Saturday, December 29, 2012

Campus Map UTHM

Kenali bangunan-bangunan di UTHM serta perihalnya.

Part 1/1


Part 1/2

Part 2/1


Pat 2/2

Part 3

Hasil karya aku dan kerjasama team Tugas Khas MHS Degree 12/13. Terima kasih yg tidak terhingga.



Saturday, December 22, 2012

zapin for the 1st time!

assalamualaikum..well citer ni dah lame dah..saje nak share
al kisah aku buat zapin utk 1 persembahan malam kebudayaan. BUAT PERTAMA KALI nye aku buat. Yela selama ni pun aku just tgk mak aku dgn kawan dia ajar orang berzapin je. Aku tak pernah terdetik pon nak join sekali. HAHAHA

Kali ni, Eqa yang membimbing team lelaki utk zapin. Semua pakat first time zapin. So KAYU-KAYU la semua. hahaha. Tempoh masa yg diberikan just 2 hari je. Pastu dah show. Fuhhhh boleh ke derr?? Atas kerjasama yang diberikan. Kitorg mampu! Terima kasih pada eqa dan akak2 zapin yang lain kerana memberi tunjuk ajar yg terbaik!! dan ni hasil nya.......












That's me..=_=

ni videonye....hahaha



Friday, December 21, 2012

siapa lah kita ni :(


Aku bersyukur akan apa yang aku ada. Aku tahu siapa aku. Aku tahu akan kemampuan aku. Aku tak sekaya anda. Aku tak sebaik dan sebijak orang lain. Aku tak berkemampuan seperti orang lain dan aku tak mampu nak puaskan hati orang. Tapi aku tak pernah nak rasa menyesal dan putus asa. Andaikata setaraf atau sekaya sekali pun dgn anda, yang membezakannya adalah HATI. Usaha aku. Siapa la kita, kereta/moto tak mampu, beli barang/makanan murah/lowclass. Siapa je yang pandang. Bagi hadiah/barang pun bukan ade ape pun. Bila orang mesej or call, takde respon. Kalau boleh nak ngelak. Yela. Sape la kite ni. Aku bukan sape pun. "Kau siapa? Tak penting pun.."


Maybe barangan yang aku beli itu murahan untuk aku beri kepada orang tapi KEIKHLASAN memberi itu membuatkan barangan yang murah itu sangat BERNILAI bagi seseorang. Semua tu hanya cabaran bagi aku. Pembakar semangat aku. Aku dah target apa yang aku perlu buat. Hanya tabah+sabar+usaha+masa diperlukan.

#sedih...terkilan...

Tuesday, December 18, 2012

first time ride with her!!

Pada suatu malam lepas test statistik, hujan turun dgn lebatnya......(cehhh gaya macam pelik je..haha)

Actually malam tu ada test 1 statistik. Then habes je test tu hujan turun. Aku dgn eqa jalan kaki tp aku sambil tu aku tolak basikal aku. (Takkan nk tggal dia sorang2 kat belakang) Hujan takde la lebat tapi makin nak jadi lebat. tambah2 lagi si Eqa ni nak demam. So takde pilihan lain melainkan kitorang kena balik cepat. So eqa tpaksa buat kputusan yang dia mbonceng basikal aku dan suroh aku bawak laju. aku okay je. Takut dia je terjerit2. Yela takut sebab aku yang tunggang basikal tu laju. HAHAHA 

Memang laju aku bawak. Masing2 cover kepala dengan sweater takut basah kne hujan hahaha. Syukur alhamdulillah, kitorg sampai ke TDI. Selamat sudah. And aku bersyukur sebab dia tak kena demam. 

Seriously, tu la aku merasa aku bawak dia balik ke kolej dia naik basikal. hehehe. 


Friday, December 14, 2012

Buat Kita (Seharum Mawar)

Buat Kita (Seharum Mawar)

Bagiku dalam medan cinta 
Tak siapa menang atau kalah 
Yang ada hanya rindu dan lara 
Andainya tak siapa yang beralah

Berbalah bukanlah sengketa 
Hanya rahmat Tuhan buat kita 
Supaya jadi lebih mesra 
Antara kita nanti tiada lagi 
Jurang yang memisah

(Korus) 
Demi satu jiwa 
Satu alunan irama 
Melamar kasih seharum mawar 
Demi satu jiwa 
Satu impian yang indah 
Mencipta hari yang paling sempurna

Bagiku dalam medan cinta 
Tak siapa gagah aatu lemah 
Yang ada hanya keluh dan resah 
Andainya tak siapa yang percaya

Segala punyai natijah 
Dari niat hingga gerak langkah 
Cemburu juga buruk sangka 
Sekelip mata kita terleka 
Lalu di rundung kecewa

Jangan sesekali 
Kau anggapkan wahai kasih 
Kata-kata rayuanku 
Hanya mainan alasanku 
Menjeratmu

Supaya jadi lebih mesra 
Antara kita nanti tiada lagi 
Jurang yang memisah

(Ulang korus 2x)

p/s: lagu ini aku tujukan pada orang2 tersayang. Family, Kekasih, Kawan. Sebab dalam setiap hubungan tu ade perbalahan dan ada persefahaman. Mendalam lagu ini.

Sunday, December 2, 2012

kenduri!!!!

Eqa ajak rewang kat umah dia. Jadi aku ajak la sape2 yg berkesempatan sminggu sbelum majlis tu blangsung. Hari demi hari. Aku dapat la orang dpt tlg ckit2 time majlis tu. Ernie, Mai, Nana and Atun. Alhamdulillah. Dapat gak ringankan beban keluarga eqa walaupon tak seberapa. So tema nya purplish. Atun sorang je takde tema..hahaha Tapi warna tema Atun sama dengan kumpulan kompang. hehehe tu yang buat kitorang tak tahan gelak. Ape pun  layan la gmbr2 kat bawah ni. Apa kitorang buat time majlis resepsi abg eqa yang ke-5.








































Apepun SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada abg eqa, Fadzli dan kak Sara... semoga kekal sampai ke anak cucu.