Tuesday, February 28, 2012

I'm Proud of You!

Bukan nak citer pasal aku pon entry kali. All about my sister, Intan. :)

Aku hanya tahu yang dia sukakan seni. And aku sedar akan revolusi dlm diri dia.
Dari sebatang pensil 2B ke papan kekunci laptop.

Dari sekeping kertas ke software2 adobe.


Yup, she grows up very well. I'm happy with her.
Nampak sangat aku jauh betul dari dia sejak aku masuk asrama dulu. 
Banyak benda yang aku kurang tahu dari dia.
Besar dah dia rupanya..hehehe

Yang buat aku bangga ialah...ini...




she try to make some t-shirt. That's great,dear!!!
You can make money from that. And you have a possibility to do such things like that.
by using the art, software, creativity and those ideas, you may change your life. 
trust me.

In FB, orang boleh tengok sejauh mana kreativiti dia menghasilkan 1 karya.
She's diehardfan of My Chemical Romance

Seiring dengan album baru dorang yang berkonsep alter-ego or "Art is the Weapon."
Memang kena la dengan diri dia tu. hahaha
Kat group ni byk art dia orang puji :)
MCRmy Malaysia
Join la sekali!

antara art yg dia hasilkan.....

 sempena video MCR "Sing it For Japan"




Menarik kan?? ada banyak lagi. Even aku pun duk mrangkak lagi dalam bab mngEDIT ni hahaha Bukan MCR je, Avgd7 pon ade.
She's amazing girl!



Yup i'm totally proud you, my dear sis :)
Apit doakan segala impian yang Intan nak, dipermudahkan dan tercapai..amin
InsyaAllah..
Keep it up!!!!!

Sunday, February 26, 2012

Keluar sangkar!

Yahooooo!
Hari ni aku terasa macam keluar dari sangkar. Hahahaha. Macam aku ni kena kurung pulak. Takde la. Aku just dapat keluar pegi jalan-jalan ke Ayer Hitam. Sesetengah maybe kata takde pape yang special kot kat sana. It's okay. Aku just nak makan angin kat sana. Jalan-jalan. Lagipun ada pasar minggu hari ni. hehehe So aku pun pergi la bersama-sama sahabat aku. Sahabat aku tu la jadi pemandu pelancong. Hahaha Maklum la orang mana biasa tempat macam ni. Nama je duduk Johor dah lama tapi tak tau apa. =_="

Tepat 3 ptg gerak ke sana. Hari yang sangat panas la kata kan..hohoho Panas panas. Sampai Ayer Hitam tu, terus sahabat aku bawa aku 1 pasaraya. Kata nya lagi murah dari Wellward Parit Raja. Pergghhh apa lagi try masuk. Well most of them boleh dikatakan murah la. Aku pun dah kehabisan sabun dan syampu mandi, so aku capai la mana yang okay :)

Selesai di sana, kitorang terus ke tempat yang ada jual anak patung, pasu, bakul, cenderamata dan sebagainya tu. Motif aku masuk kedai macam tu sebab aku nak belikan hadiah untuk budak comel yang kat rumah tu. Birthday dia yang tak lama lagi. 4 tahun sekali je datang birthday dia. Kesian kan. Birthday yang pertama selama 4 tahun ni. hehehe


Izzah si kecik yg nakal! hahaha

I GOT IT! hehehe 

tak tau mane satu yang dia nk so beli la dua jenis. hehehe kalo ada duit banyak memang aku beli semua jenis yang ada. Sabar je dulu eyy. hahaha

Pastu kitorang pegi makan lak. MEE BANDUNG MUAR. Tu menu kitorang utk lunch hari ni. hahaha Nak merasa la pulak. Hmm.. sedap and beza dgn mee bandung yang biasa. Anda patut mencuba. (saje promote) hahaha

Time makan tu la hujan. Adoi. Dah la lupa bawak topi. Naseb baik la sahabat sorg ni ada payung. So sekali je la. hahaha Ontheway ke pasar!

Pasar dia serius besar. Macam2 ada. Naseb baik la hujan, kalo tak memang ada je aku angkut ke UTHM karang. Alang2 nampak orang jual topi aku pon beli la 1 utk kepala aku blindung. Takkan nak mengharapkan payung dia je. Kesian la kan. Kat pasar ni dia beli buah epal, tak dapat nak mrayau jauh2 sebab hujan makin lebat. Hari makin suntuk pulak. So terus ke terminal bus.

Dalam pukul 6 ptg tu baru kitorang sampai di UTHM. Hujan still lebat. Memang basah la masing2 hahaha Apepun terima kasih kepada sahabat yang sanggup temankan orang jalan2 hujung minggu ni. Banyak benda yang aku belajar dari dia hari ni. Thanks tau!!! 
^_^

Sekian, assalamualaikum..

Saturday, February 25, 2012

Comey tak??

Comey tak?? ape punya title la ko letak ni..hahahahaha tak de kaitan pon dengan hari ni punye entry hahahaha nak share  ape yang aku buat sampai pukul 5 pagi lepas tgk bola UTHM vs UM..

Montaj video edited utk AKS.. bukan Anugerah Kesenian Sastera. tapi Akidah Ketuhanan dan Sains hahahaha

intro+ending hazz yang buat..agak menarik gak la..so aku edit je yang bhgin pertengahan dia :) hahaha pakai redah je la.. amek gmbr mane2, edit, tulis name, then letak dlm video tu. hahahaha simple kan? takde buang masa nnti.. hahaha
antara gmbr2 yang aku edit ialah  >>>>









any comment or idea?? aku pon takde idea sgt malam time aku buat ni..so aku main buat je..hehehe

tunggu je la malam AKS tu nanti macam mana rupanye nnti..hahaha 
see yaa there :)

sekian, assalamualaikum...

Friday, February 24, 2012

Heya-mate

My 'heya-mate' routine

7pg : bangun tidur, g kuliah

10pg/12tghari : habes kuliah, makan, laptop, game, on9, maggi, movie

5ptg/7mlm : tidur jap

8.30mlm/9mlm : bangun balik, laptop maggi, game, on9, tidur, 

1pg/2pg : x bley tidur, game, on9, then tidur...

begitu la rutin hidup dia yang aku boleh konklusikan daripada pemerhatian selama 2 bulan. Tu baru time hari yang ade kuliah. Time cuti? jangan mention la kan..dengan memekak lagu2 pelik, game yang tak habes2. duk "klik..klik..klik.." Kadang2 tu sampai ganggu aku solat/tidur pon ade. haiihhhh Solat? Hmm..honestly aku terasa yang aku sorang je yang ada tuhan dalam bilik tu. hohoho. Dah la aku sorang je yang bawak sejadah. Aku tak pernah melarang pun sape2 nak pinjam sejadah aku. Hmmm.. pandang sejadah aku macam pandang tikar getah je.. langsung tak pernah sentuh sekali pun. Apatah lagi Solat Jumaat. Tak pernah aku nampak dia kat masjid or bersiap2 g masjid. Maybe la aku g masjid awal sgt agak nya..(still positive to him) Yang dia cari dulu, laptop dia..apa yang dia pentingkan dulu, game dia..Bukan keredhaan Yang Maha Esa yang dicari/dipentingkan..

>>> Bak kata orang, JANGAN ISLAM DALAM KAD PENGENALAN JE.
Depan mak bapak, pijak semut tak mati, mcm anak tok imam..belakang mak bapak kita? kita jadi ape? kalah yahudi...

kpd sahabat2 sekalian..kita kat dunia ni smentara je, seimbangkan dunia dan akhirat. Kita di dunia ni mencari bekalan untuk di akhirat juga. Nikmat yang kita dapat di dunia ni kita boleh tafsir menjadi 2. sama ada REZEKI atau UJIAN daripda Allah SWT. 

p/s:  >>Jangan sampai bila segala kenikmatan di dunia ditarik balik, baru kita cari Allah S.W.T.
>> 'heya-mate' (japanesse) = room-mate


Sekian..assalamualaikum

Thursday, February 23, 2012

Selesai sudah..

Alhamdulillah segala assignment sudah siap dan lengkap..hohoho lega aku rase..tinggal nak present Akidah Ketuhanan dan Sains je..tu aku tak kesah sangat macam presentation Tech. Communication hari tu yang memerlukan kepekaan Bahasa Inggeris yang mantap lagi unggul dalam pertuturan time present. Iyyosha!!!


Well kebanyakan tugasan memerlukan kerjasama kumpulan. Teamwork la kata kan. Tapi sayangnya, hampir semua tugasan aku yang buat sendiri. Takde la semua tugasan macam tu. Ada la gak yang membantu. Team je ramai. Yang buat nya sorang dua je. Pastu dah siap semua tugasan tu, yang tukang buat tu tak bising, yang duk goyang kaki tu yang bising melebih. Banyak songeh ko. Buat sendiri la kalau nak perfect sangat. Group leader entah ke mana, tugasan pun entah ke mana. Memang kalau boleh tu, aku ni group leader, aku sorang je la ahli nye. Tengok kat front page ramai ahli. Mane yang lain? Bila aku tanya sorang2, semua blur, semua tertanya2, "ada kerja ke?" Kalau aku tanye tu, respon dia tertarik nak tahu lebih, pastu tanya apa tugas kena buat, takpe gak. Ni duduk lagi, buat hal sendiri, ngadap laptop, main game, online, chatting, merayau entah ke mana. Bila dah due date, mula la tanya kerja. Konon takut orang kata tak buat kerja pulak kan. Hmm.. takpe la.. aku paham sangat. Bila aku nak buat kerja tu, aku ingat ade la yang nak support ke, bagi idea ke tapi aku mcm cakap dengan tunggul je. Paling teruk pun kena kutuk. Takpun kene "Boooo..." haihhh Yela. lagi pun aku bukan jenis yang aktif macam member2 yang lain. Keluar sana, keluar sini. So aku je la yang berkelayakan nak buat semua benda tu. Yela, dorang kan penat dengan aktiviti masing2, takde masa, ade tu la ade ni la. Aku pulak? Memang ade je masa pulak kan. Aku nak teamwork. Bukan aku sorang je.

Hmm..nak mrungut panjang pun tak guna. Tak baik merungut orang kata, bersabar dan bersyukur saje. Dari sekolah lagi aku dah kena macam ni. Kat U pon still ada lagi. Maybe aku ni lembut sangat kot. Takpun aku ni jenis yang tak suka memaksa orang. Gitu ey?? Maybe ade hikmah nye kot..hohoho Aku bukan nak hina/kutuk member group aku, cuma terkilan je. Aku je yang beriya2 kot. Silap aku agak nye tapi tak tau kat mane. Apapun aku mintak maaf. TerEMOSI pulak hari ni. hohoho I'm sorry. Honestly, aku tak benci korang, tapi BENCI perangai korang. I'm sorry. :(

 "Sabar je, nak. Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang.." tu je yang aku dengar dari mulut mak dan arwah nenek aku. Aku still pegang kata2 tu. I love you, mum. I miss you so much, grandma. I wish I can see you..

sekian
assalamualaikum..

Wednesday, February 22, 2012

Mungkinkah ianya.....

Mungkinkah Terjadi

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi

Band : Spider
Ciptaan : M. Nasir



p/s: mggu ni busy..takde idea..so aku letak la lagu time aku sekolah dulu..hahaha layan..ade kaitan dengan aku ke lagu ni?? tettt...mungkinkah??? hahaha jiwang derr


Thursday, February 16, 2012

Suka Duka Kita, Kami, dan Mereka..



Lagu ni khas utk buat mereka yang lakukan pengorbanan kasih..cewwaaahh..hahaha Lumrah Manusia memang begitu. Ada baik Ada buruknya. Keluarga, saudara, Sahabat, mahupun Kekasih.

Mungkin suka duka hidupku
Sama dengan hidupmu
Lalu kau pun terasa dekat
Dengan diriku ini

Bukan aku tak menghargai
Apa yang kau korbankan
Tetapi ku sedikit kesal
Atas sikapmu kasih
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

Kerana kau yang menangis
Kau mahu ku bersedih
Pabila kau bergembira
Aku pun kau biarkan

Kalau debu mana pun debu
Sekalipun dilangit
Aku manusia biasa
Penuh cela dan silap
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

lagu: Suka Duka Kita
ciptaan: Rustam Mustapa

p/s: "Hari ini aku,kau rindu, esok mungkin kau benci. Kalau cinta benar kau cinta, pahit pun rasa manis.." - Allahyarham Loloq

Wednesday, February 15, 2012

Just stop it

Hmmm..baru aku perasan la perangai or sikap manusia yang suka berdendam hanya disebabkan cemburu. Tettt..(ada pengalaman ke bang??) Sebagai contoh la, aku ada perasan sorang mamat ni (tak penah kenal pun), bercinta dengan mambang dia bagai nak rak.. date sana date sini.. ayat2 casanova..cewaahhh. Bila dia break, perghhhh frust dia.. mcm baru hilang jari kat tangan derr..sedih sana sedih sini.. post kat wall fb, ayat2 nak kasi nangis je~ Pastu mule la rase kekosongan dalam diri. Kononnya la. hohohoho Pastu 'in relationship with.." la dengan orang lain. Semata-mata nak buat EX-girlfriend tu jealous. Tettt... Konon nak tengok reaction si ex tu la..haihhh

Bg pendapat aku la, lelaki macam ni memang tak patut jadi suami la. Nak tau sebab apa? Sebabnya ialah:
1. Bercinta pandai tapi tak reti jaga hati orang.
2. Bila frust, macam PONDAN! (soryy, kasor bonar lak ai..hehehe)
3. Suka mainkan perasaan perempuan.
Boleh dikatakan banyak lagi aku nk komen pasal mamat sorg ni tapi aku amek yang 3 utama je la kot..yang (1)/(2) tu kalau dah pandai bercinta tu pandai2 la jaga hati masing2, jangan la buat hal. karang ada yang menangis la, tak boleh fokus la, ape la..haihhh macam2..yang (3) tu lak, semata-mata nak buat ex tu cemburu, couple dgn orang lain. Kesian MINAH yang baru couple dgn mamat tu. Dia dah jadi macam alat permainan dah. Buang masa jela si minah tu sangkut kat mamat tu sebab anda DIPERGUNAKAN. ish3. kesian perempuan tu. Si ex tu pulak nasib baik la tak rasa apa2 (iyela tu..kan hehehe) Tipu la tak rase cemburukan. tak pasal2 aku jadi tempat si ex ni mngadu ye..tettt..kenapa kau tak ngadu kat Tuhan je masalah ko tu? 
Kepada si mamat tu, pleeeaasssseee stop being HYPOCRITE! Jangan suka-suka je nak mainkan perasaan orang. Lagi-lagi perempuan. haihhh.. Tak guna la nak marah2 sebab dah besar kan..sendiri pikir la kan. Jangan pandai bercinta je tapi tak pikir risiko. Be matured.

*tibe je..hahaha

Nak bercinta tu boleh, lgpun tu kan fitrah manusia tapi kena la tau batasnya. Bercintalah apabila berniat untuk nikahi dia.
sekian..assalamualaikum

Friday, February 10, 2012

The Kids From Yesterday


And now this could be the last of all the rides we take
So hold on tight and don't look back
We don't care about the message or the rules they make
We'll find you when the sun goes black

And you want to live forever in the lights you make
When we were young we used to say
That you only hear the music when your heart begins to break
Now we are the kids from yesterday

All the cameras watch the accidents and stars you hate
They only care if you can bleed
Does the television make you feel the pills you ate?
Or every person that you need to be

'Cause you wanna live forever in the lights you make
When we were young we used to say
That you only hear the music when your heart begins to break\
Now we are the kids from yesterday

Today, today
We are the kids from yesterday
Today, today

We're young, the world stopped breathing
Yeah, we left 'til your heart stops beating
We are the kids from yesterday
Today

'Cause you wanna live forever in the lights you make
When we were young we used to say
That you only hear the music when your heart begins to break
Now we are the kids from yesterday
We are the kids from yesterday
We are the kids from yesterday
We are the kids from yesterday
Today, today


Setelah 7 tahun meghilang, kini ia kembali :(


CRAMPS!!!!! Aaarggghhh!!! Serious aku tak suka =_=" Aku ingat dah hilang cramps ni tapi ada balik.. Bukan cramps biasa. Cramps 'Berfasa'..pelik pelik..

Petang tadi main badminton entah macam mana la aku boleh cramps ni. Padahal dah jogging before main tu. Betul2 time aku smash bulu tangkis tu terus rebah betis kiri aku cramps.. Nasib baik ada Elyas. Dia tau la gak nak handle hal macam ni. Dah lama tak kena. hehehe Pastu okay dah.  Boleh jalan. Main piring terbang pulak. Ada la hamba Allah ni pegi baling piring ni tinggi tinggi. Aku lompat la (tak sedar kaki tu baru cramp). Sekali pakej aku dapat. Dapat piring tu and dapat cramp lagi. Tapi bukan kaki yang sama kaki kanan pulak. Pergghhh ni lagi sakit dari tadi. Elyas juga yang tolong. Thanks! Kali ni aku jalan macam pakai kayu kat kaki. Err..pelik. Memang gelak habes la si Mariam ni tengok aku jalan pelik. =.="


Last aku kena benda ni tahun 2005, time aku darjah 6,wakil sekolah main bola baling. 3 kali aku cramps. Time match Quarter Final, Semi Final dan match Final. Time Quarter Final tu aku cramps sebelah kiri. Ntah macam mana boleh cramps aku pon tak tau. Padahal aku dah warming up sekali dengan team aku. Kali kedua pulak time semi-final. Team aku mmg confirm dah masuk final time tu gak la sebelah kanan pulak yang cramp...haihhh Macam macam. Last2 minit boleh cramps sebelah kanan. Aku pikir pasni dah takde dah. So aku carry on la time final lak. Coach pon dah warning kat aku, jangan guna terlalu banyak pergerakan. Okay then. Aku ikut je. Haa time kat depan gol sape boleh kawal diri nak lompat, so lompat la mcm biasa. Dah lompat terus aku menyembah bumi tak bergerak. Mampu tahan sakit yang perit kat dua dua kaki yang langsung tak boleh bergerak kekejangan. Adoi. Memang kene usung keluar padang ar. Down aku tak dapat main. 


Lebih kurang macam tu la tragedinya. Effect daripada tu aku tak boleh duduk bersila lama. Kalau tak, kebas memanjang. So jangan tanya la kalau aku sopan sangat bila duduk makan kat bawah. Orang duk bersila ko duk bersipu yee..hehehehe Terpaksa maa...


video ni la adegan tadi :D 


Aku Cramp!!!


p/s: to Elyas, thanks again!!!! yoko-yoko~
Sekian
Assalamualaikum

Wednesday, February 8, 2012

My new blog's name!

HAHAHAHA rasa pelik pulak nama blog dulu (baru sedar) So aku tukar daripada "Aku Adalah Apit" kepada "The Kids From Yesterday".. Actually ni nama lagu. hehehe Amat bermakna lagu ni bagi aku. Tettt..aku je..hahaha Nama je yang tukar tapi penulis nya tidak. hehehe So apepun enjoy the story :)

sekian
assalamualaikum..

my friends in last physics lab :)

peace V^_^

Siapa tahu apa itu AMAN?? Hmm..kalau ikut kamus la maksud aman ialah bebas daripada keadaan kacau-bilau (seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan, dan sebagainya), sentosa, tenteram. Keamanan pulak keadaan yang bebas dari kacau bilau, sentosa dan tenteram.

Dalam bahasa inggeris dia, PEACE. Menurut wikipedia, the meaning of peace;
Peace is a state of harmony characterized by the lack of violent conflict. Commonly understood as the absence of hostility, peace also suggests the existence of healthy or newly healed interpersonal or international relationships, prosperity in matters of social or economic welfare, the establishment of equality, and a working political order that serves the true interests of all. In international relations, peacetime is not only the absence of war or conflict, but also the presence of cultural and economic understanding.

Amek ko. hehehe harap korang paham. Aman tak semestinya dikaitkan dengan peperangan je. Keadaan kita pun kita boleh kenalpasti aman atau tak. Cuba anda classification kan situasi diri anda sekarang. Aman atau tidak? Kalau yang aman tu bagus la. Bagi yang tidak aman tu, cuba anda fikir sejenak. Jikalau berlaku peperangan, apa puncanya tidak aman? Bagaimana pulak nak mengamankan mereka?
Jawapan yang anda fikirkan mesti rundingan damai kan? Hehehe Yup totally correct. But rundingan tu mesti ada bukti yang menunjukkan mereka ingin berdamai. Buat perjanjian. And DEAL! Laksanakan dan maka aman la kedua-dua pihak. 

Macam tu jugak la dalam perhubungan manusia. Gaduh sama la macam perang. hahaha. Dalam pergaduhan, anda cuba fikirkan sejenak (kalau sempat la), adakah benda tu serious sampai nak bertekak giler2? Apa puncanya? Jalan penyelesaian selain bertekak? Hasut orang tu hasut orang ni, puaskah?


Apakata duduk semeja runding bersama. Tapi sebelum itu, tunjuk bukti yang menunjukkan masing2 inginkan kedamaian. Anda JANGAN berterima kasih terlalu AWAL. Sebabnya, pihak lain mungkin lukanya belum terubat atas apa yang anda lakukan. Jadi buktikan dulu yang anda betul2 mahukan kedamaian demi kebaikan kedua-dua pihak. Dah settle? Then baru buat rundingan damai.(ala-ala menteri la pulak kan =.= layan..) 
Time tu cakap tu biar betul sikit.Ingat. JANGAN sesekali taburkan janji yang berbagai sampai anda sendiri tak boleh kutip. Minta maaf. Saling menasihati. Terima apa yang dikata. Selitkan 'minta maaf' dalam setiap pertuturan.(jika perlu je) Then, putuskan kata akhir dan salam. (salam ukhuwah lagi bagus rasenye) Dan, JANGAN ulang lagi kesilapan yang sama.
 

Buang yang keruh ambil yang jernih. JANGAN terlalu awal berharap yang ianya akan kembali seperti biasa. Tapi berdoalah agar segalanya berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan. Orang kata, setiap perhubungan ada keistimewaannya. Terutamanya hubungan Persahabatan. Air yang dicincang takkan putus. Yg baik itu dtg daripada Yang Maha Esa, yg buruk itu dtgnya daripada diri ini yg lemah. Aku maafkan kau.


But remember, in nature of human life, once there is a love, don't forget the hatred. Don't ever let the hatred control themself because of you. The cure of hatred sometimes can be a love and sometimes can be a revenge. It's reminder for me and all my friends. Wallahu'allam.

 
Sekian..
Assalamualaikum

Monday, February 6, 2012

untitled

okay straight to the point, i hate him more than i thought. Kepada siapa2 yang tak tahu citer sebenar jangan buat persepsi terlalu awal. Please. Setiap kali balik umah, ade je yg tak kena. ergggh. Lagi2 dia yang berlagak hebat tu. Konon semua yang dia cakap tu betul and semua kena ikut. 
Pada awal aku sokong dia kata dia nak berubah so dia dah janji. Aku support segala dari belakang. Tapi dia still tak tunjuk apa2 perubahan lepas cuti tahun baru. Mula tu aku still sabar, yela orang nak berubah bukan time2 tu gak berubah. So aku bagi peluang lagi. Aku pon buat mcm biasa. Always positive about him. Tapi lame2 dia makin melampau pulak. Makin menjadi pulak budak ni. Terutama bila dah ada orang sokong dia. Amboi, tunjuk 'act' ko eyy. hohoho Bila nak buat kerja sama2 dia paksa2 orang. dia buat ape? mengarah je kerje nye. Pastu semua kena ikut, semua nye betul pdhal x betul. Bila dah salah, salahkan orang lain. Bagus punye leader! Semua dia nak push orang. Sengal ubi! Bila orang tegur x nak dengar pulak. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. derr.. seriously kau sampah! Aku dah bagi ko peluang, ko pijak kepala aku. Macam ni kawan? Bila terdesak baru cari aku? tak kesah la member lain nk pandang serong kat aku bila aku benci sgt dia sebab dorang tak tahu citer sebenar. Aku dah tahu and dah nilai diri dia dari awal. Kau mengingatkan aku kat member yang rapat asalnya tapi member yang aku paling benci dulu. Aku taknak pisang berbuah 2 kali.

Be a leader is not just give the orders. Since in team, there's no leader. All in same standard. Workers. Together. Teamwork. Bukan bagi arahan pastu goyang kaki. Aku tahu aku sape. Aku tak ckup kuat nak kata2 berdepan karang ada yg malu ada yg hipokrit, cukup sekadar aku ubah sikap aku terhadap ko. Ko bukan budak kecik lagi. Kena paham sendiri. 

p/s: rintihan member yg datang terjah bilik aku -_-" konklusi dia, jangan bila dah sesak kita baru nampak kawan, bila dah beri peluang, kita aniaya dia..JANGAN begitu kawan2 ye.. sorry kalau terasa same dgn diri anda. Sekadar pedoman. :) Taknak hilang member. Minta dijauhkan. InsyaAllah.

Syukron,
Assalamualaikum...

Amaterasu!!!!! 
*tibe XD

A gift from Nevada!

Untung tak untung ar kan balik time cuti ni...kadang2 boring gak duk umah lame2 kalo tak buat kerja ni...tapi hari ni lain sikit..aku baru tahu saudara mara aku pegi bcuti di luar negara beberapa hari lepas, and then dorang balik pagi tadi. So abah aku pegi la jemput dorang kat KLIA. Aku tak tahu dorg bercuti kat mane tahu2 je dah dapat buah tangan dari dorg. WAAAAHHHH..L.V. mari~~ Las Vegas! Macam2 dorg beli kat sana. Abah aku kate 5-6 beg dorg bawak balik td. =_=" banyaknyaaa~ Apapun THANKS grandpa! Thanks grandma!! I love you!!

Chips and chocolate dari LV...yg HALAL k. bukan ni je ade byk lg
hehehe

haa...keychain tu..

Thanks again!!!! Tu la kalau orang rajin usaha pendapatan nye lebih. Saudara mara aku hampir semuanya org berada. Sebab dorang rajin berusaha. So aku pun cuba menjadi mcm dorang gak. Nak tunjuk kat parents aku yang aku pon boleh jadi mcm dorang. Merantau jauh2. InsyaAllah :)

Welcome to Las Vegas, baby!!

Sekian
Assalamualaikum..

Friday, February 3, 2012

Besar perjuangannya selama ni..


Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

song title : Rasulullah
song by : Hijjaz

p/s: bila aku dengar lagu ni and bila aku baca balik segala sirah Rasulullah, honestly terasa sedih dan terharu terhadap perjuangan junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Banyak dugaan yang Baginda dah lalui semata mata ingin menegakkan agama Islam di mata dunia. Subhanallah. Akhlaknya terlalu istimewa. Sabar dengan segala ujian. Hayati la sirahnya..tak pun, dengar la lagu ni dan perbanyakanlah selawat ke atas junjungan kita Rasulullah SAW :)


Selawat ringkas:


Selawat panjang:



-Salam Maulidur Rasul-
Sekian, assalamualaikum..

Midnight @ UTHM Library

Ni pengalaman first aku kat UTHM, stay up kat library UTHM yg terBESAR di Asia (promote skali) hehehe Semuanya start bila member ajak buat assignment evaluation fizik. So aku on je :))

Plan ingat nak stay sampai subuh, so masing2 bawak la bekal..ingat bawak botol air besar je. Rupenya mcm dah nak pegi berkelah dah. Biskut 1 plastik, kerepek paket besar, roti dan jam strawberry. Hahaha


Elyas, aku, akmal, aiem dan wan..
Ni gmbr dr member aku, Paan (aku kat sini)..

Sampai kat library tu, mula2 tu saje la kan main game, on9 fb, tgk kamen rider, tgk movie, blogging, pastu baru sambung kerja.. Tapi lain yang jadi nye..paham2 je la kan..hanyut semuanya..ade yang dah tido ade yg sambung main game..ade gak yg blogging memanjang..hahahaha ntah bile la nak siap keje tu haihhh.. =.="

Sudah selamat kawan2 ku ni belayar dalam mimpi...hehehe


Muke mcm rajin buat assignment tapi sorry la sape yg pkir mcm tu, baik tarik balik kate2 tu, dorg tgh buat benda lain sebenarnye..hehehe


Brother ni, baru nak berjinak2 dgn blog lepas tgk member2 dia aktif dgn blog..hahaha


tgk hindustan beb..hahahaha

Apepon paan ade buat ckit psl assignment tu, smpai la subuh kitorg solat kat surau bawah then balik ke hostl sambil bernasyid..maklum la tgh minggu maulidur rasul :)

sekian
assalamualaikum...