Monday, February 11, 2013

sujudku

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, hari ahad (10/2/2013) aku sampai Nilai, daerah yg membesarkan aku. cehh ayat dia. Alhamdulillah aku sampai juga. Memang penat la sebab macam kena harungi sungai manusia. Ramai umat manusia dia sekitar Batu Pahat dan Seremban. Majoritinya warga asing yang membanjiri kawasan tu. Amboi. Macam ada perhimpunan pulak. Sampai je rumah, aku kemas baju2 aku, then rehat. Penat. Terima kasih la kat kawan aku sorang ni, Syafik Akmal. Dia hantar aku guna motor sorang kawan ni, Fashlee. Pergghh laju dia jangan cakap la. Macam lipas kudung. Selit sana selit sini. Tapi alhamdulillah la sempat sampai ke bas. hee Terima Kasih!!

Back to the story. Keesokannya mak ajak keluar. Katanya nak beli baju melayu utk kenduri nanti. Kenduri sape pulak ni?? Bila time pilih baju tu, mak pun pilih la baju ikut tema kenduri. Berkilau2 sekali dengan sampin. Tertanya gak. "Ni sape yang kahwin sebenarnye ni??" Mak abah gelak je.

Tiba solat zuhur. Abah berhenti di Masjid Putra Nilai. Aku solat seperti biasa. Namun apa yang lain bila aku solat kat situ ialah ketenangan yang aku rasa. Nyaman. Aman. Dan tenang sangat. Bila rakaat terakhir aku baca surah al fatihah dan surah al ikhlas. Habis je aku baca surah al ikhlas tu, badan aku automatik sujud menyembah bumi. Aku kaku. Agak lama aku sujud. Sepanjang itu, aku hanya beristighfar dan zikir sahaja yang membasahi mulut aku. Waktu tu jugak la aku rasa ketenangan yang ingin dikecapi. Aman dan tenteram. Pastu aku terbangun dari sujud tu dan solat zuhur semula. Aku tak tahu kenapa aku tiba2 sujud. Mungkin gangguan syaitan? Atau ada hikmah disebaliknya? Menjadi persoalan sampai sekarang. Subhanallah.


Apapun moga itu satu petanda hidayah bagiku. Wallahualam. 
Sekian
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment