Friday, January 4, 2013

Luaran KUKUH, dalaman RAPUH

Haaaa..macam mendalam tajuk entry kali ni..Tettt hahaha

Takde la mendalam mane, just nak share apa yang diri ini belajar. Apa yang dimaksudkan dengan "Luaran kukuh, dalaman rapuh" ialah kaitannya dengan sarang labah-labah. Dan ia boleh dikaitkan dengan kehidupan berkeluarga.


Apa yang aku faham pasal labah-labah ni, sarang suteranya yang lembut dan senang dikoyak. Bagi manusia la. Bagi serangga yang lain, ia adalah 1 perangkap yang paling berbahaya. Sarang ni la tempat labah-labah menjadi sumber makanan, tempat si betina bertelur, membalut mangsa dan memanjat. Pendek kata, lelabah ni bergantung sepenuhnya pada bebenang protein halus ni. Dahsyat. hoho


Kalau dilihat memang rapuh tapi menurut kajian ilmiah, ia adalah sebaliknya. Ade pemerhatian saintifik dibuat oleh ahli araknologi dunia, dan hasilnya ia 3 kali ganda kukuh daripada sarang-sarang serangga yang lain. Jika diukura dari segi berat benang suteranya ia 5 kali lebih kuat dari besi keluli. Percaya atau tak? hehe Terpulang.

Menurut pensyarah UKM, cerita/perihal binaan sarang labah-labah ni ada disentuh dalam al-Quran. Meh kita tengok dalam ayat 41 surah Al 'Ankabuut, Allah berfirman;

"Perumpamaan (bagi) orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." [Al 'Ankabuut 29:41]

Dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan binaan sarang labah-labah yang berdasarkan kajian saintifik tadi. Namun, pensyarah UKM tersebut mengatakan bahawa ayat tersebut adalah suatu kiasan untuk menerangkan maksud yang lebih mendalam. 


Apa yang dimaksudkan rapuh dalam ayat di atas ia menyentuh perihal kepincangan institusi kekeluargaan serangga ni. Dalam keluarga lelabah ni, si betina mendomina dan menggalas tugas yang sepatutnya diterajui oleh si jantan. (amboi, ayattt~ hehe). Si betina hanya memerlukan si jantan apabila mereka ingin mengawan tapi apabila selesai, si jantan akan diperangkap dan dijadikan makanan untuk anak-anaknya lepas menetas.
Spesis lelabah adalah spesis yg tak suka bersosial. Lepas telur-telur tu menetas, anak-anak lelabah akan saling membunuh untuk mendapatkan makanan. Sampai 1 tahap, kadang-kadang ibu mereka juga akan dibunuh apabila terasa terancam. Begitu la porak-perandanya keluarga lelabah. Begitu rakus dan pentingkan diri.

Selain isu kekeluargaan, dalam ayat Al 'Ankabuut tadi jgak menyentuh fakta biologi tentang sarang yang dibina oleh si betina. [dalam terjemahan yang lain ia menggunakan kata kerja "tata'nith" yang bermaksud "sarang si betina".] Selari dengan kajian,si jantan hanya sekadar menumpang sahaja.


Hmm..bagi aku, ia amat mendalam. Zaman dahulu, manusia tidak mengkaji ayat tersebut sejak diturunkan pada kurun ke-7 masihi. Then abad ke-20 ni la telah dibuktikan melalui kajian ilmiah. 

Secara tak langsung, kita meyakini bahawa ilmu Al Quran ternyata lebih mendalam dan selari dengan ilmu pengetahuan moden. Dahsyat kan? SubhanaAllah...

tu je la yang dapat aku kongsi untuk entry permulaan 2013 hehehe
sekadar perkongsian ilmu :)

Sekian
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment