Hmm..benda ni since aku belum masuk U lagi aku dah tengok dah. Schoolmate aku dulu yang bagitahu..so aku harap aku tak dengar lagi dah pasal benda ni. Tapi bila masuk U pon ade lagi. Makin rancak ade la. hohohoho Tak tahu la dorang interest giler pasal benda ni. hahaha
Score A.
Pernah dengar? hahaha kalau kat UTHM ni mmg popular sangat dah sekarang..hahaha Aku bukan nak kata apa la. Aku sendiri pernah pergi ke tempat score A ni kat Damansara time cuti lepas SPM dulu. Tak hairan la kalo orang 'approach' kat cafe or Mcd dengan hanya membawa laptop je. Kat Damansara tu, lagi meriah orang kate. hahaha Siap ade celebriti lagi yang join Score A tu. hohoho Memang betul menyakinkan orang kalau pergi situ. Lagi terperinci and lagi detail.
Tapi aku bukan nak promote. Aku cuma manusia biasa. Memang naif pasal benda2 macam ni. Aku suka cara pembelajaran dia. Cuma cara dorang sebarkan benda tu je yang meragukan aku. Pelik. Kerja tak la susah mana just cari orang. Pastu gaji melambak2. Hmm..dalam masa yang sama schoolmate aku POST something kat wall group. Aku buka. And it's all about Score A. Not about positve but totally it's about NEGATIVE effect. Bila aku baca tu aku mula sedar. Astargfirrullahal'azim....
ni la post tu, pasal page blog brother ni...KLIK DI SINI!!!!!
Kebenaran disebalik score A..brother ni berani bersuara kerana kebenaran. Blog dia panjang. So kne baca semua tu baru tahu kebenarannya.
pastu aku aku jumpa lagi 1 web..people who talk about score A. KLIK DI SINI
nak tahu halal haram dlm MLM just KLIK DI SINI!!!!
ustaz ni bagitahu nnti.
p/s: depends kat korang la. Aku bukan siapa2 nak halang korang. Aku just jalankan tanggungjawab sebagai khalifah yang saling mengingati sesama umat. Fikir baik buruknya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Kepada sesiapa yang terasa, aku mintak maaf. Aku bukan apa, kalau boleh cari rezeki tu biarlah bertepatan dengan syariat dan hukum. Wallahu'alam..
salam 'affif..pertamanya abg minta maaf sebab dah pernah bawa 'affif ke preview scoreA dulu..
ReplyDeletetapi sebelum mengulas lebih lanjut, ingin abg kedepankan antara adab berilmu ialah tanya pada yang ahli.. maksud ahli di sini bukan ahli yg join..tp ahli fiqh yang mahir berkenaan ilmu ekonomi dan kewangan ni..
sebagai seorng yang berfikiran waras, 'affif boleh lihat sendiri bahasa yang digunakan oleh aididmuaddib tu..dan teori2 yg dia pakai... sedangkan hpa ang mendapat sokongan mufti pn dia boleh cerca..boleh carutkan..
adakah beliau di kalangan org yg ahli? (arif dalam agama)? dan berakhlakkan seperti yg dianjurkan nabi? sedang nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak..kalau apa yang ingin dibawanya adalah fakta yg betul dan untuk memperbetulkan manusia, bukankah akhlak yg patut dikehadapankn? innamaa bu'ithtu li utammima makaarimul akhlak...
dia(aididmuaddib) mengambil rujukan dari ustadz zaharuddin ttg isu ASB.. dgn mengangkat ust zaharuddin sebagai seorang yg ahli.. tapi bila ustadz zaharuddin berbicara MLM patuh syari'ah..dan lebih specific lagi, dlm fb UZAR (Ustadz Zaharuddin Abdul Rahman) sendiri menyarankan jika anda ingin melakukan MLM, pilihla seperti Stormreaders, hpa dan scoreA.. link zaharuddin.net yg affif beri tu update lame..
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html
baca yang terbaru ni.. wallahul musta'an