Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri yang mulia~

HAH?! Dah raye?! Laaa..ramadhan dah habes la ni...cepatnye..
Hmm..ramai orang kate raya tahun ni tak semeriah raya tahun sebelum ni. Ye ke?? Maybe sebab kebanyakan orang dapat cuti raya seminggu je kot. Hahahaha. Tak pun sebab raya tahun ni di tengah tengah waktu kesibukan. Ataupun bertindih dgn tarikh kemerdekaan. Hahaha. Rasanya tak. Sebab Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam yang telah berpuasa sebulan smasa di bulan Ramadhan. Org yang terasa nikmat/bahagia di hari raya ni selalunya org yg berpuasa penuh di bulan Ramadhan dgn penuh keikhlasan. Hehehe. Oppss. Sorry sape yg terasa.


Bagi aku raya tahun ni ala kadar je. Ade baju dan kuih dah cukup terasa raya. hehehe. Aku dapat cuti seminggu. So aku pun same la mcm org lain. Seminggu pun cukup la janji balik raya. hahaaha
Baju raya?? Hmm..malas nak fikir, mak je la yang pilih..aku pakai je..hehehe haa..dapat 2 pasang..ok ape..
Kuih raye? Ahh..takde mase nak buat..Kuih 'tunjuk' sempat la kot. hehehe

Raya tahun ni kat Temerloh, Pahang. Tak lame. dua malam je. So 29hb Ogos aku dah bertolak dari rumah. Lepas subuh je terus get out dari rumah. hehehe Nak elak kesesakan la kata kan. Memang jalan time tu smooth je. Tak sesak. Tapi sampai je pekan Temerloh, SESAK!!! Maklumlah jualan penghabisan stok raya. Hahaha Memang aku dah malas nak round time dah sesak ni. Mak cari barang jap kat pekan tu. Dah dapat benda yg dicari family aku pon cabut la dari pekan tu. Sesak woo. Sabor je la.
Sampai kat rumah nenek. Aku penat. Sampai je aku terus landing kat depan TV. hehehe Padahal bkn aku yg bawak kereta tadi. tapi memang penat la. Sedar sedar dah nak berbuka dah. hehehe 
Dah habes buka puasa, mandi pastu duduk depan TV. Tunggu depan pengumuman raya. Tak sabar la! 
"Di bawah duli-duli......bla...bla...dengan ini mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 30hb Ogos...." 
WHAT??! ESOK RAYA!!!! Hahahaha Time ni banyak msg kat hp aku, email, FB semua penuh dgn msg raya. Ade yang kelakar ade yg sedih ade juga yg pelik2 msg raya yg dorg bagi..hahaha macam2. sampai habes bateri hp aku msg raya penuh je.

DAH RAYA....pagi pagi lagi mak dah kejut. Adoi malasnye bangun! Sejuk pulak tu. Ni yang buat aku lagi malas nak pegi mandi. Air kat kolah tu jangan cakap la, kalo buat air sarsi sejuk maybe sedap kot. bllrrrrr....
Dah mandi, ape lagi aku sarung ar baju raya aku. tak sangka muat baju tu. Yela mane la org ade time beli baju ni. Mak yang pilih. hehehe Lawa.

Dah siap!

Hmm... tema tahun ni PURPLE! Nasib baik tak pink. Adoi. memang aku tak pakai kalau baju tu warne pink. 1 family purple. ahahaha. Mak kate warne ni same dgn warna baju raya PM Malaysia. Perrggghh..tak agak. Mule mule tu memang tak percaya. Sekali keluar time ucapan raya oleh PM, memang betul PM pakai baju purple. Cayalah mak. hahaha. Sarapan! Makanan yang aku suka, favourite la katekan iaitu SEMUR(ayam masak kicap) memang sedap bile makan dgn lemang. hehehe. Mcm biase la pergi solat sunat aidilfitri. Dah selesai balik rumah pastu sesi salam bersalaman pulak. Semua family ade. Budak2 suka la dapat duit raya. hehehe Aku pun dapat gak! hehehe Eee! Seronok! hahaha

salam dengan nenek

bergambar dengan family

bergambar dengan semua yang ade

Habes je sesi bersalaman, tahu2 je orang dah datang ziarah. Mak ai. Timing baik punye~ hahaha Tak putus putus pulak tu. Memang haru la. hahaha Takpe. Layan. Kalau tak rzeki tak masuk dek. Family aku tak de lanak pegi beraya jaoh jaoh, dekat dekat je. Area perumahan nenek aku jugak. hehehe. Sempat la gak kutip duit raya. Dpat gak walopun dah tua bangke ni. hahaha.

pegi beraya jap..

Raya keDua aku pulang ke Nilai. Sebelum tu singgah pusara Atuk. Atuk aku yang aku tak penah sempat tgk mukanya. Sebab atuk meninggal dunia pada tahun aku lahir. Abah bersihkan kubur tu kejap. Setahun sekali je datang. Mcm family aku je yang datang lawat pusara atuk tu. Sedih gak bile tgk. Pastu singgah ke rumah nenek sedare kat Gombak. Memang best la. Sebab orang baru dapat cucu. Baby! Comel! hahaha. Makan makan borak borak then balik...


Apepun kat sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang kenalan. Yang lame dan yang baru. Yang jauh dan yang dekat. Sahabat handai. Saudara mara. Serta followers2..salam aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..
Kalo balik raya lagi tu hati hati di jalan raya k! Yang tgh makan makan tu, ingat ingat la ckit kat orang ni haa...hahahaha sekian..
SEE YAA NEXT TIME!

No comments:

Post a Comment