Friday, April 6, 2012

Kacap Terlabik (Cakap Terbalik)

Kalau anda yang baca lirik ni dan anda dapat terjemahkan/faham maksud lirik ni, anda memang seorang yang hebat. :)

Kucing Siam

Kucing Parsi
Kucing mana-mana pun bulat mata
Nampak ikan
Lupa segala

Kutu buntil
Kutu butik
Kutu mana-mana pun jadi goyah
Nampak gincu
Mula tergoda

Jangan engkau kata
Engkau tak serupa

Amalak kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Suling Timah
Suling Emas
Suling mana-mana pun sama rasa
Tembak Asap
Kapal berlayar

Butang salut
Butang Plastik
Butang mana-man pun sauk saja
Janji lekat
Baju seluar

Jangan engkau kata
Engkau tak bahagia

Amalak
Kacap Terlabik
Kau gempak
Kacap Terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Lepas engkau makan
Engkau cungkil gigi
Tengok cermin dan suluh diri

Lagu : Tam
Lirik : Allahyarham Loloq

Spider

Wednesday, April 4, 2012

Ya...saya ngaku..

"Ya, saya ngaku yang saya serius dengan dia. Kenapa? Tak puas hati? Kalau tak puas hati jangan la buruk2 kan dia kat orang lain. Jangan terkejut kalau aku bgtau ko yang aku dgn dia dah SAH. Ni la orang Malaysia. Suka sangat judge yang negative daripada positive. Tak pernah nak pikir panjang. Nak tuduh kat luaran je. Dalaman langsung ko tak tahu. Main serbu je.."

dialog kawan sendiri gaduh dengan aku 3 tahun lepas. Still ingat. Sebab apa? Because I'm proud to be a Malaysian :)

Saturday, March 31, 2012

Boleh ke tak boleh??


Boleh ke tak boleh kita jadikan Rasulullah itu sebagai IDOLA?
1 persoalan yang lama membelenggu dalam kepala aku dari aku sekolah dulu. Idola atau Inspirasi?
Aku pun tak bape ingat time tu tp still menjadi persoalan bg aku. 
sebab dulu seorang ustazah pernah bertanya dalam 1 kelas, "Siapakah idola pelajar sekalian?"
Ramai dikalangan pelajar menjadikan tokoh-tokoh mahupun selebriti terkenal menjadi idola mereka. Dan ada juga menjadikan Rasulullah sebagai idola. Ustazah tu pun tanya lagi, "Rasulullah jadi idola kamu?"
Anda yg baca ni jangan salah anggap pula t'hadap ustazah tu.
Ustazah tu kata "Bukan tak boleh jadi idola, tapi apabila Beliau dijadikan idola, beliau seperti sama taraf dengan idola seperti selebriti/artis/ahli politik yang lain. Walhal Rasulullah amat tinggi tarafnya."
Itulah pendapatnya tentang idola.

Dari situ la aku confuse. Selama ni aku hanya menjadikan Rasulullah sebagai inspirasi dalam hidup aku. Adakah itu salah? Kalau ada siapa2 dapat membantu aku, sila tinggalkan pesanan di bawah. Harap anda dapat membantu aku yg dlm kemusykilan ni. Terima kasih.

Sekian
Assalamualaikum..

Monday, March 26, 2012

Bye semester 2!

Habes la sudah utk sem ni..terasa kejap kot..hahahaha
bsyukur sgt sebab semuanya bjalan lancar..alhamdulillah..cuti pon seminggu jerr..okay ar tu drpd takde cuti kan
cuti tak ber'assignment' la katekan..hehehehe
layan~~


Mari kite senyum-senyum eyyy...hehehe :)


okay la..semoge segala urusan kita di shortsem dipermudahkan agar semua berjalan lancar..amin..
honsetly aku rindu korang semua..lepas final, je semua hilang kejar nak balik umah..huhu
hehehe normal la tu..cuti kan...

sekian
assalamualaikum..

Thursday, March 8, 2012

Nice to meet you :)

Hello there friends!!! Tak sangka dah nak habes Semester 2. Cepat masa berlalu. Hehehe. Final nanti kita buat betul-betul tau. 

Before that, aku nak mintak maaf walau apepun terjadi. Member2 1 kelas. Aku rindu time sem 1. Having fun dengan korang. hehehe

Harap lepas final exam sempat jumpa. Mcm tu gak bila dah masuk short sem nnti. Walau pon same seksyen nanti tapi aku tak tau dapat jumpa lagi ke tak. Yela, dalam masa yg singkat pon macam2 boleh jadi kan. Kuasa Allah SWT. Siapa tahu kan.. hehehe








Nice to meet you alls!!!! I'm glad to be your friend. Thanks for the memories guys! kalau ada rezeki next sem, kita jumpa lagi yee.. 
Love you all laa! hahaha *over lak

Sekian
Assalamualaikum..

Wednesday, March 7, 2012

Final kembali!

Not Final Destination but Final Examination!!!!! Waaa...tibe2 seram sejuk lak. hehehehe Setelah habes 14 minggu dengan kuliah, sudah hampir jua final exam ni. Makna nya sudah di penghujung semester 2 ni. Hmm sekarang pun tgh struggle dengan study week.


Study week ni ramai yang g library, ramai gak yang duk terperuk kat bilik tido/game memanjang. Yela kan takde kelas la kate kan. Pandai2 la korang. hahaha

Korang pilih yang mana? Study smart or study hard? 
Study hard - orang yang study giler2 time last2 minit.
Study smart -  orang yang pandai urus masa belajar dia. Tak la rush or kelam kabut.

Better be smart person

Time ni gakla rasa tak sabar nak balik, walaupun cuti seminggu je nnti tapi terasa rindu nya kat rumah. Maklum la dah 2 bulan lebih gua tak jejak umah ni. huhuhu

Apapun aku doakan takdepape yg buruk berlaku sepanjang study week dan spanjang final exam berjalan. Semoga semuanya berjalan lancar. Kata-kata utk diri sendiri dan semua rakan seangkatan, aku doakn yang TERBAIK buat semua dan diri sendiri. Jawab exam tu elok2 dan buat yang terbaik! InsyaAllah...

Yeahhh!! aku bertekad nak result lebih baik sikit dari sem lepas. 
wohooo!



Sekian.. 
Assalamualaikum~

Thursday, March 1, 2012

Sayangi dia :)


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak.. ( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta )


That's my mom (middle)..
(selekeh betul aku time ni =.=")

I LOVE YOU, MAK!!!!