you to know
I’m thinking of you every night, every day

These are the eyes and the lies of the taken
These are their hearts but their hearts don’t beat like ours
They burn ‘cause they are all afraid
When mine beats twice as hard

‘Cause the world is ugly
But you’re beautiful to me
Are you thinking of me
Like I’m thinking of you
I would say I’m sorry, though
Though I really need to go
I just wanted you to know
That the world is ugly (I just wanted you to know)
But you’re beautiful to me (I just wanted you to know)
Are you thinking of me

Stop your crying, helpless feeling
Dry your eyes and start believing
There’s one thing they’ll never take from you



[sekadar hiasan]

In Shaa Allah, ada lagu yang bakal menyusul yang anda pernah dengar atau tak pernah dengar dalam coretan yang akan datang. Hee. Tu saje.
Sekian
Assalamualaikum.



Tuesday, February 12, 2013

berSANGKA-SANGKA

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka. Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK. Saje re-type apa yang member aku share. Aku tambah sikit isinya. Biasalah. Manusia akhir zaman. ehh tak tak. It's Normal. Lumrah manusia yg hidup di muka bumi ini. Lupa lagi alpa. Tapi itulah hakikatnya. Perlu saling mengingati antara satu sama lain. Hmm..macam-macam kan. Antara sedar atau tidak. Antara ingat atau lupa.


Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingat Allah...
Haihhh begitu la nasib. Anda boleh juga lihat entry saya yang lepas mengenai perkara yang sama. Antaranya.....
 Sekian
Assalamualaikum

Monday, February 11, 2013

Kecantikan yang sejati

Bacalah wahai teman, sahabat handai, muda mahupun tua. Terutamanya untuk insan bergelar wanita
 
Kecantikan sejati bukan dilihat dari kulitnya yang bersih, tetapi dari kasih sayangnya yang tulus.

kecantikan sejati bukan dilihat dari suaranya yang merdu, tetapi dari perkatannya yang selalu benar.

Kecantikan sejati bukan dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja, tetapi bagaimana dia menjaga kehormatannya dimanapun ia berada.

Kecantikan sejati bukan dilihat dari banyaknya insan yang memujanya, tetapi dari komitmen terhadap insan yang telah dicintainya.
 
 
Sekian
Assalamualaikum >_<

sujudku

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, hari ahad (10/2/2013) aku sampai Nilai, daerah yg membesarkan aku. cehh ayat dia. Alhamdulillah aku sampai juga. Memang penat la sebab macam kena harungi sungai manusia. Ramai umat manusia dia sekitar Batu Pahat dan Seremban. Majoritinya warga asing yang membanjiri kawasan tu. Amboi. Macam ada perhimpunan pulak. Sampai je rumah, aku kemas baju2 aku, then rehat. Penat. Terima kasih la kat kawan aku sorang ni, Syafik Akmal. Dia hantar aku guna motor sorang kawan ni, Fashlee. Pergghh laju dia jangan cakap la. Macam lipas kudung. Selit sana selit sini. Tapi alhamdulillah la sempat sampai ke bas. hee Terima Kasih!!

Back to the story. Keesokannya mak ajak keluar. Katanya nak beli baju melayu utk kenduri nanti. Kenduri sape pulak ni?? Bila time pilih baju tu, mak pun pilih la baju ikut tema kenduri. Berkilau2 sekali dengan sampin. Tertanya gak. "Ni sape yang kahwin sebenarnye ni??" Mak abah gelak je.

Tiba solat zuhur. Abah berhenti di Masjid Putra Nilai. Aku solat seperti biasa. Namun apa yang lain bila aku solat kat situ ialah ketenangan yang aku rasa. Nyaman. Aman. Dan tenang sangat. Bila rakaat terakhir aku baca surah al fatihah dan surah al ikhlas. Habis je aku baca surah al ikhlas tu, badan aku automatik sujud menyembah bumi. Aku kaku. Agak lama aku sujud. Sepanjang itu, aku hanya beristighfar dan zikir sahaja yang membasahi mulut aku. Waktu tu jugak la aku rasa ketenangan yang ingin dikecapi. Aman dan tenteram. Pastu aku terbangun dari sujud tu dan solat zuhur semula. Aku tak tahu kenapa aku tiba2 sujud. Mungkin gangguan syaitan? Atau ada hikmah disebaliknya? Menjadi persoalan sampai sekarang. Subhanallah.


Apapun moga itu satu petanda hidayah bagiku. Wallahualam. 
Sekian
Assalamualaikum

Sunday, February 10, 2013

Hidup Adalah BELAJAR

Belajar...
Aku belajar diam dari banyaknya bicara.
Aku belajar sabar dari sebuah kemarahan.
Aku belajar mengalah dari suatu keegoisan.
Aku belajar menangis dari kebahagiaan.
Aku belajar tegar dari kehilangan

 
Dan satu pembelajaran hidup...
Belajar Bersyukur Meskipun tak Cukup,
Belajar Ikhlas Meskipun Tak Rela,
Belajar Taat Meskipun Berat,
Belajar Memahami Meskipun Tak Sehati,
Belajar Sabar Meskipun Terbebani,
Belajar Setia Meskipun Tergoda,
Belajar Memberi Meskipun Tak Seberapa,
Belajar Mengasihi Meskipun Disakiti,
Belajar Tenang Meskipun Gelisah,
Belajar Percaya Meskipun Susah..

 Seperti yang tertera pada header blog ni. Hikmah sebuah kehidupan bukan sekadar kiasan hidup tetapi ia sebuah pelajaran hidup yang perlu diterokai. Wallahualam.
Belajar dan terus Belajar. Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan..
Aamiin!!

Sekian
Assalamualaikum :)

Friday, February 8, 2013

Rahsia 7

Ramai yang tahu akan nombor 7. Tapi sejauh mana anda tahu rahsia disebalik angka 7 ni. Sesetengah orang mungkin tahu. Angka 7 ni ade banyak rahsia disebaliknya. Mari kita check it out....

Angka 7 dalam ciptaan-ciptaan Allah SWT.

1. LANGIT
Allah cipta Langit 7 lapisan dan wujud 7 Bintang besar, perkara ini disebut dalam Surah An-Naba’ ayat 12.

2. BUMI
Allah Cipta Bumi 7 lapisan dalam Hadits ada diriwayatkan:
• Lapis ke-7 dihuni Malaikat
• Lapis ke-6 dihuni Iblis dan Pembantunya
• Lapis ke-5 dihuni Syaitan-Syaitan
• Lapis ke-4 dihuni Ular-ular
• Lapis ke-3 dihuni Kalajengking
• Lapis ke-2 dihuni Jin-jin
• Lapis ke-1 dihuni Manusia

3. SYURGA & NERAKA
Allah ciptakan Syurga dan Neraka 7 lapisan. Setiap lapisannya untuk umat manusia menurut amal ibadah kepada Allah. Semakin baik amalannya, maka semakin baik kedudukannya. Tetapi sebaliknya jika berada di Neraka jahanam.

4. AL-QUR’AN
Dalam Al-Qur’an. Wujud 7 Surah Panjang yaitu: Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al atau At-Taubah.
.
5. JASAD
7 Anggota penting Tubuh: 2 Tangan, 2 Kaki, 2 Lutut, 1 wajah untuk tujuan beribadah kepada Allah dengan susunan yang unik.

6. UMUR
Allah hiasi Umur Manusia 7 Peringkat seperti: 
- Masa Setitik Darah, 
-Masa Kandungan, 
- Masa Bayi, 
- Masa Kanak-kanak, 
- Masa Remaja, 
- Masa Dewasa
- Masa Tua.

7. TANAH BESAR
Muka Bumi Allah bagikan kepada 7 bahagian besar dan dalam setiap bahagian wujud jenis-jenis manusia yang berlainan Bangsa dan agamanya.


Macam mana? Menarik bukan? Banyak rahsia pada angka 7 ni. Hehe.
Sekian,
Assalamualaikum

Thursday, February 7, 2013

MAK, INSAN TERHEBAT

Mak...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
 
Mak...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Mak...
engkau menangis kerana apit 
engkau sedih kerana apit
engkau menderita kerana apit
engkau kurus kerana apit
engkau korbankan segalanya untuk apit

Mak...
jasamu tidak terbalas
jasamu tidak terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga
 

Mak..
telah kau hujamkan matamu
untuk menentang sang surya
telah kau hentakan kakimu
untuk menindas bumi
telah kau mantapkan hatimu
untuk taklukan sang waktu

Mak..
telah kau luangkan begitu banyak waktu
hanya untuk menjaga apit
telah kau hempaskan kepentingan mu
hanya untuk mengurusku
remuk hati ini melihat mu menangis
hancur raga ini melihatmu terluka
mati raga ini bila kau tiada
hanya doa yang boleh kupersembahkan untukmu
kerana jasamu yang tidak terbalas


Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu
Maafkan anakmu ini atas segala kedukaan
Apit akan jaga mak 
Sayang MAK :)

Tuesday, February 5, 2013

Jika engkau...

~ Jika engkau perlukan petunjuk,
cukuplah Al-Qur'an sebagai
petunjukmu

~ Jika engkau perlukan Tauladan,
cukuplah Rasulullah sebagai
Tauladanmu

~ Jika engkau perlukan nikmat
dunia, cukuplah Islam sebagai
nikmat untukmu

~ Jika engkau perlukan asyik,
cukuplah ketaatan itu sebagai
keasyikanmu

~ Jika engkau perlukan tenang,
cukuplah mengingati Allah Ta'alla
ketenanganmu

~ jika engkau perlukan
pengajaran, cukuplah maut
sebagai pengajaran untukmu
 
 
Untuk renungan kita bersama
Sekian
Assalamualaikum

Never regret it

"Awak tak malu ke jalan dengan saya?"

Satu ayat yang membuat aku tak pernah nyesal dengan hidup ini. Sentiasa bersyukur apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebab apa? Sebab apa yang diberi oleh-Nya sentiasa ada hikmah dan pengajaran serta ganjaran disebaliknya. Oleh itu, aku tak pernah menyesal. Malah aku redha. Ia adalah 1 cabaran buat aku terus gapai apa yang aku inginkan.

"Saya tak comel. Saya tak cantik macam orang lain. Awak tak malu bila awak dengan saya ke?"

Sering kali soalan ini diajukan jawapan aku hanya satu. "Tak dan saya tak peduli tu semua.." Aku yakin dengan jawapan tu. Hati ini sering berkata "Aku tak pernah malu. Sebab itu kurniaan Allah SWT. Ciptaan-Nya. Biar la tak comel/cantik tapi awak ciptaan-Nya yang paling indah bagi saya. Aku takkan sia-siakannya dan takkan pernah menyesal." Walaupun aku tahu dia tak sepatut rendah diri macam tu. Awak, biarlah buruk macam pun awak rase, biarlah buruk pada pandangan orang tapi hanya saya seorang yang nampak keindahan diri awak.

Kenapa dia selalu soal macam tu?

Hahaha. Maybe orang lain akan muak bila asyik soal benda yang sama. Yela. Confirm jawapan dia sama. Aku pernah marah sebab asyik soalan yang sama. Aku juga insan yang hina dan alpa. Lama-kelamaan aku faham kenapa. Maafkan saya, awak. Aku selami apa perasaan dia. Dia cuba meyakinkan diri dia. Yakinkan perasaan dia. Aku faham. Sebab tu aku tak pernah nak jemu jawab soalan macam tu. Tak kira la banyak mana dia soal. Biasa la perempuan. Mestilah nak tahu isi hati. Hehe. Tak pernah aku merungut dengan ciptaan Tuhan seperti dia. Sebab dia istimewa bagiku. (cewahh..ayat) Dia adalah cabaran serta sebahagian daripada impian aku. Dan aku mesti dapatkan seiring dengan impian yang lain.

3 perkataaan yang melekat di hati. Sabar, Tabah, Usaha. Biar la macam-macam dugaan melanda, aku tetap teguhkan hati ini.

Kepada lelaki2 di luar sana, JANGAN anda malu dengan apa yang ada. Hargai kurniaan Allah Yang Maha Esa. Nescaya ada hikmah serta ganjaran jika anda seorang yang sabar. InsyaAllah


Sekian
Assalamualaikum

p/s: andai aku tak terjawab soalan hati yang diajukan oleh awak, ini jawapannya..seperti tidak cukup dengan coretan ni, seperti ingin diluahkan depan2 tapi tidak termampu. Tak guna kalau menipu jawapan hati. Apa yang aku dapat? Masya-Allah..

Saturday, February 2, 2013

Ku teguhkan hati ini

Telah kuteguhkan hati untuk memilihmu.
Telah kuteguhkan diri untuk selalu dapat memilikimu.

Akan tetapi..
Jika engkau masih bertanya sebesar apa rasa cintaku kepadamu..
Maka kujawab bahwa cintaku kepadamu tak mungkin melebihi rasa cintaku kepada Allah SWT.

Jika engkau masih bertanya sebesar apa rasa sukaku kepadamu..
Maka kujawab bahwa sukaku kepadamu tak mungkin melebihi rasa sukaku pada ibadah dan amal baikku.

Jika engkau masih bertanya sebesar apa rasa sayangku kepadamu..
Maka kujawab bahwa sayangku kepadamu tak mungkin melebihi rasa sayangku kepada Muhammad Nabi-ku.

Dan jika engkau masih bertanya sebesar apa rasa setiaku kepadamu..
Maka kujawab bahawa setiaku tak mungkin melebihi rasa setiaku kepada Islam Agama-ku.

Jika kita saling suka karena kecantikan dan keindahan serta kemuliaan akhlak..
Jika kita saling mencintai kerana Allah..
Jika kita saling menyayangi dan saling setia hati karena niat ibadah..

Maka percayalah..!!

Bahawa Allah juga akan sentiasa menjaga dan akn memberikan cinta yg akan kita setia bersama.
Dan Allah juga akan selalu menjaga cinta dari setiap hamba-Nya yang sentiasa melebihkan rasa cinta kepada-Nya dibanding cinta pada yang lainnya...

Amin.. InsyaAllah..

Walaupun ku sukar untuk menyatakannya dihadapannya tapi diri ini ingin dia tahu. Walaupun ini sekadar taipan di muka blog tapi ini tulus dari hati ini. Walaupun diri itu tidak yakin sekali dengan ku, tapi hati ini yakin dengan dia, yakin dengan janji Allah. Ku ingin lafaz kejujuran ini. 


Sekian 
Assalamualaikum.