Masuk2 je masjid baru UTHM dah boleh gune..tersergam indah gitu.. Besar la jugak dari yg lame. orang kampung pun boleh datang solat sama..yg tak best nye jauh la jugak dari hostel..kalau hujan, mmg parah. Tambah2 takde bas, mmg tak pergi solat jemaah la aku jawabnye..hehehe
dah masuk sem 2 ni, banyak benda best aku tahu..specially utk riadah petang...kadang2 pergi outdor gim dgn member, badminton or main baling2 piring hahahahaha
pastu ade sesi bergambar pulak..time ni mmg havoc la kan..kalo pasal bergambar, semua jakun..hahaha =.="
haa..kat U ade buat mcm2 event. Antaranya Karnival Kokurkulum, Karnival Sukan, Karnival Taha@U(anjuran Tabung Haji & Berita Harian) and banyak lagi..
Najwa Latif
ade rmai lg artis undangan dtg utk memeriahkan majlis
Aku pon ade involved dalam program Islamic Genius Group (IGG), program rehlah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok. Sambil beriadah tu program ni diselitkan dengan menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..SubhanaAllah..
time sem 2 ni la kitorang banyak lepaskan tension main bowling kat BP Mall..hehehhee tgk keadaan gak la..
well sem 2 ni ade gak video yg aku buat. Utk projek Literasi Komputer. Dah upload kat youtube. kalau sudi, tengok je..utk suke2 je pon..takde kaitan dgn yg hidup mahupun yg mati..
Sekian sahaja coretan aku kat sini. Dah banyak sangat aku menaip ni. hahahaha
>>>Mohon maaf kalau sepanjang awal semester 2 ni aku ade buat silap. Kepada siapa2 yg ade terasa hati, tersinggung dengan apa yang aku buat, aku mintak maaf banyak2. I'm still naive. Hidup ni tak lari daripada buat silap. Tak semua benda itu sempurna. Semester 2 ni ade lebih ade kurang nya.. Cuma kita tinggal sedar je. Aku jadi rindu bila nak citer semua benda ni kat shima. hahahaha (tak habes2..puiihhhh) Yela..ape2 yg berlaku mesti citer kat dia. Sekarang citer kat blog je. hahaha XD
Harap persahabatan di semester ni berkekalan walaupun dah terpisah jauh nanti. I'll gonna miss you all...Good Luck my friends..
sekian,syukron..assalamualaikum
No comments:
Post a Comment