Friday, January 13, 2012

runsing?

Assalamualaikum viewers!
Well baru ade idea kot untuk entry..hahahaha sem 2 dah masuk alam pertengahan, macam macam dugaan yang aku dapat. Kalau cakap kat orang pon, 1 perkataan sama je yang aku dengar dari dorang, SABAR..ade betulnya :) thanks!

member aku pesan : if you wish for your day made easy, be grateful and STOP complaining..bcause behind every PROBLEM,experience and lessons are HIDDEN :)

Masalah roomate? Entah la, aku ingat lepas mid-sem tu ade la sikit perubahan kat sorang hamba Allah ni (si A). Yang sorang lagi tu (si B) ade improvement. Takde la aku anti dengan si B ni. Aku malas nak citer panjang dah.. Pasal solat tu jgn cakap la kan, dua2 tak penah ku nampak menyentuh sejadah yang aku bawak. Kalau boleh nak kata kan aku sorang je la yang ada Tuhan dalam bilik ni. Penah la skali time subuh aku bangun, selesai aku solat, si A ni bangun. Lagipun dia set alarm awal dlm pukul 6.15-6.30 pagi. Punya la sangka baik aku ingat dia nk solat subuh, so aku saje letak sejadah tu kat tempat yg boleh dia capai untuk solat subuh. Tapi sia sia je. Lepas dia mandi, bersiap semua tapi buka laptop, mengadap laptop tu sampai matahari naik. Bukan nye mengadap Yang Maha Esa tapi laptop tu yang dihadap nye. Memang kelakar ade, sakit hati pun ade. Solat Jumaat? Hmmm.. tak tahu la. Allah je Yang Maha Mengetahui. Sebab aku keluar pergi masjid pun dah azan dah tapi dia still syok main game kat laptop dgn joystick dia tu. Tak tahu la kalau dia sempat ke masjid. Masjid tu dah la jauh. Astargfirrullahalzim. Aku mampu doakan dia cepat berubah je sebelum benda lain yang berubah kat depan mata dia. Selagi laptop tu hidup, selagi tu dia duk teperuk kat bilik ni. Orang kate yang nikmat tu tak dapat dirase selagi nikmat tu tak LENYAP drpd depan mate..

Masalah member? Yang mana satu? ramai kot. Ade la sorang hamba Allah ni, baru tersedar yang dia seperti dibenci, disisih dan dipinggirkan. Amboi..begitu sekali dia rase. Kitorang yang lain kau tak rase pulak macam mane. Nak faham perangai kau sorang je? Ingat sikit derr.. kita dah duk zaman Universiti. Be matured sikit. Kau bukan budak kecik lagi. Cuba cermin diri kau tu dulu. Jangan asyik cari kelemahan orang je sampai kelemahan diri pun terlepas pandang. Jangan nak marah maki hamun kitorang sebab kitorang MACAM pinggirkan kau. Next, sorang hamba Allah ni aku hormat kerana kebijaksanaannya dan cara nya dulu. Tapi sekarang mungkin tidak. Mana dia orang tabah+selfcontrol yang aku kenal dulu? Hilang ke mana? Tu la.. manusia tak semua sama perangai. Ada yang berubah ada yang tidak. Dengan gaya dia, cara dia, personaliti dia yang dah berubah. Hanya kerana seorang PEREMPUAN. Malas nak ulas. Memang nak muntah, naik menyampah pun bila aku cakap karang. Kepada sahabat tersebut, aku mohon sangat2 tak payah la nak expose kau punya relationship tu kat orang. Post kat FB berbagai jiwangnye. Tahu la pandai bersastera. kenapa tak apply jadi sasterawan. Dapat gak duit. Membazir je bakat ko tu kalo post kat Fb je. Even time lepak pun ko lebih penting kan telefon dari member. Meletak je telefon tu kat telinga. Maybe aku sorang je yang meluat tengok kau macam tu kot. Biar la. Masa bakal mengubah semuanya.

Moral of the story
1. Guna nikmat yang diberikan tu sebaik mungkin. Bukan untuk melalaikan.
2. Bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan.
3. Respect orang dulu, baru orang respect anda.
4. Jangan menilai orang secara melulu tanpa usul periksa.
5. Kalau nak mohon maaf kat orang, biarlah elok bahasa tu.
6. Don't push yourself too hard, hanya kerana seorang perempuan yang tidak sah hubungannya dengan kita.


 >>Aku bukan benci tapi kurang gemar and tak berapa selesa. Sorry kalau terkasar bahasa. Yela kadang2 kesalahan sendiri kita tak sedar, kesalahan orang je yang kita nampak. Mohon maaf.

Fruits are squeezed to get juice..
Flowers are crushed to get fragrance..
Diamonds are extracted to make jewels.. 
So if you are being pushed in life, 
fear not..
it is just Allah trying to get the best out of you..

Sekian..
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment