Friday, January 31, 2014

Tambah digit 1 dalam 20

Tanggal 30 Januari 2014 genap usia aku 21 tahun. Apa yang special kali ni? Hmmm.. Let me guess...


Yup celebrate dengan family of course. hahaha Tahun ni baru la sambut birthday dengan family tepat pada tarikhnya. Hahaha Kalau ikut tahun tahun lepas memang selalu tak kena tarikhnya. Atas sebab sebab tertentu. Kadang tu tersambut awal. Kadang sambut lewat. Biasa la. Tapi ape pun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.



Bila tengok kek yang abah beli tu teringat pulak kek yang sambut awal hari tu. Macam sama. Ahh sudahh. Hahahaha Yang sama flavor blueberry dengan buah cerry je. hee Apepun dua dua kek memang sedap!!! hee

 Sambut awal 16 Januari kat bp mall. Thanks again.
 

As usual. Terkadang ada gembira ada dukanya. Happy memang happy. Tapi sedih gak la sebab tak dapat makan kek dengan member. Baling baling tepung dan telur ayam. Miss them so much. Tapi still. Syukur alhamdulillah.

Sekian. 

 

Saturday, January 25, 2014

pengisi masa

bila tak tahu nak buat apa cuti ni, macam macam yang aku duk fikir. hadoi. setakat ni peneman masa kosong aku ialah kucing, arnab, photoshop CC dan aftereffect CS6. tu je. hohoho
ni hasilnya......




  
try berjinak-jinak buat cover photo untuk facebook. hehehe
Sebelum tu ade gak request video projek untuk student mekanikal yang buat presentation projek akhir diploma hari tu. Alhamdulillah 3 group yang request tu berjaya menjalankan presentation dengan jayanya. :)



Sunday, January 19, 2014

Sweetheart Malacca!

Kali post pasal trip aku ke Melaka bersama kakak kakak (Kak Nisa, Kak Wana, Kak Wiwi dan Kak Hana). hehehe. Idea sebelum final exam lagi sebenarnya. Dorang rancang macam nak keluar jejalan lepas habes final exam. Asalnya nak jejalan dalam Johor je. Lepas tu meleret sampat ke Melaka, Sabah, Perak, Sarawak, Terengganu. Al maklum lah itu semua PERANCANGAN. Macam aku kalau nak pegi jauh jauh ni payah sikit. Kos sara hidup pon tak menentu dik. hahaha 

Sampai la hari yang dinantikan. 16 Januari 2014. Bersamaan dengan hari Khamis. Malam sebelum bertolak tu, masing-masing duk pikir lagi nak pegi mana sebenarnya. Hahaha siap search kat abang Google kate kau. Haaa nak jejalan punya pasal. hahaha. Last-last pagi nak bertolak tu decide terus ke Melaka. So apa lagi, aku ON je. hahaha Sebab gua driver. Hehehe Macam biase aku da standby kat kolej kakak kakak ni and tunggu dorang. Siap je da turun, kami teruskan perjalanan! Yeayyy!

Actually, ni la pengalaman pertama aku pegi jauh dengan kereta jejalan sendiri. Sebelum ni ada tapi atas dasar kerja dan program je. Co-pilot masa tu Kak Nisa dan Ass. Co-pilot nye Kak Wana. Aku ingat lalu highway rupanya lalu jalan biasa je. hehehe Kalau aku ikut highway gua laju je. Cepat pon cepat jugak. Apepun layan~ then keep it on the road babehh! hahahaha

Macam biasa, on the way je confirm ada yang tido. Hahaha lepas terjaga dari tidor confirm gak ada yang lapar kan. hehe So kami pon stop makan jap kat 1 warung ni. Dia punye mee rebus PERGHHHHH layan beb. Licin gua sebat. hahaha sedap kot. Lepas makan, sambung drive. 

Dalam pukul 11 lebih, baru la sampai kat Melaka. Park kereta, then terus pegi tempat yang kak nisa nak pegi. Dalam bab ni, kak wana banyak tau tempat kat Melaka ni. Ehemm. orang selalu datang. Nak buat macam mane kan. Aku pon tak penah dating jauh jauh  ni. Oppsss. hahaha 


Tempat yang kami pegi : Perkampungan Baba Nyonya, Melaka River Cruise, Straits Chinese Jewellery Museum n macam macam lagi.

 





























 Tak lama pastu kami pun bertolak balik. Target memang taknak balik malam la kan. Kak Nisa yang drive pulak. Sebab aku pon da macam 'high' nak tidur je. hahahaha Pukul 6 kami sampai di Batu Pahat. Singgah BPmall. Nak makan katanya. Set makan kat KFC la. Ok. Aku, Kak Nisa n Kak Wiwi da duduk kat KFC tapi Kak Wana n Kak Hana tak masuk KFC lagi. Ntah mano poie ey. hahaha. Aku memang lapar ni hoho Pastu dorang pon sampai siap bawak kek. Tertanya dalam hati gak. "Kek sapo lak tu? Malam ni birthday roomate dorang agaknye." 
Suprise! It's for me laa! hahaha Tak expect pulak dorang nak sambut birthday aku time tu jugak. Time tu jugak la aku teringat yang dorang ade cakap psl nak sambut birthday tapi time tu takde dorang serius sgt. Hahaha Okay aku macam blur blur time dapat suprise macam tu. hahaha 





apepun TERIMA KASIH sangat sangat kat kakak kakak ni sebab sanggup belikan kek birthday walaupun birthday aku lame lagi. hahaha Thanks a lot sis. Guess what, balik je dari BPmall terus aku takboleh tidor. Taktau kenapa. Maybe sebab percampuran perasaan happy+sedih kot. Nanges? Ada la ckit. hahahaha

Apepun aku berterima kasih kat kakak kakak comel ni sebab bagi aku memori yang cukup indah untuk semester akhir ni. Memang tak lame perkenalan aku dengan dorang. Tapi ia cukup memberi makna pada aku. Mula perkenalan dalam hutan sampai la sekarang. Aku rasa macam aku kena bagi kredit ckit kat program Raja Zarith Sofiah la pulak. Sebab program tu la yang buat aku kenal kakak kakak ni. Hahaha

Program Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2013
(Lawatan ke Taman Negara Endau-Rompin)

They're always be my sisters. Part of my life. Love them so much. To my sis, I'm sorry if I made so much mistake in our relationship. I'm so sorry if I made you mad or cry or else.
The reason I helped them in many things, the reason I can't be angry (although they asked for it) and the reason I always said "Bole je", "On je" when they asked something is because they're my elder sisters. I treated them like my own elder sisters.


Ia ibarat seperti satu anugerah atau nikmat dari Yang Maha Esa. Sebab waktu tu aku dilanda dengan perasaan yang amat sedih dan takut. Dan Dia memberikan aku cahaya kegembiraan buat hati aku. Alhamdulillah. Kehilangan yang satu itu dibalas kembali dengan empat kegembiraan. In shaa Allah. Moga ia berkekalan. Amin.


special credit to : Kak Nisa,Kak Wana, Kak Wiwi, Kak Hana