Thursday, October 18, 2012

Kisah Ammar r.a. & Susu

Kisah Ammar r.a. & Susu..


Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."

Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"

Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun...

p/s: aku terjumpa kisah ni.Teringat time usrah dulu. Pada masa tu aku terasa amat kerdilnya diri ini sangat2 kerana walaupun usia hampir 100 tahun, semangat perjuangan dalam diri beliau amat tinggi dan masih membara. Tak pernah luntur. Amat malu apabila walau hanya berperang dalam kehidupan yang aman, perhubungan sesama umat, perniagaan mahupun pelajaran tapi ada sesetengah insan masih lagi cepat putus asa tanpa ada rasional. Moga kita peroleh rahmat/hidayah untuk mencontohi sifat beliau dan diterapkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah

Sekian
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment