Wednesday, January 30, 2013

Bagaimana caramu menjaga seseorang?

Bismillahirahmanirrahim...
Tidak perlu terlalu berlebihan untuk menjaga seseorang yg kamu sayang. ada cara yg jauh lebih sederhana dan itu dekat denganmu. kamu boleh khawatir, tapi jangan terlalu berlebihan. Anda tahu cara yang paling sederhana itu apa? 
DOA~

Jagalah dia dalam doa, dekaplah dia dengan airmata. kamu akan merasakan betapa dekatnya antara kamu, dia, dan Rabb-mu :'))


Sekian
Assalamualaikum..

WANITA SEBAGAI BUNGA


Wanita sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan sesuatu yang cantik, indah dan berseri, begitulah wanita…. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam, adanya wanita menjadi penyambung dzuriat di maya pada. Wanita sholehah ibarat bunga yang berkembang mekar, harum dan bersinar, menjadi idaman sebagai penyeri suasana. Wanita Tholehah (buruk akhlak) ibarat bunga yang... layu, kering dan tidak berseri, tiada siapapun yang sudi, kalaupun cantik, ia hanya ibarat bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu...



Wanita dimasyhurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak,,,, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus,,,, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan...

Ya Robb,,,,!
Izinkan hambaMu yang kerdil lagi hina… menjadi salah satu kuntuman mawar aspirasi di Taman SyurgaMu… walau kusadar, aku hambaMu yang paling tidak layak menjadi salah satu kuntuman mawar tersebut....

Seiring dengan nikmat usia yang masih diberikan peluang dariMu, sisa-sisa nafas yang diizinkan kuhirup…. izinkan aku menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan sinar cahayaMu…

Senyumanku adalah rahsia yang tersingkap… tangisanku adalah rasa hati yang tercurah… dan kegelisahanku adalah pemberontakan kasih sayang…. izinkan aku ingin menjadi mawar yang berduri, dari kejauhan sudah tercium harumnya serta kilauan warna yang memancar indah mengundang keagungan ciptaanMu….

Aku ingin menjadi hamba yang wajahnya dihiasi tetesan wudhu, bibir dengan tilawatil qur’an dan zikrullah, aku ingin menjadi sekuntum mawar aspirasi sebagai Srikandi yang mekar dan terus mewangi di tamanMu, meniti di jalanMu… mekar disudut ruangMu…

TanpaMu,,,tanpa cahayaMu,,,tiada arti kehidupan ini,,,, padamkanlah kisah silamku…. seiring usia yang semakin meningkat, kubersujud syukur padaMu, moga ruang hidup yang masih diberikan ini, aku menghargainya mengabdikan diriku hanya untuk Sang Penciptaku….!


sekian
Assalamualaikum..

sumber : https://www.facebook.com/cintaduniaislam?group_id=0

ku redha..

"Ya Allah, kejamkah aku jika aku merahsiakan hal ini daripada sahabat2ku? Aku redha dengan ketentuan-Mu. Ampunkan dosaku, ya Allah. Jika ini jalan terbaik, berikanlah pertunjuk hidayah-Mu. Agar tiada yang bersedih kerana hal ini. Amin.."


Kadang2 rasa serba salah nak bagitahu berita buruk pada orang. Walaupun berita buruk tu hanya untuk dan takde kaitan dengan mereka. Sekarang aku faham kenapa sesetengah orang merahsiakan berita buruk sendiri. Takut sedih. Jadi tak keruan. Orang lain jadi risau kalau tahu perkara tu. Tapi itu lah hakikat dan lumrah hidup. Ade baik dan buruk nye. Ade pro dan kontra nya. Kena saling memahami bak kata orang.

Sekian.
Assalamualaikum

Monday, January 28, 2013

andai

Orang selalu cakap aku cepat jadi marah dan tinggi suara. Tapi dorang tak penah nak tahu kenapa.
subhanallah..
aku jadi begitu sebab dulu aku sekolah aku selalu ditindas. Dari kecik lagi. Kat sekolah rendah, aku selalu jadi takut. Takut sebab mak aku cikgu. kawan2 aku cakap mak aku la cikgu paling garang. Aku sndiri takut. Ape tah lagi kat rumah. Tapi garang mak bersebab. Aku diperlekeh masa sekolah. Nama abah aku diejek2,kadang sampai dihina2 tapi aku tak melawan. Aku senyap. Aku tahan. Kat sekolah menengah, orang cakap aku mcam senang dibuli. Lepas kawan aku pindah sekolah. Aku jadi mangsa. Aku tak melawan. Sebab nak jaga nama baik mak abah. "Kawan mak ramai kat sekolah tu. Nanti jatuh air muka mak abah. Malu nanti." Tu aje yg bermain kat fikiran aku. Aku tahan. Sabar.

Bila sekarang aku jadi makin tak terkawal. Cepat marah. Suara cepat tinggi. Ego tinggi. Sampai nak ajar orang pon macam nak marah. MasyaAllah.
Kadang kawan tak suka aku ngajar sebab benda tu. Lagi 1, dorang akn fikir aku ni tak berkebolehan. Tak pandai ngajar.

Terkilan gak. Amarah, ego punca segala keretakan. Keluarga, sahabat, org tdekat dan ramai lagi.

Maafkan saya. Maafkan saya.
SubhanaAllah..
Ya Allah. Aku bermohon pada-Mu. Ampunkan dosaku. Ampunkan dosa keluargaku. Ampunkan dosa sahabat2ku.

kepda rakan2 aku, tak kira la siapa pun, maafkan aku. aku tak berniat nak buat macam tu. aku juga manusia hina dan mudah alpa. Mudah menyakiti. Sekadar maaf mungkin tak beri apa makna. Ni je yg aku mampu. Maaf kan saya. kepda qa, maafkan abg..abg tahu, 'maaf' tak cukup nak ubat segala sakit yg ada. tapi 1 je abg mintak, ampunkan dosa abg. Segala salah silap qa, abg maafkan. Abg ampunkan dosa qa.

to mak abah, adik2 (intan & ecah) my friends, dan qa, andai hayat aku pendek, mohon 1 permintaan. Ampunkan dosa aku. Minta halalkan semua. Mak, abah, intan, ecah. Apit minta maaf. Banyak hutang mak abah apit belum selesai. Maafkan apit. Kawan2. Anda semua baik2 belaka. Terima kasih sebab jadi kawan aku. Terharu sgt ada kawan. Qa. Maaf. Takdapat kotakan janji kita tahun ni. Allah lagi sayangkan abg.

andai aku pergi dulu. jadikan ini wasiat aku.
[draft : 30 December 2012 - The Kids From Yesterday]

Janji Allah pada hamba-Nya

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.


Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

p/s: Jadi tak perlu ragu-ragu dengan janji Allah :)

Sekian, Assalamualaikum

Sunday, January 27, 2013

TUGASAN dan PROJEK

List kerja2 yg den kena buat =_= 

 - Projek Geoteknik
 - Projek Statistik
 - Projek Jalan Raya + Poster
 - Projek Analisis Struktur


Macam pack jadual sem ni. (memang pack pun) Hmmm.. insyaAllah time cuti tahun baru cina ni pun aku akn buat Special Project -  "The World is Ugly" sempena Save GAZA. Nampak macam banyak sgt projek ni. Huhuu

Apepon semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah. Semua benda ni takkan jaya kalau tiada yang membantu. Doa iringan keluarga dan sahabat handai serta usaha yang bersungguh2. InsyaAllah :)


" Allah TIDAK AKAN MEMBEBANI seseorang melainkan dengan kesanggupannya."
(Al Baqarah, 2: 286)

Sekian, Assalamualaikum

Tuesday, January 8, 2013

Bertakhta Di Hati


Lagu ni aku dengar time form 4 form 5..memang meaningful la orang kate. Lagu ni DOUBLE MEANING tau. Ade 2 maksud. Lebih kurang ade benda yang tersurat dan yang tersirat. Agak2 anda rasa ape yg tsurat & tsirat tu eyy?? hehe Bak kate orang, hayati dulu, baru menilai. hee Sometimes, I'm proud of Malaysia's song. Kenapa? Hmm..maybe pasni aku buat entry pasal lagu2 Malaysia. Apa kelebihan dan apa yang kurang. In Shaa Allah..

Bertakhta Di Hati

 Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat... lihat...
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang

(Ulang korus)

Lagu : Tam Spider
Lirik : Loloq



Friday, January 4, 2013

Luaran KUKUH, dalaman RAPUH

Haaaa..macam mendalam tajuk entry kali ni..Tettt hahaha

Takde la mendalam mane, just nak share apa yang diri ini belajar. Apa yang dimaksudkan dengan "Luaran kukuh, dalaman rapuh" ialah kaitannya dengan sarang labah-labah. Dan ia boleh dikaitkan dengan kehidupan berkeluarga.


Apa yang aku faham pasal labah-labah ni, sarang suteranya yang lembut dan senang dikoyak. Bagi manusia la. Bagi serangga yang lain, ia adalah 1 perangkap yang paling berbahaya. Sarang ni la tempat labah-labah menjadi sumber makanan, tempat si betina bertelur, membalut mangsa dan memanjat. Pendek kata, lelabah ni bergantung sepenuhnya pada bebenang protein halus ni. Dahsyat. hoho


Kalau dilihat memang rapuh tapi menurut kajian ilmiah, ia adalah sebaliknya. Ade pemerhatian saintifik dibuat oleh ahli araknologi dunia, dan hasilnya ia 3 kali ganda kukuh daripada sarang-sarang serangga yang lain. Jika diukura dari segi berat benang suteranya ia 5 kali lebih kuat dari besi keluli. Percaya atau tak? hehe Terpulang.

Menurut pensyarah UKM, cerita/perihal binaan sarang labah-labah ni ada disentuh dalam al-Quran. Meh kita tengok dalam ayat 41 surah Al 'Ankabuut, Allah berfirman;

"Perumpamaan (bagi) orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan." [Al 'Ankabuut 29:41]

Dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan binaan sarang labah-labah yang berdasarkan kajian saintifik tadi. Namun, pensyarah UKM tersebut mengatakan bahawa ayat tersebut adalah suatu kiasan untuk menerangkan maksud yang lebih mendalam. 


Apa yang dimaksudkan rapuh dalam ayat di atas ia menyentuh perihal kepincangan institusi kekeluargaan serangga ni. Dalam keluarga lelabah ni, si betina mendomina dan menggalas tugas yang sepatutnya diterajui oleh si jantan. (amboi, ayattt~ hehe). Si betina hanya memerlukan si jantan apabila mereka ingin mengawan tapi apabila selesai, si jantan akan diperangkap dan dijadikan makanan untuk anak-anaknya lepas menetas.
Spesis lelabah adalah spesis yg tak suka bersosial. Lepas telur-telur tu menetas, anak-anak lelabah akan saling membunuh untuk mendapatkan makanan. Sampai 1 tahap, kadang-kadang ibu mereka juga akan dibunuh apabila terasa terancam. Begitu la porak-perandanya keluarga lelabah. Begitu rakus dan pentingkan diri.

Selain isu kekeluargaan, dalam ayat Al 'Ankabuut tadi jgak menyentuh fakta biologi tentang sarang yang dibina oleh si betina. [dalam terjemahan yang lain ia menggunakan kata kerja "tata'nith" yang bermaksud "sarang si betina".] Selari dengan kajian,si jantan hanya sekadar menumpang sahaja.


Hmm..bagi aku, ia amat mendalam. Zaman dahulu, manusia tidak mengkaji ayat tersebut sejak diturunkan pada kurun ke-7 masihi. Then abad ke-20 ni la telah dibuktikan melalui kajian ilmiah. 

Secara tak langsung, kita meyakini bahawa ilmu Al Quran ternyata lebih mendalam dan selari dengan ilmu pengetahuan moden. Dahsyat kan? SubhanaAllah...

tu je la yang dapat aku kongsi untuk entry permulaan 2013 hehehe
sekadar perkongsian ilmu :)

Sekian
Assalamualaikum..

ohhh Rambut~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini selain daripada aku serabut dgn projek2 kat UTHM, mehh aku share something. Hmm..maybe ade yang dah tahu, maybe tidak. Pasal rambut kita. Hehehe Maybe boring, maybe tidak pada yang ingin tahu. Okay, lets check it out!!!


Tahu tak rambut kita secara normalnya akan tumbuh sepanjang 1.5cm sebulan?
Pertumbuhan rambut kita berlaku secara berirama. Hal ni masih lagi menjadi tanda tanya kalangan saintis (termasuk la eden..cewahhh) sebab belum ada jawapan.

DIPERCAYAI rambut kita tumbuh dengan cepat pd pukul 10 - 11 pagi setiap sebelum pertumbuhannya menjadi lambat selepas tu. Macam mana pun, ia kembali aktif balik pada pukul 4 - 6 petang. Sampai hari ni, takde manusia dalam dunia ni yg berjaya melihat/nampak rambut tumbuh. (Hehehe..macam nak try je ) Cuma mereka(saintis2 tu) hanya tahu ngukur untuk mengetahui sifat pertumbuhannya.


Secara alamiahnya, kita hanya tahu rambut kita panjang tanpa tahu bila ia akan jadi panjang. hehehe Tu saje yang dapat aku kongsikan di sini. Fakta tentang rambut. 

Sekian....