Hati ibarat sebuah benteng.
Tak kira sekuat mana daya yang datang,
Sekuat itu juga benteng itu dapat menghalang,
Bergantung pada bahan binaannya.
Jikalau hati, bergantung pada iman serta keyakinannya.
Jikalau hati, bergantung pada iman serta keyakinannya.
Selama ini aku bertahan bagaikan benteng yang kukuh.
Ku tahan segala sakit yang aku alami.
Segala kekurangan aku cuba perbaiki.
Daya datang tak berhenti-henti,
Cubaan datang tak putus-putus,
Seakan aku menyeksanya.
Tapi
Pernahkah cubaan itu fikir akan seksa aku?
Pernahkan fikir betapa sabarnya aku?
Pernahkah fikir betapa tabahnya jiwa menahan?
Lama-kelamaan aku berhenti melihat keadaan.
Membiarkan cubaan melanda diri sebagai ujian.
Melihatkan apa yang dia mahukan.
Senyap.
Benteng yang dibina, kini kian bocor.
Sedikit demi sedikit.
Melepaskan tanpa ku rela.
Meskipun berat.
Kerana aku faham
Akan kesempurnaan yang tidak cukup
Melihat itu yang mampu.
Pasrah sudah dijangka
Ku biar begitu, mencari sesuatu.
Takkan ku biar ia runtuh walau tidak sempurna
Kerana tahu dan yakin
Ia akan kembali pulih bertahan
Untuk selamanya.
In shaa Allah.
Andai anda bertanya "Tidak cintakah?"
Benak hati ini menjawab,
"3 perkara aku dahulukan 'cinta' itu, Tuhanku, Rasulku dan keluargaku.
Bila ketiga-tiga itu aku sempurnakan, baru aku mencintai mu.."
♥ jika namamu dan namaku tertulis di luh mahfuz, kau adalah jodohku ♥
No comments:
Post a Comment