Saturday, March 23, 2013

kawan

Niat nak membantu tapi tak kesampaian. Karang ada pulak cakap bila senang sama2, bila susah karang langsung tak nampak batang hidung. Haihhh. Aku call tak angkat. tak pon decline. Adoi sabor je la. Tu la dia manusia. Sombong. Bila nak tolong, tak bagi. Bukan saja nk susahkan diri tapi ikhlas di hati tu dah ada, kita cuba la nak bantu. Bila kita bantu dia sekarang, mana la tau satu hari nanti dia pulak bantu kita. Pastu marah2 orang. Macam orang ni buat salah. Nak tolong pon salah? Hmm... kata kawan tapi kenapa jadi macam ni?

Kalau masalah tu jadi bebanan, kalau stress jadi tanggungan, apa guna kawan? kongsi la sama. Biar beban tu kita rasa bersama. Orang yang ada 1000 masalah pon akan rasa tenang kalau anda kongsikan bersama dengan rakan taulan. Ni fakta yang aku jumpa time form 4. Sebab time tu tahun aku penuh stress. Aku cuba nak ringankan bukan menambah beban. Baru tanya "Buat ape?" je. Tapi bila reply je macam nak makan orang. Aikk? Aku mencarut ke tadi? Allahurabbi.

Kalau anda nak orang faham anda, anda kena faham apa orang tu cuba buat. Pernah tak anda terfikir kenapa dia buat macam tu? kenapa dia buat macam ni? Anda pernah faham tak apa yang dia cuba buat selama ni?

Kawan mana yang tak terluka. Suatu ketika dulu dia lah orang yang anda cari tika ada masalah timbul. Sanggup bangun 1-2 pagi untuk dengar masalah anda. Dia lah orang yang sentiasa memenuhi masa anda tika anda kata anda tiada siapa pada waktu itu. Dia lah orang cuba melengkapkan apa yang tidak cukup. Dia lah orang paling takut dan risau jika hati kawannya terluka, tersinggung. TAPI anda buat apa? Meskipun anda dah ada ramai teman dan kawan lain, kawan yang lama ini anda buang, Anda buat dia macam orang asing sebelum anda kenal dia. Macam mana la kawan tu tak tersinggung, dulu cakap baik2, ceria, penuh dengan tawa tapi sekarang call pon cakap macam dia lah orang yang anda paling tak mau cakap. Alasan tak ada benda nak cakap.Apatah lagi kalau orang tu buat salah. Memang tak angkat langsung.

Bukan begitu caranya dalam perhubungan sesama manusia. Kita insan biasa. Semua orang buat silap. Tapi kalau boleh hargai la satu sama lain. Lahirkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan. Jika kita nak orang hargai kita, kita hargai mereka dahulu. Jika kita nak orang faham kita, kita fahamkan dia dahulu. Kita tunjuk sifat baik. Mereka bukan bodoh. Bukan mereka tak boleh berfikir. Mereka dah dikurniakan akal fikiran. Tunjuk pada mereka. Kita tolong dia, mungkin dia akan tolong kita suatu hati nanti. INGAT. Jika kita sombong dengan pertolongan orang, jangan terkejut bila TIADA satu pertolongan pon datang pada anda. Ni pesan turun temurun keluarga. Samala juga jika kita sombong dengan pertolongan Allah. Mungkin kawan kita tu hidayah dari Ilahi sebagai PERTOLONGAN untuk hamba-Nya. SubhanaAllah. Jadi, JANGAN sia-siakan nya.

"Never ignore someone who cares for you because someday you'll realize you've lost a diamond while you were busy collecting stones."

Sekian
Assalamualaikum

Sunday, March 17, 2013

benteng kukuh

Hati ibarat sebuah benteng.
Tak kira sekuat mana daya yang datang, 
Sekuat itu juga benteng itu dapat menghalang,
Bergantung pada bahan binaannya.
Jikalau hati, bergantung pada iman serta keyakinannya.

Selama ini aku bertahan bagaikan benteng yang kukuh.
Ku tahan segala sakit yang aku alami.
Segala kekurangan aku cuba perbaiki.
Daya datang tak berhenti-henti,
Cubaan datang tak putus-putus,
Seakan aku menyeksanya.
Tapi 
Pernahkah cubaan itu fikir akan seksa aku?
Pernahkan fikir betapa sabarnya aku?
Pernahkah fikir betapa tabahnya jiwa menahan?

Lama-kelamaan aku berhenti melihat keadaan.
Membiarkan cubaan melanda diri sebagai ujian.
Melihatkan apa yang dia mahukan.
Senyap.
Benteng yang dibina, kini kian bocor.
Sedikit demi sedikit.
Melepaskan tanpa ku rela.
Meskipun berat.
Kerana aku faham 
Akan kesempurnaan yang tidak cukup
Melihat itu yang mampu.
Pasrah sudah dijangka

Ku biar begitu, mencari sesuatu.
Takkan ku biar ia runtuh walau tidak sempurna
Kerana tahu dan yakin
Ia akan kembali pulih bertahan 
Untuk selamanya.
In shaa Allah.

Andai anda bertanya "Tidak cintakah?"
Benak hati ini menjawab, 
"3 perkara aku dahulukan 'cinta' itu, Tuhanku, Rasulku dan keluargaku.
Bila ketiga-tiga itu aku sempurnakan, baru aku mencintai mu.."

♥ jika namamu dan namaku tertulis di luh mahfuz, kau adalah jodohku ♥

TAKMAU!!!!

HAHAHA
pelik je tajuk entri ni.
actually aku di suroh ke PKU. tau x? pusat kesihatan unversiti. HAHA member pon ade suroh pergi aku tak mau pergi! TAK MAU! hee (macam dak kecik lak) bukan sebab takut doktor kena inject or what tapi malas. lagi2 nak final ni. MEMANG tak la kan. Dulu pergi pastu cakap2 gitu bagi ubat melambak2. bukan aku makan pon apetah lagi ikut jadual makan. HOHOHO sorry la doc. memang teman x siorr nak makan nyer. naik perit tekak ni. =_= 

 kepada rakan-rakanku yang bakal menghadapi final exam. GOOD LUCK. SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA-NYA. In shaa Allah. jgn stress2 eyy :)