Thursday, February 2, 2012

Bersyukurlah...

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat..
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat pada sikap dan tingkah laku

Marilah bersama kita bersyukur..
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada, hati tenang hidup sejahtera

Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur, syukur Alhamdulillah...
Syukur itu banyak caranya..
Taat beribadah, tekun berusaha, saling membantu, berkasih sayang, murah senyuman dan hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama..
Rasa bersyukur kita suburkan

 Syukron..
Assalamualaikum..

sumber : Raihan - Syukur

Tuesday, January 31, 2012

Perlukan pendapat ni..pleaseeee~

assalamualaikum, sekadar inginkan pengetahuan dan pendapat :)

Ingin menegur seorang sahabat tentang solat nya yg tak pernah dilakukannya, tak pernah aku nampak dia sentuh sejadah yang aku bawak..
skiranya bila aku tegur/nasihat sahabat tu tapi respon sahabat tu : "Biarlah..tu antara aku dgn Tuhan, bukan kau! Kubur lain-lain kan? Bukan kubur kita sama.."

apa pndangn anda terhadap sahabat tu?? dan apa yg kita perlu buat dengan sahabat tu?? -_-

runsing runsing....hanya Allah je yang tahu apa aku rasa ni..



Bicara hati :D


Kalau berCINTA , 
jangan berkepit macam belangkas , 
hantar surat berbelas-belas , 
SMS berbalas-balas , 
masa dating sebelah tandas , 
berpeluk-peluk dalam bas , 
asyik menjeling dalam kelas , 
minum air perghh . . kongsi segelas ♥

Bila ada KONFLIK , 
haa mula la nak frust , 
nak tunai solat pun malas , 
tak dapat tumpu study dalam kelas , 
waktu result nak keluar tahu pulak cemas..takut exam tak pas...
tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥

So , jadilah couple yang ada class , 
berdating ikut lunas , 
bergaul ada batas , 
jaga maruah dengan tegas , 
syariah dijaga dengan jelas , 
tutur kata sentiasa beralas , 
kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , 
janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥

p/s: Apepun bagi aku, couple time belajar memang 1 azab gak la orang kata..lagi2 kalau 1 tempat belajar, takpun 1 kelas..hehehe bukan apa, kena la beringat. Kita still belajar, ekonomi diri pon tak stabil lagi, tak usah la nak pikir sangat.. Jodoh dah pun ditetapkan. Masing2 ada pasangan. Percaya lah pada Yang Maha Esa.. itu pendapat aku..korang?? :)

My Birthday @ UTHM

Tepat jam 12.00 pagi, 30hb Januari 2012, masuk la umur aku yg ke 19. Pergghhh dah tua rupanya :DD hahahaha Tak ku sangka. Walauapepun tahun ni tak celebrate dgn family tapi tu tak buat aku rasa sedih or sunyi sebab ade member member..hahaha Memang tak duduk diam la kalau bab nak celebrate ni. Ape sebab dia? Sebab boleh kena kan birthday boy/girl kaw2 punya! Campak ke tasik la, baling telur+tepung la berbagai.. tu je sebab dia =_=" So tahun ni aku yang kena..tu la dulu havoc sangat dgn birthday orang, sekarang HAMMMEKKK KOO!! Tepung+Air+Kek semua kat muka ko..=_=" Memang kaw kaw aku kena..huhuhu








ni la kek yang dibeli oleh member2 aku..seriously sedap :9



Lepas potong kek tu, memang nasib la kena tabur tepung atas kepala -_-"
















Apapun TERIMA KASIH kepada semua member yang menceriakan birthday aku. Tak pernah rasa happy mcm ni..hehehe Ni la hadiah birthday aku utk tahun ni :))
Paan, Bong, Akmal, Aiem, Wan, Elyas, Hazz, Fash, Huzai, Arif.. 
Mai, Nana, Atun, Ekin, Mary, Hani, Haza, Safiqah, Alia, Emma, Shafiqah, Ernie, Hanan, Scha..

Thanks again :')
Sekian..
Assalamualaikum..

Saturday, January 28, 2012

Rela-SisPA

Salam sejahtera...

Tanggal 26hb Januari 2012 aku saja pergi ke bilik member. Masuk2 dah sorg member ni pakai uniform Rela. Pastu sorg lagi masuk bilik tu pakai baju SisPA (Pertahanan Awam). Mule2 tu saja la amek gambar, pastu ntah macam mane dapat idea nk buat seketsa. Aku on je. Amek gmbr banyak2. hehehe Pastu susun ikut jalan citer. Alang2 tu buat la sempena Tahun Baru Cina. Kat dlm mood CNY ni :D

DAh siap edit. Tinggal masuk suara latar yang cukup mantap! hahaha Suara emas dari saudara Syazwan. Terbaikkk!

Wan (suara latar) dan RELA

SisPA dan RELA



Ni videonya :




Kalau tak dapat buka video kat atas ni, cuba try test klik kat LINK ni :D
enjoy!


And SELAMAT TAHUN BARU CINA!!!!
-sekian-

Tuesday, January 24, 2012

Perkataan JANGAN dalam Islam



- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam...

Friday, January 13, 2012

runsing?

Assalamualaikum viewers!
Well baru ade idea kot untuk entry..hahahaha sem 2 dah masuk alam pertengahan, macam macam dugaan yang aku dapat. Kalau cakap kat orang pon, 1 perkataan sama je yang aku dengar dari dorang, SABAR..ade betulnya :) thanks!

member aku pesan : if you wish for your day made easy, be grateful and STOP complaining..bcause behind every PROBLEM,experience and lessons are HIDDEN :)

Masalah roomate? Entah la, aku ingat lepas mid-sem tu ade la sikit perubahan kat sorang hamba Allah ni (si A). Yang sorang lagi tu (si B) ade improvement. Takde la aku anti dengan si B ni. Aku malas nak citer panjang dah.. Pasal solat tu jgn cakap la kan, dua2 tak penah ku nampak menyentuh sejadah yang aku bawak. Kalau boleh nak kata kan aku sorang je la yang ada Tuhan dalam bilik ni. Penah la skali time subuh aku bangun, selesai aku solat, si A ni bangun. Lagipun dia set alarm awal dlm pukul 6.15-6.30 pagi. Punya la sangka baik aku ingat dia nk solat subuh, so aku saje letak sejadah tu kat tempat yg boleh dia capai untuk solat subuh. Tapi sia sia je. Lepas dia mandi, bersiap semua tapi buka laptop, mengadap laptop tu sampai matahari naik. Bukan nye mengadap Yang Maha Esa tapi laptop tu yang dihadap nye. Memang kelakar ade, sakit hati pun ade. Solat Jumaat? Hmmm.. tak tahu la. Allah je Yang Maha Mengetahui. Sebab aku keluar pergi masjid pun dah azan dah tapi dia still syok main game kat laptop dgn joystick dia tu. Tak tahu la kalau dia sempat ke masjid. Masjid tu dah la jauh. Astargfirrullahalzim. Aku mampu doakan dia cepat berubah je sebelum benda lain yang berubah kat depan mata dia. Selagi laptop tu hidup, selagi tu dia duk teperuk kat bilik ni. Orang kate yang nikmat tu tak dapat dirase selagi nikmat tu tak LENYAP drpd depan mate..

Masalah member? Yang mana satu? ramai kot. Ade la sorang hamba Allah ni, baru tersedar yang dia seperti dibenci, disisih dan dipinggirkan. Amboi..begitu sekali dia rase. Kitorang yang lain kau tak rase pulak macam mane. Nak faham perangai kau sorang je? Ingat sikit derr.. kita dah duk zaman Universiti. Be matured sikit. Kau bukan budak kecik lagi. Cuba cermin diri kau tu dulu. Jangan asyik cari kelemahan orang je sampai kelemahan diri pun terlepas pandang. Jangan nak marah maki hamun kitorang sebab kitorang MACAM pinggirkan kau. Next, sorang hamba Allah ni aku hormat kerana kebijaksanaannya dan cara nya dulu. Tapi sekarang mungkin tidak. Mana dia orang tabah+selfcontrol yang aku kenal dulu? Hilang ke mana? Tu la.. manusia tak semua sama perangai. Ada yang berubah ada yang tidak. Dengan gaya dia, cara dia, personaliti dia yang dah berubah. Hanya kerana seorang PEREMPUAN. Malas nak ulas. Memang nak muntah, naik menyampah pun bila aku cakap karang. Kepada sahabat tersebut, aku mohon sangat2 tak payah la nak expose kau punya relationship tu kat orang. Post kat FB berbagai jiwangnye. Tahu la pandai bersastera. kenapa tak apply jadi sasterawan. Dapat gak duit. Membazir je bakat ko tu kalo post kat Fb je. Even time lepak pun ko lebih penting kan telefon dari member. Meletak je telefon tu kat telinga. Maybe aku sorang je yang meluat tengok kau macam tu kot. Biar la. Masa bakal mengubah semuanya.

Moral of the story
1. Guna nikmat yang diberikan tu sebaik mungkin. Bukan untuk melalaikan.
2. Bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan.
3. Respect orang dulu, baru orang respect anda.
4. Jangan menilai orang secara melulu tanpa usul periksa.
5. Kalau nak mohon maaf kat orang, biarlah elok bahasa tu.
6. Don't push yourself too hard, hanya kerana seorang perempuan yang tidak sah hubungannya dengan kita.


 >>Aku bukan benci tapi kurang gemar and tak berapa selesa. Sorry kalau terkasar bahasa. Yela kadang2 kesalahan sendiri kita tak sedar, kesalahan orang je yang kita nampak. Mohon maaf.

Fruits are squeezed to get juice..
Flowers are crushed to get fragrance..
Diamonds are extracted to make jewels.. 
So if you are being pushed in life, 
fear not..
it is just Allah trying to get the best out of you..

Sekian..
Assalamualaikum