Thursday, February 23, 2012

Selesai sudah..

Alhamdulillah segala assignment sudah siap dan lengkap..hohoho lega aku rase..tinggal nak present Akidah Ketuhanan dan Sains je..tu aku tak kesah sangat macam presentation Tech. Communication hari tu yang memerlukan kepekaan Bahasa Inggeris yang mantap lagi unggul dalam pertuturan time present. Iyyosha!!!


Well kebanyakan tugasan memerlukan kerjasama kumpulan. Teamwork la kata kan. Tapi sayangnya, hampir semua tugasan aku yang buat sendiri. Takde la semua tugasan macam tu. Ada la gak yang membantu. Team je ramai. Yang buat nya sorang dua je. Pastu dah siap semua tugasan tu, yang tukang buat tu tak bising, yang duk goyang kaki tu yang bising melebih. Banyak songeh ko. Buat sendiri la kalau nak perfect sangat. Group leader entah ke mana, tugasan pun entah ke mana. Memang kalau boleh tu, aku ni group leader, aku sorang je la ahli nye. Tengok kat front page ramai ahli. Mane yang lain? Bila aku tanya sorang2, semua blur, semua tertanya2, "ada kerja ke?" Kalau aku tanye tu, respon dia tertarik nak tahu lebih, pastu tanya apa tugas kena buat, takpe gak. Ni duduk lagi, buat hal sendiri, ngadap laptop, main game, online, chatting, merayau entah ke mana. Bila dah due date, mula la tanya kerja. Konon takut orang kata tak buat kerja pulak kan. Hmm.. takpe la.. aku paham sangat. Bila aku nak buat kerja tu, aku ingat ade la yang nak support ke, bagi idea ke tapi aku mcm cakap dengan tunggul je. Paling teruk pun kena kutuk. Takpun kene "Boooo..." haihhh Yela. lagi pun aku bukan jenis yang aktif macam member2 yang lain. Keluar sana, keluar sini. So aku je la yang berkelayakan nak buat semua benda tu. Yela, dorang kan penat dengan aktiviti masing2, takde masa, ade tu la ade ni la. Aku pulak? Memang ade je masa pulak kan. Aku nak teamwork. Bukan aku sorang je.

Hmm..nak mrungut panjang pun tak guna. Tak baik merungut orang kata, bersabar dan bersyukur saje. Dari sekolah lagi aku dah kena macam ni. Kat U pon still ada lagi. Maybe aku ni lembut sangat kot. Takpun aku ni jenis yang tak suka memaksa orang. Gitu ey?? Maybe ade hikmah nye kot..hohoho Aku bukan nak hina/kutuk member group aku, cuma terkilan je. Aku je yang beriya2 kot. Silap aku agak nye tapi tak tau kat mane. Apapun aku mintak maaf. TerEMOSI pulak hari ni. hohoho I'm sorry. Honestly, aku tak benci korang, tapi BENCI perangai korang. I'm sorry. :(

 "Sabar je, nak. Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang.." tu je yang aku dengar dari mulut mak dan arwah nenek aku. Aku still pegang kata2 tu. I love you, mum. I miss you so much, grandma. I wish I can see you..

sekian
assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment