Thursday, October 18, 2012

Kisah Ammar r.a. & Susu

Kisah Ammar r.a. & Susu..


Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."

Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w.. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"

Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun...

p/s: aku terjumpa kisah ni.Teringat time usrah dulu. Pada masa tu aku terasa amat kerdilnya diri ini sangat2 kerana walaupun usia hampir 100 tahun, semangat perjuangan dalam diri beliau amat tinggi dan masih membara. Tak pernah luntur. Amat malu apabila walau hanya berperang dalam kehidupan yang aman, perhubungan sesama umat, perniagaan mahupun pelajaran tapi ada sesetengah insan masih lagi cepat putus asa tanpa ada rasional. Moga kita peroleh rahmat/hidayah untuk mencontohi sifat beliau dan diterapkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah

Sekian
Assalamualaikum

Wednesday, October 17, 2012

TIRI

"seperti dianak tirikan, pelajar2 seperti kami ni!!!"

Woaa..marahnya..maksud statement kat atas pelajar Diploma di sesetengah IPT dianak tirikan. Mereka lebihkan pelajar Degree. Maksudnya, ape2 hal program/aktiviti semua meriah bila ade plajar degree. Ape ingat pelajar diploma tak pandai memeriahkan event ke?? Kalo boleh semua event/jualan/aktiviti nak time pelajar degree tu ade. Macam pelajar diploma tak boleh buat kerja. Bukan nya pelajar diploma tu tak ramai. Ramai. Orang yang tukang cari je kadang2 tak konsisten dgn kerja. Kalo buat jualan macam PC Fair, kebanyakannya dibuat time pelajar Degree. Paham2 jela ramai la kate kan. Habes Diploma yang ade ni?? Dah balik ke dorang? Dah la time buat tu ramai duit nye tgh kering, yela dah bayar yuran2 dan buku2. Nak contoh? tak payah la. Nanti menjatuhkan maruah IPT pulak. Kalo pelajar Diploma cuti sekali pon ajak laa. Sebab time cuti la dorang senang buat kerja. Daripada budak degree yang tgh ade kelas pastu passing2 kerja kat orang lain.Hmm.. nak suroh alert tp diri ni siapa pulak.. sekadar insan biasa. 
Sekadar perkongsi..tett

sekian assalamualaikum

ohh..cuti

HABES sudah final kini cuti semesta..sbulan..tapi aku cuti bukan sebulan pon huhuhuhu 
Lama aku tak update blog ni. maklum la busy tettt..kalo tak busy pon tak de idea. Ni baru la aku ringan2 kan jari jemari aku utk menaip blog ni :)


Orang lain dah ade kat umah aku still terkandas kat hostel tercinta ni. Haihhh.. terpaksa tunggu bonda dan ayahanda tercinta yang katanya nak dtg batu pahat. Hehe malas nk gune duit beli tiket..hehehe Lgpon aku ade program. So alang2 aku ade kat sini aku on je dgn program.

2 program yang aku join. Program Pra-Pelancaran 1M4U dan Program Tech-Rurau Sembrong. Ade Pra-FESKON tapi aku tak join sebab aku tak tahu bile dia buat/cari org utk krew program tu..so aku mati kebosanan la..Hmm..sape la kite ni...

apepun kp rakan2 yang lain SELAMAT BERCUTI & HAVE FUN..
berhemah la ketika bercuti. Jaga diri, jaga sahsiah dan jaga solat