Thursday, February 7, 2013

MAK, INSAN TERHEBAT

Mak...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
 
Mak...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

Mak...
engkau menangis kerana apit 
engkau sedih kerana apit
engkau menderita kerana apit
engkau kurus kerana apit
engkau korbankan segalanya untuk apit

Mak...
jasamu tidak terbalas
jasamu tidak terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam syurga
 

Mak..
telah kau hujamkan matamu
untuk menentang sang surya
telah kau hentakan kakimu
untuk menindas bumi
telah kau mantapkan hatimu
untuk taklukan sang waktu

Mak..
telah kau luangkan begitu banyak waktu
hanya untuk menjaga apit
telah kau hempaskan kepentingan mu
hanya untuk mengurusku
remuk hati ini melihat mu menangis
hancur raga ini melihatmu terluka
mati raga ini bila kau tiada
hanya doa yang boleh kupersembahkan untukmu
kerana jasamu yang tidak terbalas


Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu
Maafkan anakmu ini atas segala kedukaan
Apit akan jaga mak 
Sayang MAK :)

No comments:

Post a Comment